Perang dingin
Salah ke aku bila aku berkeras minta dia berpindah ke sini? bukan demi aku, tapi demi anak. anak dah makin membesar. dia perlukan mama & papanya. sebak hati aku bila si kecil memanggil papa setiap hari. tiap kali hp aku berbunyi, dia sure ingat papanya yg kol. tiap kali papa dia hang up phone, mesti dia menangis. si kecil bukan la bercakap sangat tiap kali papanya kol, tapi dia suka mendengar suara papanya. tiap kali aku tengok si kecil menangis bila papanya hang up, aku menangis dalam hati. sedih sangat-sangat....
tak tau dah berapa hari kami berperang dingin. tiada lagi panggilan mesra dan ucapan manja. aku berkecil hati, dah aku tau dia pun kecil hati jugak. masing-masing tak mahu mengalah. aku dengan pendirian aku, dia dengan pendapat dia. mangsanya, anak?
aku tak marah kalau dia berusaha cari kerja kat sini. tapi sampai sekarang aku tak nampak usaha dia tu. balik-balik cari kerja lain kt area perak gak. mana aku tak sakit hati. bila aku suggest kerja kat sini, ada je alasan untuk menolak. tolong la jangan terlalu memilih. kerja dulu sebagai tapak untuk ke mari. bila dah stabil, baru lah boleh memilih. jangan tolak mentah-mentah.
apa yang buat aku kecewa lagi bila dia seolah-olah tak faham yang aku tak boleh bertukar. dari awal perkahwinan dulu lagi aku dah mula buat surat untuk transfer. sampaikan aku sanggup memohon untuk down gred kerja kalau itu boleh buat aku bertukar. tapi tak boleh. dah mintak tolong macam-macam orang dah pun. cakap la cable yang mana aku tak pernah mintak tolong. semuanya dah. tapi jawapan tetap dukacita. tak ada kekosongan. so macam mana lagi aku nak buat. satu jalan je untuk kami bersama, dia harus kemari.
aku nak dia faham aku berkeras demi anak. demi masa depan kita bersama. semuanya untuk kebaikan. tolong kesiankan anak. tak perlu simpati pada aku. aku kuat, aku boleh harungi semua. walau kadang aku mengeluh, kadang aku menangis. tapi aku tak mungkin mengalah. ITU AKU..
Comments
Post a Comment