Cerita Syawal Episod 2

Ok kita sambung balik cerita raya

Khamis 1/9/2011
pagi-pagi dah dapat SMS dari Mai ajak g beraya ke rumah mertua dia di Simpang Pulai. so pujuk-pujuk hubby suh bawak aku pegi. nasib hubby ok. kebetulan diela pun ada di rumah mertua dia kat ipoh. so pegi beraya ke sana sekali la. mula-mula plan nak ke rumah mai dulu, tapi sebab mai keluar beraya so terus la ke ipoh dulu. sampai je kat rumah mertua diela aku tergelak besar. nak tau sebab apa? sebab ni.


kebetulan pulak la budak berdua ni pakai baju yang sama. aku dengan diela memang slalu shopping baju anak sama-sama. dan selalunya taste kami pun memang la sama. takpe la kecik-kecik cmni comel lagi kalau pakai sama-sama kan. dah macam kembar pulak.

balik dari rumah mertua diela, terus ke simpang pulai lak. dah lama aku tak jumpa dengan mai. last masa aku kawin. tu pun tak sempat nak berborak panjang la. mai sekarang ni dah buat partime make up artis dah. cantik hasil keje dia. kalau korang nak mencari tukang make up untuk apa-apa event boleh le jenguk kt sini.

Jumaat 2/9/11
tak banyak sangat aktiviti hari ni. pagi ke rumah opah hubby. opah still sihat lagi walaupun umur dah hampir 90tahun. memang tak reti duduk diam la. ada je kerja yang nak di buatnya. kadang-kadang kami yang risau tengok opah yang tak mau berehat tu.

balik dari rumah opah, macam biasa lepak kat rumah mak sampai tengahari. pastu balik rumah, rest & tido jap, petang ke rumah ayong lagi.

Sabtu 3/9/11
dapat sms dari along nak datang beraya ke batu gajah. di sebabkan rumah aku dapur tak berasap tahun ni, so kami ke rumah mak je la. abah goreng bihun. kebetulan ramai pulak sedara abah nak datang. so sekali gus je la.

along sefamily sampai lebih kurang pukul 12 tghari. pas makan-makan kat rumah mak, diorang ke rumah aku pulak untuk berehat. sempat gak la along lelap. hubby pulak beli rojak. so makan lagi la.. along gerak balik ke sungkai dalam pukul 6pm lebih. tapi jalan jem teruk rupanya hari sabtu tu. along sampai sungkai dalam pukul 9pm. patutnya batu gajah - sungkai cuma makan masa 45minit je. ramai orang balik hari sabtu sebab nak elak jem hari ahad. rupanya hari sabtu lagi dah start jem.

hubby dah janji nak bawa aku & baby aura berjalan ke ipoh petang ni. tapi pejoi pulak pakai kete hubby. tunggu punya tunggu tak balik-balik lagi. tensi gak la aku. last-last lepak rumah ayong lagi la. pastu abah ajak pegi rumah makcik hubby. aku on je la dari duk melepak kt rumah je. dah bersiap nak keluar ada pulak sedara hubby datang beraya kat rumah mak. so mak abah tak jadi la ikut. kami naik 1 kereta dengan ayong sefamily. on the way nak ke rumah makcik hubby, dapat sms diorang pun otw nak g beraya ke rumah mak. so tukar plan terus ke ipoh je la.

lepak dekat nasi vangey di area greentown. aku pekena nan cheese dengan tandori chicken. sedap wa cakap lu..rasa tak cukup sekeping la. dah sebulan berpuasa, tak merasa makan mamak kan. ingat nak order lagi, tapi orang ramai pulak. sure lambat kan. aku pulak rimas dengan keadaan dalam tu. kanan kiri meja aku semua berkepuk-kepuk asap rokok. kalau korang nak mati cepat pun jangan la libatkan orang lain sama. kesian kt si kecik aku tu yang terpaksa hidu narkotin gak. so aku cepat-cepat makan pastu bawak si kecik main jauh-jauh dari sumber-sumber racun tu.


ni ada seketul pic untuk di kongsi bersama. mama punya nan cheese, papa punya nan garlic 
si kecik punya fresh oren tanpa gula & ais

Ahad 4/9/11
masa untuk pulang ke kota.. sekejap je masa berlalu tau-tau dah habis cuti. bertolak dari batu gajah dalam pukul 11am. alhamdulillah tak jem pulak hari ni. agaknya ramai dah balik semalam. selamat sampai di kl pukul 1.30pm. mak & abah pun ikut sekali menghantar aku. lagi pun mak & ayah pun ada kat ampang. so boleh la besan-besan ni berjumpa. seronoknya bercuti.. raya malas lagi nak kembali ke opis. masih dalam mood raya..

Isnin - Jumaat 5-9/9/11
bekerja dalam mood raya. ramai masih sambung cuti. takde apa nak di hapdet. mak ayah pulak dah balik ke bagan lalang hari rabu. terpaksa hantar baby aura ke rumah mbok. punya la liat nak hantar dia. maklumla dah best berkepit sepanjang seminggu.

Sabtu 10/9/11
sambung raya lagi. mak & ayah turun ampang balik. agenda pertama ke rumah bff aku faziha. yang aku ada cite kitorang bertunang tahun 2008, kawin 2009 & beranak pulak 2010. memang dah rancang camtu. hahaha. faziha masak bhun sup. pehh memang sedap. kawan aku yang sorang ni memang pandai masak la. tabik spring lah.

kemudian kami ke rumah akak mak aku lak, cik yah kat taman melati. cik yah jamu kuey teow goreng. pun sedap. sampai 2 kali aku tambah. rumah makcik sendiri kan takde la aku nak segan-segan. lama la melepak kat sini sebab ramai sepupu sepapat yang lain pun datang gak.



ni pic baby aura dengan lil qalif. sepadan kan.. hehehe


Ahad 11/9/11
masih menyambung raya. pagi lepas bekpes pegi ke rumah family angkat ayah dekat area taman perumahan aku gak. acik cerita yang dia & kak ti ( wife abg long) kene samun dekat depan rumah. time tu petang dalam kul 6.30pm. ada 2 orang tiba-tiba berenti depan rumah, tolak diorang ke dalam porch rumah pastu cuba ragut rantai kak ti. masa duk sentap tu rantai tu tercampak tapi peragut tu tak perasan. so tak dapat la diorg ragut. ngeri betul la. berani kan orang sekarang ni siang hari pun meragut. teringat dulu aku pun hampir kene ragut. dua kali aku lalui pengalaman camtu. cuma rezeki aku masih ada sebab dua2 kali peragut tu tak dapat apa-apa dari aku.

kemudian kami ke rumah mak long pulak dekat area puchong. mak long jamu mee rebus dengan lontong. dapat la jugak tengok newborn baby boy fiza. baru 27 hari. tapi fiza tak brestfeed baby dia. katanya cuma awal-awal dulu aje sebab tak cukup susu. sayang kan. sebab tu la ilmu penyusuan tu penting. nanti aku sentuh sal kepentingan ilmu penyusuan susu ibu ni dalam entry yang lain.

balik dari rumah mak long, kami singgah rumah along kat Bdr Seri Permaisuri pulak. aku pun dah lama tak ke rumah along sebab diorang selalu singgah ke rumah kami.. hahah boleh kasi alasan cmtu. kak lin jamu bihun goreng. bihun kak lin memang terbaek. adik pun cakap kalau nak makan bihun, dia nak bihun kak lin je.

sambil-sambil melepak, aku bawak si kecik & anak-anak along mandi swimming pool. si kecik ni apa lagi, melonjak-lonjak la dia dalam pool tak takut langsung. tapi insiden yang tak dapat di lupakan najmi hampir-hampir lemas. walaupun air cetek, cuma paras atas lutut aku sket je. tapi najmi terjatuh and bila dia cuba berdiri, dia jatuh lagi & tenggelam. mungkin sebab licin & dia belum pandai stabilkan badan bila dalam air. nasib baik depan mata aku. terus aku angkat dia & tarik ke tepi pool. cuak gak. sebab tu aku tak berani lepaskan budak-budak tu bila nak mandi pool. aku akan make sure aku ada skali dalam pool tu. biar la orang nak kata apa pun. tapi demi keselamatan mereka juga kan. cuma aku perhatikan ramai parents yang boleh lepaskan anak-anak mereka mandi sendiri tanpa pengawasan orang dewasa. kak lin ada berborak dengan sorang budak. budak tu cakap semalam ada sorang budak pun hampir lemas. nasib baik la ada orang perasan & cepat-cepat selamatkan budak tu. along & kak lin memang jarang biarkan anak-anak diorang mandi pool. sekali sekala bila aku & alang datang je la baru budak-budak tu merasa mandi pool.  kesian, tapi demi keselamatan budak-budak tu gak. kalau dah terjadi apa-apa, nak menyesal tak guna lagi kan.

ok tu je cerita raya aku minggu ke-2 ni. khamis ni nak balik bagan lalang. insya allah bakal MIL & FIL alang nak datang beraya. sambil-sambil berkenal dengan bakal besan nak bincang-bincang apa yang patut untuk budak berdua tu. ohh ye, aku secara tak rasmi telah dilantik menjadi weeding consultant alang. alasan dia aku dah ada pengalaman kawin. macam la dah banyak kali aku kawin kan. dulu masa aku nak kawin semua aku handle sendiri je. mak ayah bagi kebebasan aku nak buat konsep  macam mana. bila tang alang ni, serba serbi dia nak tanya aku. sampai nak beli kain nak tunang, nak nikah & hantaran semua pun nak tanya aku. layankan je la adik pompuan aku sorang ni. ti angah hantar bil aje ye..hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato