Wordless wednesday

Assalam,

Ada teman ofis kata, rakyat malaysia mengeluh barang naik, minyak naik, tol naik, tapi buffet ramadhan di hotel-hotel tetap penuh. Jadi dia pertikaikan bila orang mengeluh terkesan dengan kenaikan harga barangan. 

Bila kita tidak terkesan dengan kenaikan harga barang, jangan anggap semua orang sama. Berapa ramai yang terpaksa menahan dari membeli semata-mata untuk berjimat. Bergaji 3000 masih bergelar miskin di bandar. Ramai rakyat yang semakin terhimpit kesan daripada kenaikan harga barang. Nilai ringgit yang semakin mengecil memburukkan keadaan. 

Tolong jangan kata, rakyat masih mewah berbelanja. Masih mampu makan mewah. Itu hanya sebahagian. Tapi ramai lagi yang hanya mampu melihat. Hanya mampu menelan air liur bila melihat gambar makanan. Berapa ramai lagi rakyat yang terpaksa mencatu makanan, demi mencukupkan belanja hingga gaji seterusnya. 

Jadi lah lebih peka. Jadi lah lebih sensitif. Jangan ungkap jika tak mampu makan ayam, makan la sayur. Itu hanya menambah derita rakyat yang sedia merana. Jika tiada ucapan yang baik untuk dituturkan, maka berdiam lah. Jangan di tabur garam pada luka. Perit dan pedih. 

Aku, sedikit sebanyak terkesan. Tipu kalau aku kata tidak. Walau penambahan seringgit dua, mungkin tidak besar padaku. Tapi itu mungkin banyak pada sebahagian orang lain. Jadi perlukah aku berkata 'alah apa ada setakat seringgit dua'. Mungkin hari ini aku senang. Esok lusa jika allah duga, sekelip mata aku boleh hilang semuanya. Maka jangan kata rakyat mengeluh hanya propaganda. Kerana akan sampai satu hari kita juga akan merasa. 

Ingat, ujian allah bukan hanya ketika kita susah. Ujian terberat adalah ketika kita senang. Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat kesenangan yang allah beri. Sejauh mana kita gunakan kesenangan kita untuk membantu orang lain. Fikirkan lah. 


Love,
mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato