Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Assalam,

Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la. 

Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.


 Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan.


Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya. 


 Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.


 Kaki kecil. Masa zaman dinasti china dulu, mereka percaya wanita yang berkaki kecil sangat cantik. Golongan bangsawan akan pakaikan kasut yang kecil untuk anak gadis mereka. Bagi mereka, gadis dari golongan bangsawan tidak perlu membuat sebarang pekerjaan. Tengok kaki yang kecil tu, ouchhh.


 Pernah tengok kartun mowgli? Kanak-kanak lelaki yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala. Rupanya memang wujud tau kanak-kanak berkenaan.


Classic child dentist chair. 




Torture chair. Permukaan kerusi tu dipenuhi dengan besi seperti paku. Nampak muka en. fuad yang menahan sakit tu. Bayangkan di paksa duduk dan di seksa di kerusi tu. Dasyat betul bentuk penyeksaan zaman dulu. 
 

Dalam satu pertunjukan, chamouni seorang penghibur telah masuk ke dalam oven yang panas dan tidak mahu keluar sehingga daging yang di bawanya itu masak. Tengok muka pun dah scary. Macam-macam yang manusia sanggup lakukan demi mendapat nama. 

 Kereta mini tu di hiasi dengan duit syiling.


Cermin yang mengajuk

Tapi aku suka effect cermin ni buat kaki aku nampak tinggi dan langsing. verangan kaki model kejap.

 Yang ni tak sempat baca ceritanya. Rasanya besar rahang shark yang telah menyerang seorang peluncur. Ngerinya. Tapi peluncur tu selamat dari serangan. 


Kambing berkepala dua. 

Wah ada perempuan berkemban la. 

Eh.. hilang pulak. 

Sebenarnya banyak lagi benda menarik yang boleh di lihat. Tapi aku tak banyak ambil gambar. Ye la sambil menggendong athmar, dia sibuk duk tolak-tolak camera. So hasil gambar bergeger. Tensi je.

So kalau korang ke genting boleh la masuk ke museum Ripley's Believe It Or Not ni. Menarik juga tau. Dapat la tambah pengetahuan korang. 

Lepas keluar dari museum ni, kami sambung main lagi. Kemudian check in ke hotel. Nak tau tentang hotel? Nanti aku up satu lagi entry ye.


Love,
mar

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato