Hadiahkan Al-fatihah untuk anak

Assalam,

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara bimbang kian patah riuk jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak-anak kecil ni pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akhbar !!

Sebab tu setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang lain orang, lain cara pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. 

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah mengetuk pintu hatinya. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak. 

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibu bapanya, isterinya dan anak-anak permata hatinya. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga  bahagianya. 

Sahabatku yang baik, cuma hadiahkan al-fatihah. Mudah sahaja bukan? Berapa minit masa yang diperlukanL Tapi perkara yang mudah tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah. 

Kita mungkin biasa membaca al-fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan pahala kita akan berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah. 

Dipanjangkan dari whatsapp group. 


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato