Suprise trip ke Genting Highland | First World Hotel dan Snow World

Assalam,

Sambungan dari cerita suprise trip ke genting lepas penat bermain di indoor theme park ke Ripley's Believe It Or Not kami pun menuju ke lobi hotel untuk check in. Macam yang di beritahu sebelum ni, aku booking hotel ni melalui agoda.com dengan bayaran RM100.00 semalam. Aku pilih bilik XYZ Deluxe iaitu bilik yang baru di renovate di tower 2.

Proses nak check in senang juga la. Just hulurkan slip booking yang di print dari agoda.com dan IC lepas tu buat bayaran. Cuma kaunter yang aku beratur tu slow sikit. Ntah nape la. Kalau dulu banyak proses nak check in, tapi sekarang ni dah senang. Ada gak kiosk untuk check in. Tapi aku tak try la kat kiosk tu.

Aku dapat bilik di tingkat 6 dengan pemandangan yang sangat terhad sebab di blok oleh bangunan lain. Huhu. Bilik pula aku rasa lebih kecil dan sempit berbanding dengan bilik lama dan lebih mahal sedikit berbanding bilik lama. Cuma bilik ni ada mini fridge, hair dryer dan saiz tv yang besar sedikit. Aku pilih bilik ni sebab ada mini fridge, senang nak simpan stok makanan athmar.

2 katil saiz super single tu kami cantumkan so jadi la king saiz. Anak-anak tidur lasak, nasib la cabinet di tengah tu boleh di alih untuk cantumkan katil. Kalau tak susah juga kan.






Masuk bilik bukan nak tidur budak-budak ni. Sibuk nak main je. Pastu bila keluar bilik, baru nak penat.





Tepet gambar mama sekeping la dengan hero yang baru bangun tidur. Pagi tu bangun awal, lepas tu projek memberak pulak. So mandikan terus la awal-awal. Lepas makan dia ngantuk terus tertidur. Elok jugak macam tu.

Aku tak ambik pakej breakfast. So pagi tu makan ala kadar dulu dalam bilik. Dah la terlupa bawa air 3 in 1. Nak beli kat atas ni memang tak la, harga potong tengkuk. So tahan la minum air kosong dulu pagi-pagi. Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami check out. Proses check out lagi senang, pegi ke kiosk, pastu slot je kad bilik, settle.

Lepas check out terus ke kaunter snow world untuk tukar tiket. Masa di kaunter tu staff snow world tu gtau athmar tak boleh masuk. Dah frust sikit. En.fuad siap cakap kalau tau baik beli 1 tiket adult je. Tapi masa nak beli tu aku baca dalam website genting takde pulak cakap baby tak boleh masuk. Tu yang aku berani beli tu. Geram je. Harga tiket macam ni:

Ticket Type
Online
Walk In



Snow World
Adult
Child

RM19.00
RM15.90

RM30.20
RM25.20

Settle tukar tiket, kami terus pegi cari makan. Perut dah lapar. Kami makan nasi kandar. Lauk ayam, sayur kobis dan kuah kari, RM22 sepinggan. Harga tanah tinggi kan. So telan je la. Si naurah dah tak sabar-sabar nak ke snow world. Siap taknak makan lagi. Tapi bila nampak nasi mama dengan kuah kari, terus dia bedal dulu. Memang dia suka makan kari la. Macam ni mama kene belajar masak kari ayam la.

 Habis makan, jam dah 12.45. Tiket masuk snow world jam 1.30pm. Ohh ye, untuk masuk snow world ni ada timing dia tau. Bukan macam di ICT boleh masuk anytime. So sedang elok la time kami habis makan terus la menuju ke snow world. En.fuad still duk frust lagi sebab athmar tak boleh masuk ke dalam snow world. Relax la, karang pandai-pandai la kita pujuk staff di kaunter masuk nanti.

1.20pm kami dah boleh masuk untuk ambik jaket, boots dan glove. Masa tu staff di kaunter gtau, baby nanti masuk kejap je ye. Takut dia kesejukan. Hahaha, boleh je masuk. Tapi masa nak siapkan athmar tu mencabar sikit. Masukkan jaket kat tangan kanan, bila nak masukkan tangan kiri, yang kanan terlucut. Pastu masukkan balik yang kanan, yang kiri pulak terlucut. En.fuad cakap tu jaket saiz paling kecil untuk budak-budak. Pastu nak pakaikan glove pun sama asik terlucut je. Time nak pakai boots pun macam tu jugak. Berpeluh-peluh mama nak menyiapkan athmar. Belum kira dengan budak ni taknak duk diam, pastu melalak pasal tak nak sarung jaket. Sekali bila masuk snow world je, terus terdiam kesejukan. Hahahaha

Dalam snow world ni tak boleh ambik gambar. Awal-awal lagi dah warning tak boleh bawa masuk camera dan handphone. So tak dapek la ambik gambar sakan dalam ni. Ni aku belanja gambar kami sekeping yang dibeli dengan harga RM42.00. Harga tanah tinggi. T___T



Berbaloi atau tidak? Ok la kalau nak merasa main salji. Walau pun bukan salji betul tapi anak-anak tetap suka. Nak bawak pegi obersi belum ada rezeki lagi. So kita main la di sini dulu. Si bapaknya pun kemain galak lagi main salji ok. Terus lupa umur dah 30an. Rasa macam sebaya naurah je.

Tu je cerita aku kali ni. Suprise trip untuk si princess aku tu. Asalkan anak-anak gembira, mama dan papa pun happy. Selalu kami busy dengan kerja. Jadi sesekali bercuti ni dapat la meluangkan quality time bersama anak-anak. Diorang pun takde la kebosanan asik duduk di rumah je.

Love,
Mar 


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato