Zat Besi

Last friday bawak Baby Aura ke Hospital Pakar Ampang Putri since demamnya on off je. So decided terus ke hospital untuk jumpa pakar kanak-kanak. But Dr. Nasir takde klinik that day, so terpaksa jumpa Dr. Christoper Lim. Takpe la janji paed gak. Baby Aura kene ambik nabulizer, inject antibiotik, sedut hingus & lastly ambik darah. Hoho 2 kali di cucuk jarum. Makanya mama yang sedih bila Baby Aura menangis.

Result darah dah di perolehi. Hasilnya Doc mengesahkan Baby Aura kekurangan ZAT BESI dan HEMOGLOBIN dalam darah rendah dari biasa. Bacaan normal adalah 11 -12 tapi bacaan Baby Aura adalah 9. Agak terkejut aku bila dapat berita ni. Ini kerana Baby Aura minum hanya susu badan & makan bubur yang dimasak sendiri. Jadi macam mana dia kekurangan ZAT BESI? Hasil pembacaan dari internat, aku mendapat infomasi bahawa bayi yang dilahirkan kurang berat badan mempunyai risiko besar untuk mengalami kekurangan ZAT BESI. Baby Aura dilahirkan seberat 1.97kg. Info selanjutnya boleh baca disini.

Jadi Doc bagi Baby Aura vitamin, ubat, protin & zat besi untuk dimakan bagi tempoh 2 bulan kemudian datang untuk check up lagi. Harap2 dalam tempoh 2 bulan dari sekarang, ada perubahan dalam kandungan darah Baby Aura.

Kini aku juga giat mencari menu / resepi baru yang kaya dengan ZAT BESI & PROTIN buat puteri tersayang. So antara makanan yang kaya dengan ZAT BESI seperti gambarajah bawah ye. :-)

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato