Diari pengguna LRT
As-salam,
Sebagai pengguna tegar public transport, aku berdepan dengan bermacam-macam ragam manusia setiap hari. Selalu aku bermonolog sendirian bila terlihat seseorang yang ada je tak kene pada mata aku. Contoh macam bila orang tu melangkah masuk dalam tren, tapi berjalan kemain lemah gemalai macam pengantin. Ingat pintu tren tu terbukak 1/2 jam ke. Pastu masuk dalam tren tapi sibuk nak berdiri di pintu sampai blocking laluan orang lain nak masuk. Tu memang aku geram sangat.
Semalam masa berjalan kaki nak tukar tren di stesen masjid jamek, ternampak satu family kecil ni. Si bapa tarik luggage bag sambi pimpin anak lelaki mereka yang berusia dalam 3 - 4 tahun. Manakala si isteri menolak stroller. Bagi sesiapa yang biasa tukar tren dari LRT star ke LRT Putra di stesen masjid jamek ni sure tau stesen ni memang bukan stroller friendly. So si isteri terpaksa mengangkat stroller turun tangga yang tinggi. Dalam hati aku duk berkata, kan senang babywearing je, tak perlu leceh nak angkat stroller. Dalam ramai-ramai orang ketika itu yang hanya memerhati, tiba-tiba datang seorang pemuda cina membantu si isteri tersebut. Perbuatan tersebut serta merta menyedarkan aku, kenapa tidak aku je menolong wanita tersebut. Oleh kerana terlalu sibuk judge si isteri itu, aku terlupa untuk menghulurkan bantuan. Malu rasanya.
Selalu kita dengar orang sekarang kurang sifat prihatin. Wanita mengandung, warga tua atau kanak-kanak terpaksa berdiri di dalam public transport. Walaupun ada di tampal stiker untuk mengutamakan golongan yang memerlukan, namun ramai yang tidak mengendahkan. Aku sendiri sering alami perkara macam ni masa mengandung dulu.
Namun dalam kelompok begitu masih ada lagi yang baik hati. Pernah satu hari aku batuk agak teruk juga semasa dalam perjalanan ke pejabat. Dah minum 4 teguk air mineral pun still batuk lagi. Tiba-tiba akak sebelah aku hulurkan throat lozenges kepada aku. Terus lega batuk aku. Perkara macam tu walaupun mungkin kecil pada orang lain, namun sesuatu yang sangat besar buat aku.
So aku percaya masa ada lagi yang baik hati sebenarnya. Aku juga berusaha untuk menjadi seorang yang lebih prihatin, dan sorang yang mudah untuk menghulurkan bantuan. Membantu orang selalu buat aku rasa lebih gembira.
Love,
mar
Comments
Post a Comment