Farm In the City

As-salam,

Semalam berkesempatan pergi ke Farm in the city atau dikenali juga sebagai petting zoo. Menarik juga di sini. Bagi yang tak penah tau apa tu petting zoo, ia adalah mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan kecil seperti arnab, rusa, kambing, ayam, burung, ikan dan ular. Menarik di zoo ini adalah kita boleh pegang dan memberi haiwan ni makan (kecuali ular). Satu pengalaman baru dan mengujakan untuk bukan je anak-anak, tapi mak-mak dan bapak-bapak pun sama seronok. 

Farm in the city ni terletak di Seri Kembangan, bersebelahan dengan Pasar Borong Selangor. Kami pakai waze je, aku pun tak reti nak kasi direction untuk ke sana. 


Ni adalah harga bayaran masuk ke zoo tu. Boleh juga beli pakej keluarga. 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Untungnya membeli pakej keluarga kanak-kanak dapat free tiket pony ride. Kalau tak kene beli RM7. Pakej juga dapat discoun voucher RM10 untuk makanan dan RM5 untuk pembelian souvenir. 



Masuk je dalam kawasan zoo, terus bawak budak-budak untuk pony ride. Mula-mula lesya, kak ngah dan azim taknak naik. Tapi aku paksa juga. Dah ada tiket rugi la tak naik kan. Lepas dah naik tu, masing-masing seronok siap nak naik lagi. Naurah memang dah penah naik masa pegi A Famosa dulu, so dia excited la nak naik lagi.



budak excited naik pony




Naik 1 round je. Agak mahal juga dengan harganya. Tapi untuk pengalaman sekali seumur hidup kira ok la. Bukan selalu dapat merasa naik kuda. Masa aku kecik dulu tak penah merasa kot. Ke penah, tak ingat pulak. 




 Lepas tu kami ke pelican pond, tengok pelican feeding show. Dalam bahasa melayu tak tau pulak aku nama burung ni. Pelican ni ada 2 tempat untuk simpanan makanan dia. Satu di mulut dia, ko nampak mulut dia kemain lebar tu kan. Satu lagi di saluran leher dia. So diorang ni telan ikan banyak-banyak lepas tu simpan di stor tu. Bila lapar baru telan. Dasyat kan. Di hujung paruh pelican ni agak tajam. So jangan la gatal-gatal p pegang pelican ni. Karang luka pulak jari tu.






Motif gambar? Sebenarnya suruh kak ngah ambik gambar aku dengan pelican, tapi tetiba pelican tu sua muncungnya pada kak ngan. Apa lagi, terkejut la budak tu. Tu yang gambar kaki aku yang dia ambik.




Kemain seronok budak-budak ni nak bagi kura-kura tu makan. Semua pengujung asik duk sua makanan, sampai semua haiwan-haiwan kekenyangan. Naurah pun mula-mula takut-takut nak hulur makanan, tapi lepas tu asik duk mintak je kangkung dari staff zoo ni. Makanan haiwan ni semua diberi percuma.




Besar betul kura-kura ni. Dah berapa ntah umur dia. Lupa pulak nak tanya kat staff zoo. Mungkin dah 100 tahun kot. Kura-kura antara haiwan yang boleh hidup lama tau.


 En. fuad pun beria-ria la angkat kura-kura tu. Nak suruh budak-budak angkat, semua takut. Haiyahh. 



Apahal muka aku macam tu? Nak kasi burung makan, tapi takut-takut. Kuat gak burung tu mematuk. Spesis apa aku tak pasti.







Lepas tu kasi ikan makan pulak. Banyak betul ikannya. Gemuk-gemuk pulak tu.







Ni antara aktiviti yang budak-budak dan bapak budak suka. Kemain lama diorang duk kat sini. Selagi tak dapat ikan selagi tu semua tak nak mengalah. Naurah pun kemain teruja, maklum la ni first time dia cuba tangkap ikan. 



 Ni hasilnya, 4 ekor ikan yang berjaya ditangkap. Ikan-ikan ni kene dilepaskan balik tau. Bukan boleh bawa balik.





Sementara menunggu mereka tangkap ikan, athmar lepak sambil makan biskut. Walaupun cuaca panas terik, tapi keadaan dalam zoo redup je dengan pokok-pokok yang merimbun. Jadi selesa berjalan dengan anak-anak.




Ada juga arnab dan tikus mondok. Eh betul kan tu tikut mondok. Hamster kecik kan. Ke ni spesis arnab juga ye. Tapi yang pastinya semua haiwan ni jinak dan kekenyangan.







Ni adalah albino skunk. Aku tanya staff zoo, bukan selalu skunk busuk ke? Sebab selalu tengok dalam movie skunk ni busuk. Dia kata tu spesis lain. 

 


Bergambar dengan orang-orang juga adalah first time bagi mereka. Selama ni tengok dalam cerita je kan, kali ni baru tengok betul-betul macam mana rupa orang-orang.



Time ni nak pegang rusa ni tapi takut-takut. So tunjuk-tunjuk je la. Kat area ni ada kambing. Kelam kabut budak-budak berlari sebab takutkan kambing. Lawak betul. Ok sebenarnya ai is takut juga. Tapi berlagak macho. Malu la kalau mak sedara takut depan anak sedara. 

Kalau korang perasan, dalam banyak-banyak haiwan di zoo ni ada satu jenis yang aku tak tunjukkan. Memang tak ambik langsung gambar ular. Sebab aku tak nak lalu tempat ular tu. Yang tu ai is kalah. Memang geli tahap max. Dari jauh pun aku dah geli. Ketaq lutut aku. 

Overall bagi aku menarik juga la tempat ni. Budak-budak pun happy sangat. Bagi warga kl dan selangor yang tak tau nak bawak anak-anak kemana, nak-nak cuti sekolah nanti boleh la datang ke sini.

Love,
mar

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato