Sambutan Tahun Baru Cina

As-salam,

Ada 2 perkara yang aku suka tentang tahun baru cina. Pertama Yee Sang. Tau apa tu yee sang? Yee sang adalah sejenis makanan yang menjadi tradisi oleh masyarakat cina yang melambangkan simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki. Yee bermaksud ikan, atau memberi makna lain iaitu kekayaan manakala sang bermaksud mentah atau membawa pengertian kebangkitan. 




Inilah dia rupa yee sang tu. Isikandungan yee sang terdiri daripada salmon mentah, sayuran seperti lobak merah, lobak putih, kekacang, bijan dan keropok rangup. Sos plum dan jus limau akan di tuang di atas yee sang tu nanti.




Yee sang akan digaul menggunakan chopstick. Lebih tinggi yee sang di angkat, lebih banyak ong dapat. Rasanya? Sangat sedap. Happy sebab tahun ni dapat merasa yee sang. Dah beberapa tahun termiss makan. 


Perkara kedua yang paling aku suka ialah lion dance aka tarian singa. Kagum aku tengok aksi akrobatik mereka. Bayangkan mereka boleh melompat dari 1 tiang ke 1 tiang yang agak jauh jaraknya. Aku tengok pun dah gayat. Dasyat kan. Tahun ni berjaya bagi naurah tengok tarian singa ni di IOI Mall putrajaya. Sampai ternganga la naurah tengok aksi singa tu. Memang best. 


Ni adalah tarian singa masa sambutan majlis mesra tahun baru cina di TNB. Di import dari johor. Memang best. Aku kasi 5 bintang. 

Love, 
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato