Sabar je

As-salam,

Ntah kenapa, beberapa ari lepas sampai hari ni naurah mula taknak pegi sekolah. Dari jumaat lepas dia buat perangai macam tu. Memang teruk sangat meraung. En.fuad la yang cerita. Aku dah selamat sampai ofis dah. So papa dia kene melayan ragam dia. Tapi jumaat lepas papa bizi sangat. So tak boleh nak layan sangat ragam dia. Bila dah meraung macam tu, so en.fuad angkat masuk kete pegi hantar rumah pengasuh sebab taknak pegi sekolah sangat.

Semalam pun macam tu juga. Padahal pagi kemain baik je lagi. Aku dah pujuk baik-baik. Walaupun masa nak mandi tu dia dah nangis-nangis cakap tak nak sekolah. Syabas untuk aku la dah mula berjaya tahan marah. Kalau dulu bila naurah buat hal pagi-pagi je mesti cepat je darah aku naik. Stress tau dah la kelam kabut nak rushing kejar punch card. Kena pulak anak mengamuk. Kang di marah memang tak jadi apa. So aku ambik pendekatan biar berlembut umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Amboi kau bermadah bagai. 

Ok balik cerita naurah. Semalam pun meragam lagi. Meraung-raung tak nak pegi sekolah. So aku call la teacher dia bertanya kenapa la si intan payung aku ni macam tu. Teacher pulak tak pasti kenapa sebab last week dia bercuti seminggu. Tapi katanya naurah tak de masalah di sekolah. Bila tanya naurah pun dia tak de la mengadu teacher marah ke pukul ke or gaduh dengan kawan-kawan. Cuma dia bagi tau dia boring di sekolah. So aku gtau la teacher dia yang naurah ni boring. Teacher liza kata naurah jenis cepat dapat bila belajar. Pastu bila suruh salin dari whiteboard pun dia boleh buat cepat. So maybe la dia kebosanan menunggu kawan-kawan yang belum siap. Memang kalau kat rumah pun naurah jenis tak boleh duduk diam. Ada je benda yang dia nak buat. Kalau tak de benda nak buat, mula la dia merengek kebosanan. Jenuh nak pikir aktiviti untuk dia. 

Pagi tadi en. fuad kata dah kurang la merengek tak nak sekolah tu. Semalam dah minta tolong teacher liza nasihat naurah. Budak-budak ni kadang-kadang bukan nak dengan cakap mak bapak sangat. Semua cakap cikgu je yang betul. Hope lepas ni takde la lagi dia meragam takmo sekolah. Rugi woo dah bayar yuran tak nak sekolah pulak. Nangis papa kang. 

So kita tengok minggu ni macam mana drama naurah ye. Dah mati akal nak memujuk ni. 

Mama tetap sayang anak mama,
Muahhh


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato