Tolong... Susu saya makin kurang
As-salam,
Power Pumping
Ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan anak, tahniah aku ucapkan. Sememangnya susu ibu yang terbaik untuk bayi. Malangnya menyusukan anak ni tak semudah A, B, C. Jadi ilmu penyusuan tu memang amat penting sekali.
Hari ni aku share lagi sekali tips bagi ibu-ibu yang sedang / telah / bakal alami masalah susu badan berkurangan. Sebelum tu cikgu nak remind sekali lagi konsep asas penyusuan apa dia murid-murid? Ye DEMAND VS SUPPLY. Ok pandai.
Bila susu semakin merundum, pertama sekali sila check jadual penyusuan korang. Adakah korang menyusukan anak mengikut demand mereka. Penting bagi ibu-ibu yang bekerja, tolong jangan skip waktu pam. Usahakan diri untuk pam setiap 2 - 3 jam sehari. Makin susu merundum, semakin perlu tingkatkan aktiviti mengepam. Ingat jangan sesekali malas dan tunggu hingga breast terasa bengkak baru nak pam. Antara perkara yang perlu korang buat bila susu drop adalah:
Skin to skin
Bagi ibu-ibu yang baru je melahirkan anak, sememangnya digalakkan untuk membuat skin to skin contact dengan bayi bagi merangsang penghasilan susu. Dakapan hangat ibu dapat membuatkan bayi merasa tenang dan selamat. Jadikan masa menyusu sebagai masa yang paling menyeronokkan bagi ibu dan bayi. Ibu-ibu sepatutnya relax dan enjoy setiap saat menyusukan bayi. Jangan stress, kelam kabut dan nak cepat-cepat habiskan penyusuan bayi. Biar anak hisap sehingga mereka puas dan berhenti sendiri. Rangsangan sentuhan
bayi akan menghantar signal ke otak untuk terus menghasilkan susu.
bayi akan menghantar signal ke otak untuk terus menghasilkan susu.
sumber google |
Power Pumping
Kalau korang guna double pump, caranya adalah mengepam kedua-dua payudara selama 10 minit, kemudian rehat selama 10 minit. Kemudian ulang pam lagi selama 10 minit dan rehat balik 10 minit. Ulang langkah ni selama 1 jam.
Bagi yang pakai single pam, pam sebelah payudara selama 10 minit, kemudian sebelah lagi selama 10 minit juga. Ulang langkah ini juga selama 1 jam. Buat power pumping setiap hari sehari sekali sehingga susu kembali meriah seperti sediakala.
Ingat jangan stress bila buat power pumping namun tiada susu yang terhasil. Setiap perkara akan ambil sedikit masa. Jadi lakukan secara konsisten setiap hari sambil menyanyi ye. :)
Tandem Nursing
Cuba amalkan menyusu sambil mengepam. Untuk bayi yang dah besar memang agak mencabar sikit. Tapi tandem nursing memang cara yang terbaik bagi menghasilkan susu yang meriah. Bukankah bayi adalah perangsang yang terbaik?
Makanan Penggalak Susu
Ada banyak makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Lain orang lain makanannya. Jadi kenalpasti makanan penggalak susu korang. Antara makanan penggalak susu adalah
Jantung pisang celur pastu cicah dengan sambal belacan, pehh memang sedap sumber google |
ada jenis biji kasar, halus atau minyak. boleh dimakan begitu saja atau dicampurkan ke dalam masakan sumber google |
kurma merah boleh di buat air, campur dengan longan kering rebus, tambah gula batu sket. minum panas atau sejuk memang sedap sumber google |
longan kering kat giant banyak jual, cari di bahagian makanan kering sumber google |
goreng rangup-rangup atau buat sambal tempe. sumber google |
Banyak lagi makanan penggalak susu yang ada. Korang boleh google apa lagi yang boleh dijadikan makanan penggalak susu.
Ingat makan apa sekali pun, namun konsep DEMAND VS SUPPLY tu mesti di penuhi.
Nak beli supplement shaklee, boleh contact daku. Bulan oktober ni ada promosi ESP lagi. Memang ESP ni marbeles. Untuk ibu menyusu memang elok sangat amalkan minum ESP ni.
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment