Keluarga kecil ku

As-salam,

Bila ahli keluarga makin bertambah, makin bertambah la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Menguruskan 2 orang anak kecil memang bukan mudah. Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang ada anak ramai. Fuhhh memang lelah nak handle sorang-sorang.


nak ke mana tu dik oiii
Athmar bila dah cecah 6 bulan, dah makin banyak akalnya. Sekarang dah mula merangkak dan memanjat. Tidur dah kurang sebab nak bermain je. Tengah menyusu, boleh pulak dia berpusing pastu tersengeh-sengeh je mengadap muka aku. Melt..

kalau dia takde memang sunyi rumah
Naurah pulak sejak ada adik, kemain manja lagi. Lebih manja dari athmar. Nak dimarah tak sampai hati. Layankan je la. Nasib baik minum susu dah tak pakai botol. Kalau tak, tu pun nak suruh mama pegangkan. Naurah sekarang ni dah sebulan lebih diaper free. Setakat ni belum penah bocor lagi waktu malam. Sebelum tidur memang suruh dia ke toilet dulu. Susu pun makin kurang. Siang hari kat rumah pengasuh je minum susu. Malam selalu dah taknak.

Bab membuli adik memang no 1. Tapi kadang-kadang caring lebih. Nak mintak tolong memang senang. Paling best naurah pandai lipat baju sendiri. Tak de la kemas sangat, tapi memang sangat-sangat membantu la. Kira boleh di harap dah anak dara sorang ni.

ni jadinya bila suruh jaga athmar kejap. aku keluar toilet je tgk dua beranak ni dah tertido
Kadang-kadang terkejar-kejar nak layan dua budak ni. En. Fuad pulak bizi je sekarang. Tambah tengah kejar deadline untuk siapkan projek di Tayton Hill. Hari-hari kerja sampai 2.30 pagi. Tidur memang tak cukup la. Kesian juga tengok, En. Fuad kerja keras. Katanya demi anak isteri. Tu la pengorbanan seorang suami. Dalam dia kerja siang malam, kerja-kerja rumah pun tetap dia bantu. Malah rasanya 90% dari kerja rumah memang En. Fuad yang settlekan. Tq sayang.



Lama tak tepet muka sendiri. Meh belanja selfie sikit. Tudung butterfly ni beli dari kawan ofis. Best pakai sebab senang nak pakai, elok terletak je. Kain pun cantik tak nipis dan jarang.

Mommies yang cepat letih menguruskan family, meh aku suggest ambik supplement. Kalau pening-pening pikir nak ambik supplement apa, aku suggest korang ambik multivitamin. Cukup lengkap semua keperluan yang diperlukan oleh tubuh.


Vita-lea iron formula

Vita-lea iron formula dari shaklee ni mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan yang optimum. Ia dapat menyokong jangka hayat hati, usus, mata disamping dapat membekalkan tenaga. Selain itu, dapat meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi dan memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Hanya RM1.40 sehari untuk kesihatan yang optimum. Tak mahal sebenarnya harga vitamin ni. Tapi khasiatnya memang cukup hebat. Nak tau dengan lebih detail, boleh hubungi daku di

SMS / WA 018-2684992


Shaklee Independent Distributer
Mardiani Mohamad Nor
ID : 1091078

love,
mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato