1st solid untuk athmar

As-salam,

Alhamdulillah hari ni athmar genap 6 bulan. Terasa macam baru je lagi bersalinkan dia. How time flies. Ok la biasanya ibu-ibu excited kan bila anak genap 6 bulan. Tak sabar nak suapkan solid untuk anak. Pastu pening fikirkan nak bagi makan apa. Kat sini aku nak share sikit menu makanan untuk sebulan pertama.

Untuk 4 hari pertama disuggestkan untuk buat plain rice bersama sedikit susu ibu. Nasi dikatakan mempunyai rasa yang hampir sama dengan susu ibu. So lebih mudah untuk baby menerima makanan pertama mereka. Jangan lupa gunakan 4 days rules ye. Kenapa mesti 4 hari? Supaya kita dapat kenalpasti samada anak mempunyai alergik dengan apa-apa makanan. Dalam jadual ni ada pisang kan. Tapi apa yang aku tahu, pisang mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Ada pakar pemakanan yang tak galakkan bagi pisang untuk bayi dibawah umur 1 tahun. Pernah baca tapi tak ingat kat mana. So boleh gantikan pisang dengan sayuran lain.


Ini adalah contoh-contoh makanan yang boleh diberi kepada bayi mengikut peringkat umur. Pelbagaikan jenis makanan untuk baby ye. So bila dah jadi ibu ni, sila la rajin-rajin memasak. Terutama bila anak mula makan. Please jangan bagi baby korang nestume dan yang sewaktu dengannya. Jangan rasa susah or takde masa untuk memasak makanan baby. Sebenarnya senang je nak prepare makanan baby. Kalau rasa tak sempat nak masak hari-hari, boleh buat stok puree dan frozenkan untuk seminggu. Masa naurah dulu memang aku biasa buat macam tu. Nanti bila dah buat stok untuk athmar, aku akan kongsikan ye.


Ibu-ibu sekelian, ingat jangan suapkan makanan kepada bayi dibawah 6 bulan. Ada sesetengah orang kata ada garis panduan terbaru yang mengatakan boleh beri bayi makan seawal 4 bulan. Tapi aku tetap akan stick pada 6 bulan. Usus bayi masih terlalu muda untuk proses makanan terlalu awal. Jangan terlalu ghairah untuk memberi makan kepada bayi anda. Bayi korang ada masa seumur hidup untuk merasa pelbagai jenis makanan, jadikan 6 bulan yang pertama dalam hidup bayi korang hanya untuk susu ibu.

Love,
Mama mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato