The Legend, Cherating

As-salam,

Sabtu baru ni berkesempatan ke kemaman untuk majlis perkahwinan sepupu. Dah lama sebenarnya tak ke kemaman. Last masa hujung tahun 2012, masa bercuti ke gambang. Alang-alang ke pantai timur, ambik kesempatan bercuti sekali la. Kali ni booking di The Legend, Cherating.

Sebenarnya memang dah lama teringin nak duduk di Legend ni. Masa kecik-kecik dulu penah menginap di Holiday Villa, bersebelahan dengan Legend. Pastu masa jalan-jalan tepi pantai, tengok pool di Legend ni lebih menarik dari holiday villa. Sampai sekarang ingat tau. So bila ada kesempatan macam ni, terus la booking di legend. Nak berendam puas-puas, ehh nak bagi naurah berendam puas-puas.

Sebelum pegi check in kami tapau dulu otak-otak dan sata dari warung aziz satar di kuala kemaman. Korang kalau ke cherating dan nak makan sata sedap pegi la ke warung aziz satar ni. Tak jauh pun cherating dan kuala kemaman. Aku suka sata di sini sebab ada cili api sekali. Baru berasap telinga bila tergigit.

Meh nak share gambar-gambar di The Legend. Ni gambar dari balkoni. Bilik kami mengadap pantai. Laut memang cantik membiru. Lepak di balkoni sambil makan otak-otak dan sata. Tapi makan kelam kabut sebab athmar tak boleh duduk diam. Dah makin melasak budak ni.



Kami book bilik superior double. Ada 2 katil super single. Katil tu kami cantumkan jadi la saiz king. Lepas tu ada sofa pulak. Kami rapatkan sofa ke katil. Malam tu naurah request nak tidur atas sofa. Layankan je. Bilik pun agak luas. Jadi memang selesa untuk kami 4 beranak.

Alhamdulillah sepanjang kami di sini, tak hujan pun. Cuaca bukan je cerah, tapi terik. Nasib baik la sebab hari jumaat ayah kata hujan je. Kalau hujan, tak dapat la berendam nanti.




Petang lepas check in, ingatkan nak berehat sekejap. Tapi naurah dah tak sabar-sabar nak mandi pool. Athmar pulak tak nak tidur. Jenuh susukan dah pujuk untuk tidur, dia asik bangun nak main je. Excited la tu dapat ke hotel. So apa lagi, terus tukar outfit la. Ni sebenar pic hari ahad. Lepas breakfast, athmar dan en. fuad tidur. Mama dan naurah terjun pool lagi.


selfie sikit

muka puas hati dapat berendam
Cubaan pertama athmar mandi pool. Tapi masa ni dia cranky sikit sebab sebenarnya dia mengantuk. So nampak muka athmar tak enjoy langsung. Alahai anak teruna ku ini. Kalau dalam bathtub kemain lagi dia seronok main air ye. Berendam dalam 10 minit, esoknya terus selsema. So esoknya tak dapat la athmar mandi pool.


Besarkan pool the legend. Memang puas hati la berendam. Pool yang besar tu pun cetek je airnya. Tapi pool yang belah belakang tu tutup masa ni. Yang tu dalam. Sambil-sambil mandi pool, boleh juga pegi bersantai di tepi pantai.

Di sebabkan masa yang terlalu singkat, kami tak sempat berjalan-jalan ke pantai cherating. Kalau boleh nak repeat lagi la ke mari. Naurah pun suka sangat di sini. Siap cakap tak sangka kakak dapat tidur kat hotel macam ni. Drama sangat tau. In sha allah anakku, ada rezeki kita datang lagi ye.




Ok la tak patut kan kalau tak tepet gambar pengantin. Ni aku share dua keping gambar pengantin baru. Tahniah aizat dan pasangan. Moga berbahagia hingga ke jannah.




Love,
mar



Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato