Gejala kembung perut dan cara mengatasinya

Assalam,

Masalah perut kembung sememang akan mengganggu aktiviti seharian kita. Bagi mereka yang mempunyai perut sensitif, silap makan atau terlewat makan boleh menyebabkan perkara ini berlaku. 




Bagaimana ianya terjadi? 

  • Percaya atau tidak, mereka yang menghadapi tekanan akan mudah mengidapi masalah perut. 
  • Merokok juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung perut
  • Makanan berlemak yang sukar dicerna menjadi salah satu sebab gas mudah terkumpul
  • Makan terlalu laju juga menyebabkan seseorang tertelan lebih banyak udara
  • Minuman bergas juga penyumbang kepada masalah kembung perut
  • Menguyah gula-gula getah boleh menyebabkan kembung perut (saya selalu hadapi masalah ini)


Cara Mengatasinya

  • Makan tepat pada waktu 
  • Elakkan memakan makanan yang berangin seperti kekacang, kobis etc
  • Makan secara perlahan dan kunyah sehingga lumat
  • Minum air kosong 

Cara Rawatan

Ada beberapa cara rawatan secara tradisional yang saya perolehi daripada blog Petua Warisan Kita 




1. Hiris beberapa ulas bawang putih dan buang kulitnya kemudian rebuskan bersama 2 gelas air kosong. Rebus sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.




2. Ambil sebuku halia sederhana besar dan tumbuk sedikit. (Tidak perlu lumat) Campurkan ke dalam setengah gelas air panas mendidih. Tutup dan biarkan suam. Minum air rebusan tersebut. 



Atau ada cara yang lebih mudah bagi mengatasi masalah kembung perut tersebut dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee. 



Daun Pudina 
Berfungsi untuk melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut / darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Ia juga melegakan kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan. 


Halia
Telah digunakan oleh masyarakat cina lebih daripada 2 ribu tahun dahulu. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual ketika mengandung.


Pokok Adas (fennal)
Orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu. Ia juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus. 


Cekur Manis (anise) 
Digunakan oleh orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut. 


Untuk mendapatkan Peppermint Ginger Plus ini, anda boleh klik gambar di bawah



Atau anda juga boleh menghubungi saya seperti berikut : 



Call / SMS / Whatsapp 

Mar 018-2684992
Pengedar Shaklee Ampang

FB:  Mardiani

COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja) 



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato