Posts

Showing posts from 2011

Hadiah yg bermakna

December merupakan kelahiran kami berdua.. alhamdulillah tahun ni kami menerima hadiah yg sangat bermakna.. yg telah lama kami nantikan.. setelah hampir 3 thn usia perkahwinan kami, akhirnya dapat jua kami hidup sebumbung seperti pasangan suami isteri yg lain.. hubby akan mulakan kerja di tempat baru pada 19 december nanti.. tempat kerja pun dekat je dengan rumah.. boleh jalan kaki je.. gaji pun boleh tahan.. dah lama aku suruh hubby keluar dari bt gajah.. mencuba nasib di sini.. selama ni hubby tak confident, tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan keadaan.. dan syukur setelah cuba hantar resume kt few company, akhirnya lekat juga yg ni.. 1st company panggil interview terus dpt offer kerja.. mungkin ada sebab permohonan pertukaran aku selama ni gagal.. rupanya memang dh tertulis rezeki kami masih di ampang.. ~menanti detik utk hidup bersama hubby tercinta, dan bersama-sama membesarkan puteri tersayang~

21 bulan penyusuan

Image
lama tak update cerita budak kecik ni.. alhamdulilah genap 21 bulan aku menyusukan puteri hatiku.. lagi 3 bulan untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. semoga dipermudahkan.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesepatan buatku menikmati pengalaman yang sangat membahagiakan.. perjuanganku dalam breastfeeding tidak sesukar mana walaupun ianya merupakan pengalaman pertamaku.. pada awalnya keluargaku & hubby tidak menyokong namun tidak juga menghalang aku ingin menyusukan baby aura.. pada mereka itu perkara biasa seorang ibu menyusukan bayi ketika dalam pantang.. namun apabila melihat pada kesungguhanku untuk terus menyusukan baby aura, mereka terus menyokong tanpa berbelah bahagi.. tambah pula apabila melihat perkembangan baby aura yang sangat positif.. alhamdulillah aku tiada masalah dari pihak keluarga... cuma apa yang aku terkilan kerana tak berjaya exclusive breastfeed baby aura.. sebab kejahilan aku di awal p...

rimas

Salam... penah tak korang rasa rimas, tapi taktau apa yang korang rimaskan.. cmne yek nak explain... susah aku nak explain, tapi aku selalu je rasa cmtu.. agak-agak pelik ke normal je feeling camtu... penin...

11.11.

Salam november.. Aku dah lama tak update blog aku.. lama tak menjenguk pun.. sejak dua menjak tnb ni memblok blog ni, aku jadi payah takde mood nk online.. nak mengonlinekan diri kt rumah, memang sangat jarang la kan. baru je aku pegang laptop, si kecik tu dah sibuk-sibuk nak online jugak... pastu bila aku tak layan dia sal leka mengadap laptop, sesuka hati jer dia nak tutup laptop tuh... tu belum bab tekan sini sana, tarik wayar.. adoiii nak online cam nak berperang je.. so lupakan niat suci murni tu... nak tak nak, terpaksa mengunapakai broadband jugak la kat opis.. tapi yang leceh kalau pakai bb ni, kene offline network opis pulak... sebab ict boleh detect if tak offline.. bila dah detect ti mula la surat warning kuar sal salahguna pc opis.. wahhh straight gile la tu... takut mak... tapi bila offline pulak dah,  aku tak received lak email opis. dah bape kali ntah kantoi ngn bos... dia email, pastu tanya aku sal menda tu.. bila tengok aku terpinga-pinga, dia pun pelik la nape...

Sampah kita adalah rezeki bagi org lain

Mesti korang pernah alami situasi bila sampah-sampah yang korang buang kt luar rumah tiba-tiba diselongkar. kadang-kadang geram jugak kan sebab dah la koyakkan plastik sampah tu, pastu teraburkan je sampah-sampah ni kat atas jalan. dah le pekerja alam flora ni RAJIN sangatkan nak kutip balik sampah-sampah yang bertaburan tu. kalau biar lama-lama memang jadi sarang tikus la kawasan rumah kita tu. tapi aku tak la nak marah orang yang menyelongkar sampah-sampah tu. mungkin ada benda-benda yang terbuang tu yang boleh mereka kutip & jual. itu adalah rezeki mereka. cara mereka mencari duit bagi sesuap nasi. itu adalah lebih mulia daripada mencuri, apatah lagi jika hanya meminta-minta. sekurang-kurangnya orang seperti ini masih tahu berusaha menggunakan tulang 4 kerat mereka. cuma kalau boleh jangan la sampai bertaburan semua sampah sarap tu. seorang nyonya tua di kawasan perumahan aku ni menarik perhatian aku. nyonya ni dah bongkok tiga pun. tapi masih gigih berbasikal un...

Kisah di theme park

Image
Hari tu kan dah janji nak buat entry kat times square.. pastu bz je... sampai tak sempat nak hadap blog... so hari ni kebetulan bos pulak cuti... ambik kesempatan la menghapdet blog ni.. ok kita mulakan dengan dari keluar rumah.. mula-mula aku plan nak jalan kaki je dari rumah ke station lrt. dekat je kan.. tapi aku keluar rumah pukul 1, cuaca tengah panas terik pulak. kesian la kat si kecik ni. kebetulan kete alang ada pulak... tuannye takde pegi seremban dengan kawan dia... kete alang ni manual.. aku pulak dah lama gila tak bawak kete manual.. kira gagap gak la... tapi demi anak, aku gagahkan jua.. ko tengok tu muka baby aura.. macam tak percaya kan mama drive kete manual.. sampai je station lrt, ada tren lalu.. si kecik ni terus excited la sambil sebut tut..tut... dia panggil tren ni tut..tut.. sebab bunyi tren kan tut..tut.. hehehee si kecik tu dah tak sabar nak naik tren... biasa la hari cuti kan, tren lambat la sket.. tengok tu sampai dah tertido budak dalam pic tu.....

Bersuka ria di times square theme park

Minggu ni hubby tak balik. bz dengan kerja. or sebab masih berperang dingin.. ok tak nak terus melayan nafsu amarah ni. hari ni aku bawa si kecik ke times square theme park untuk bergumbira. pergi berdua je naik tren. tapi aku bawa kete alang g parking kat LRT station cahaya. macam tak percaya je si kecik ni mama dia drive kete manual. hahaha.. dah lama ok aku tak drive manual. layan... naik lrt sampai stesen hang tuah pastu tukar naik monorail pulak. tapi service monorail lagi hampeh dari lrt rupanya. lembab nak mampus.. dh tu koc lak tu ketot.. bersesak-sesak aku dalam monorail tadi. kesian kt si kecik tu terhimpit.. terpaksa lepaskan 3 tren before aku dapat naik.. bengang... syok la kt theme park tu... nampak baby aura pun enjoy sangat.. ti aku buat entry lain siap dengan pic sekali ye. hari ni malas nk upload la. 

GEDIK

korang kalau tengok aku bergambar mesti cakap "GEDIK GILE POMPUAN NI" mesti ada yang cakap tak boleh blah kan... bajet cun je... ok aku memang gedik time bergambar.. itu aku tak nafikan. aku gile bergambar. pantang nampak kamera, situ aku tuju.. pastu bila posing memang tak hingat-hingat.. mengalahkan dynas mokhtar.. hehehehe.. tapi aku memang kalah la kan, dynas tu tinggi menggalah. aku ni rendang tak berbuah je. dynas tu cantik tak hingat.. aku ni cantik di mata suami.. ye ke ?... hahahaha tapi aku ni bukan bangsa pompun gedik ok. nak-nak bila dengan jantan... aduiii aku cukup allergic dengan pompuan yang buat-buat gedik dengan jantan. depan jantan kemain control konon dia la pompuan melayu terakhir yang paling ayu.. tapi bila tak de jantan, gelak mengilai mengalahkan cik ponti.. tolong la weii jangan nak propa ok... aku ni memang kalau orang tak kenal, bila tengok muka aku mesti mengata aku ni sombong. berlagak bagus jer.. hahahaa.. tapi bila dah kenal, mesti orang caka...

Perang dingin

Salah ke aku bila aku berkeras minta dia berpindah ke sini? bukan demi aku, tapi demi anak. anak dah makin membesar. dia perlukan mama & papanya. sebak hati aku bila si kecil memanggil papa setiap hari. tiap kali hp aku berbunyi, dia sure ingat papanya yg kol. tiap kali papa dia hang up phone, mesti dia menangis. si kecil bukan la bercakap sangat tiap kali papanya kol, tapi dia suka mendengar suara papanya. tiap kali aku tengok si kecil menangis bila papanya hang up, aku menangis dalam hati. sedih sangat-sangat.... tak tau dah berapa hari kami berperang dingin. tiada lagi panggilan mesra dan ucapan manja. aku berkecil hati, dah aku tau dia pun kecil hati jugak. masing-masing tak mahu mengalah. aku dengan pendirian aku, dia dengan pendapat dia. mangsanya, anak? aku tak marah kalau dia berusaha cari kerja kat sini. tapi sampai sekarang aku tak nampak usaha dia tu. balik-balik cari kerja lain kt area perak gak. mana aku tak sakit hati. bila aku suggest kerja kat sini, ada j...

SAKIT HATI

Maaf aku terpaksa melepaskan geram dan marah di sini. bukan niat aku nak menjaja cerita. tapi hati ni terlalu sakit, perit dan sedih. susah aku nak jelaskan. kenapa susah sangat untuk dia memahami kehendakku. kenapa susah sangat dia nak membuat keputusan untuk kemari. apa yang dia takut sangat hidup di sini. aku tak faham. tak penting kah kami ni dalam hidup dia. aku benci...aku kesal dengan apa yang berlaku. tapi perjalanan hidupku harus diteruskan. aku seorang yang kuat. aku yakin aku kuat untuk harungi segalanya. tapi macam mana dengan si kecil? YA ALLAH, KAU BANTU LA DIRI KU INI...

Baby Aura tak sihat.

Image
Tengah malam tadi aku terjaga sebab baby aura nak menyusu. tiba-tiba aku terasa badan dia panas sangat. time tu dalam pukul 1.30am. terus aku bangun, suapkan baby aura ubat lepas tu jelum dengan air + asam keping. alhamdulillah pagi ni dah turun suhunya. tapi aku tetap bagi makan ubat jugak sebelum hantar ke rumah bs dan bekalkan ubat. takut suhu dia naik tiba-tiba kat rumah bs pulak. Biasanya aku akan ambik cuti kalau baby aura demam. tapi memikirkan cuti dah tinggal sikit je tambah pulak suhu badan baby aura dah tak tinggi, so aku pegi juga la keje. tapi mood kerja memang tak ada la. risau pikirkan keadaan baby. harap tak ada apa-apa la. Ya Allah, kau lindungi la permata hati ku itu dari sebarang kejadian yang tak diingini. kau berikan lah kesihatan yang baik buat dirinya. sesungguhnya aku terlalu menyayangi anakku itu melebihi nyawaku. suka sangat naik basikal. tu basikal kak dina. hujung minggu ni insya allah kita pegi beli basikal baby ye. mama luv u so much sayang...

Jamuan Raya lagi.

Aku baru lik dari jamuan raya peringkat bahagian pulak. syoik jugak la tahun ni sebab makanan banyak dari 2 tahun lepas. tapi yang lagi syoik sebab aku dapat hadiah. hahaha.. terkejut gak aku. memang tau aku menang tapi tak sangka pulak tempat pertama. aku menang apa? hehehe aku menang shape up program. few months ago, bahagian aku buat pertandingan shape up sempena minggu kesihatan. aku join suka-suka je. memang BMI aku ketegori normal. puasa hari tu berat badan aku turun banyak pulak. sal tu la menang. rezeki.. hadiahnya ialah vitamin. alhamdulillah tak payah aku nak beli vitamin. jimat duit aku.. ti aku upload gambar-gambar jamuan raya kt opis aku & peringkat bahagian ni. sal hari ni malas nak edit. banyak sangat pic gedik. hadap la nanti..  

keMALASANan...

Dah bape hari tak jenguk blog. banyak cerita nk story mory tapi malas nak mengarang. hari ni tak sempat sebab jap lagi aku nak kene g training kat ILSAS. dalam kul 1 keluar la dari opis. hope training abis awal leh cabut lik umah awal. tak kuasa la nk masuk opis balik kan. Ti kalau lik awal, nak kemas umah sket. kain baju pun dah bape hari tak bercuci. malas jugak. pastu nak pegi pm lak. tau ke pm tu apa? pasar malam la.. nak beli stok lauk sal semua dah abis. dah 2 hari anta bubur kosong je ke bs baby aura dengan harapan bs leh masakan sup untuk si kecik tu. kesian anak aku tu. so hari ni nak beli ikan & ayam. hari tu buat sup ikan untuk baby aura. dia suka lak. dulu aku penah masak bubur ikan. time tu masak sekali dengan nasi. hampeh si kecik tu tak suka langsung. hanyir la tu kan. teruk betul mama ni kan ada ke kasi anak makan cmtu. kali ni buatkan sup, tumis bawang sket, letak potato, letak sayur sket, hurmmm makan sampai licin mangkuknya. bagus anak mama.. ok mau bersiap-sia...

Sayangkan anak...sayangkan isteri

Jika sayangkan anak tangan-tangankan Jika sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Boleh pakai ke pepatah tu? tangankan anak untuk mendisplinkan anak. aku boleh terima itu asalkan tidak mencederakan anak. dulu sewaktu kecik, kami adik beradik selalu kena rotan dengan ayah bila kami buat salah. tapi ayah merotan hanya di kaki dan tak la bertalu-talu. cukup dalam 2 atau 3 kali sebatan sebagai peringatan. hasilnya kami membesar menjadi lebih baik disebabkan displin yang ayah telah terapkan. namun untuk kata-kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan macam mana pula? adakan permaksud tinggalkan isteri sementara untuk keluar mencari rezeki. untuk berapa lama? 8 jam? 9 jam? atau bermaksud berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin juga berbulan-bulan. adakan itu pengorbanan?  bila dah terlalu lama ditinggalkan, tak mustahil kan sayang tu akan mula menghilang? aku tak cakap tentang perkahwinan aku dan en hubby. memang kami PJJ. namun alhamdulillah setakat ini kasih sayang kami tetap utuh. c...

Nursing In Public - kempen flashmob breastfeeding di klcc tu memalukan??

Image
Baru-baru ni dalam KIM ada sorang mommy ni post tentang ada viewer yang komen menghentam kempen flashmop brestfeeding kt KLCC. aku pun terus la gogel youtube. sebab dulu masa mula-mula aku view clip tu dulu takde pulak yang menghentam. rata-rata memuji kempen yang diadakan tu. aku pun ralat sebab tak sempat nak join aktiviti tu sebab tak tau lebih awal. bila baca hentaman-hentaman tu terus aku tergelak. sebab mereka yang menghentam tu nampak tak tau apa yang diorang cakapkan. sedap-sedap je jari-jari korang nak komen ye. nak kutuk kaum-kaum ibu yang breastfeed anak kat public pulak. sekurang-kurangnya ibu-ibu tersebut ada kesedaran, keberanian & ada ilmu tentang kepentingan susu ibu ni. korang tu apa yang ada? kat sini aku nk tegaskan kempen flashmob breastfeeding ni bukan kempen untuk menayang buah dada sape lagi besar, buah dada sape yang dah lonyot, buah dada sape yang cantik ye. tapi satu kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan susu ibu dan adalah hak...

Cerita Syawal Episod 2

Image
Ok kita sambung balik cerita raya Khamis 1/9/2011 pagi-pagi dah dapat SMS dari Mai ajak g beraya ke rumah mertua dia di Simpang Pulai. so pujuk-pujuk hubby suh bawak aku pegi. nasib hubby ok. kebetulan diela pun ada di rumah mertua dia kat ipoh. so pegi beraya ke sana sekali la. mula-mula plan nak ke rumah mai dulu, tapi sebab mai keluar beraya so terus la ke ipoh dulu. sampai je kat rumah mertua diela aku tergelak besar. nak tau sebab apa? sebab ni. kebetulan pulak la budak berdua ni pakai baju yang sama. aku dengan diela memang slalu shopping baju anak sama-sama. dan selalunya taste kami pun memang la sama. takpe la kecik-kecik cmni comel lagi kalau pakai sama-sama kan. dah macam kembar pulak. balik dari rumah mertua diela, terus ke simpang pulai lak. dah lama aku tak jumpa dengan mai. last masa aku kawin. tu pun tak sempat nak berborak panjang la. mai sekarang ni dah buat partime make up artis dah. cantik hasil keje dia. kalau korang nak mencari tukang make up untuk apa...

Cerita Syawal

Tadi dah cerita sal photo gedik. kali ni aku nak cerita tentang sambutan hari raya tahun ni. mula-mula start dari hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti. last day iaitu hari jumaat bersamaan dengan 26/8/2011 . mood kerja memang dah totally zero la. hari ni aku bawa si kecik ni ke opis. modus operandi bukan nak kutip duit raya ye tapi sebab ramai officemate aku pun bawak anak masing-masing. so seronok la si kecik ni bermain dengan budak-budak tu. nak kejut dia pagi tu pun punya la senang. just cakap dengan dia "nak ikut mama naik tren pegi opis mama tak" dalam mata pejam pun dia leh jawab "nak". amboi nak senangnya ko ye. slalunye bila kejut suh pegi umah mbok, punya la banyak alasan tak mo bangun tido. sabtu 27/8/11. berdua je dengan si kecik kat rumah. alang dah bertolak balik ke Bagan Lalang malam semalam. motif aku tak nak ikut? aku ni kan isteri mithali, so tunggu en hubby sampai, nak balik dengan dia sekali. baru la terasa suasana balik kampung bers...

Photo Gedik di Pagi Raya

Image
Salam Syawal semua. macam mane dengan raya korang semua. raya aku tahun ni best. raya pertama aku beraya kt kampung mak ayah aku kat Gold Coast. wahh dengar cm dasyat kan. tapi bukan di Australia ye cuma di Bagan Lalang je. kat mana pulak Bagan Lalang tu? Bagan Lalang tu terletak didalam daerah Sepang ye kawan-kawan. Ishh banyak menceceh pulak aku ni. ok la ni sket photo gedik kami sefamily di pagi raya ye. memang acara wajib kami di pagi raya lepas setel bersalaman. ni la family besar aku. tak de la besar sangat. kami 4 beradik. aku anak kedua. along aku, beza setahun jer dari aku. dah berkahwin dan ada sepasang anak. akak ipa aku orang sungkai, perak. memang best dia ni sal boleh sekepala dengan kitorg sefamily. anak diorg pulak yang sulung tu kami panggil dia kak dina, skg ni dh 6 tahun pun umur dia. kak dina ni budak baik. sopan sangat & pandai ambik hati. tapi mulut dia boleh tahan gak la laser. kalau dia dah start komplen, boleh makan hati gak la. hahaha. yang ke2 pula...

Sakit Jiwa

Aku baru nak merajinkan diri untuk menghepdet blog ni. Ingat nak la ceritakan kisah hari raya aku & family. tapi network cm bengong pulak. nak upload pic tak boley.. So tak tercapai la niat murni aku nak share kisah raya. Nanti kalau internet ni dah tak mengong aku update kisah raya aku ye.

Salam Syawal

Image
Assalamualaikum Baby Aura , mama & papa ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua kawan2 yang mengenali kami. maafkan salah & silap kami ye. bagi yg akan memandu pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Baby Aura akan beraya dengan atok & anny dulu pastu mama cakap insya allah petang raya ke-2 akan balik ke batu gajah utk beraya dengan opah & tok wan pulak. jemput la datang ke rumah ye. babai..

bermanik manik

Image
ni projek charity ye. hehehe... sebenarnya aku beli manik dari zaman anak dara lagi. kononnya nak mengasah bakat dalam bidang jahitan manik ni la. tapi skg anak pun dah umur 1thn 6bln pun xde nampak sehelai pun baju aku yg berjahit manik.. klu ada pun baju nikah dlu tu pun anta tempah. angan-angan je la aku ni ye.. tapi bila aku tertengok baju kak dina yg kosong kaler ijau tu, aku pun terkenang la pada manik2 aku yg dh lama terpinggir tu. so dengan murah ati sempena bulan puasa yg mulia di tambah pulak nak raya ni aku pun offerkan diri untuk menceriakan baju raya kak dina. gigih la aku seminggu untuk menyiapkannya. hasilnya cmni la.. > > > > > > > takde la hebat pun..hahahah tapi cukup la buat aku kembali berminat nak bermain dengan jarum & manik ni..

hangit..

Image
ni bukan kes panggilan hangit ye. tp ni kes aku dh menghangitkan bubur Baby Aura. citenye cmni. semalam aku nak masak bubur budak kecik ni. time tu dlm kul 9 mlm. baru on je api, budak kecik ni mengamuk nk susu. so aku pun landing2 la depan tv sambil susukan dia. semalam lak time berbuka aku dah bedal sebungkus nasi dagang. pehhh mmg sedap.. so bila kenyang mata pun bagai di gam2 pulak dah.. tak sedar aku leh terlelap. sedar2 je alang balik dari terawih, bukak je pintu rumah terus jerit kejutkan aku tanya aku masak pe kat dapur sal dah berasap 1 rumah. kelam kabut aku berlari ke dapur.. dan hasilnya... > > > > > > > > > bis hangit bubur anak aku tu.. waaaa... terpaksa la aku buang kan aje. membazir betul la. kol hubby gtau kejadian berasap ni, dia lak marah aku sebab aku tak pakai slow cooker. bukan taknak pakai ler, tp aku silap pegi beli slow cooker kecik sape suruh. klu masak pakai slow cooker, stok utk 2 hari je...

Marsya Naurah the movie

Projek terbaru, menghasilkan video utk di dedikasikan khas buat anak tersayang. Dah siap few weeks ago, tp baru ada masa untuk upload. Hasil yang memberangsangkan bagi 1st time user yang langsung xde pengetahuan dalam menghasilkan video ni. Credit sket ok! Mama & Papa sayangkan Marsya Naurah...Semoga membesar dan menjadi insan yang berguna ye.

rindu papa

Image
walaupun mr hubby jauh, tapi dia rajin kol aku tiap2 malam untuk bercakap dengan Baby Aura. cuma si kecik ni je ikut mood nk bercakap dengan papanya. kadang2 kalau si kecik ni tengah leka tengok cd nursery song or tengah syok main, mmg jangan harap la dia nak bercakap dgn papanya. tapi malam td tiba2 si kecik ni meragam bl papanya end call. papanya tengah bz pulak malam td. so dapat kol kejap2 la. tiap kali end call mengamuk la si kecik tu. tp bila papa kol bukannya si kecik ni nk bercakap pun, just nk dengar suara papanya je. tu yg bila end call, dh tak dengar suara papanya terus dia mengamuk. sedih pulak aku tengok keadaan Baby Aura mlm semalam. mungkin kalau dia leh bercakap tentu dia cakap "baby rindu papa." nasib la hari ni mr hubby balik. baby tak mo nangis2 lg ye sayang. si kecik ni memang manja dengan papanya walaupun jarang bertemu.

Mari ke dapur bersama Mizdeeni

Image
Alamak macam poyo pulak tajuk aku ni. macam la aku ni terror sangat masak. baru ni jer la belajar pegang senduk ngan kuali. tu pun nasib la dh duduk sendiri. klu still duduk ngn mum & ayah, dah confirm2 aku x masuk dapur memasak. hehehe bersempena dengan cuti Nuzul Quran semalam, aku merajinkan diri utk memasak juadah berbuka puasa. Menu kali ni ialah Butter Prawn.. mmm dengar nama je dh meleleh kan.. bahan-bahan yang diperlukan adalah: udang 1 sudu mkn butter 2 biji kuning telur 2 tangkai daun kari 5 biji cili api semangkuk chicken stok sedikit gula cara-cara memasak panaskan kuali, kemudian masukkan butter. bila butter cair, masukkan kuning telur sket2 sambil kacau. pastu masukkan daun kari & cili api diikuti dengan udang. kacau rata. last masukkan chicken stok & sedikit gula. ok siap.. ni hasilnya.. > > > > tempting tak.. aku buat berkuah sket. tp klu korang nk buat kering pun boleh. terpulang pada selera masing-...