21 bulan penyusuan
lama tak update cerita budak kecik ni.. alhamdulilah genap 21 bulan aku menyusukan puteri hatiku.. lagi 3 bulan untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. semoga dipermudahkan.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesepatan buatku menikmati pengalaman yang sangat membahagiakan..
perjuanganku dalam breastfeeding tidak sesukar mana walaupun ianya merupakan pengalaman pertamaku.. pada awalnya keluargaku & hubby tidak menyokong namun tidak juga menghalang aku ingin menyusukan baby aura.. pada mereka itu perkara biasa seorang ibu menyusukan bayi ketika dalam pantang.. namun apabila melihat pada kesungguhanku untuk terus menyusukan baby aura, mereka terus menyokong tanpa berbelah bahagi.. tambah pula apabila melihat perkembangan baby aura yang sangat positif.. alhamdulillah aku tiada masalah dari pihak keluarga...
cuma apa yang aku terkilan kerana tak berjaya exclusive breastfeed baby aura.. sebab kejahilan aku di awal penyusuan, aku dah suapkan formula milk dan air masak ke mulut si manjaku.. menyesal sangat-sangat tak menuntut ilmu dalam penyusuan seawal aku di sahkan mengandung dulu.. insya allah, jika di murahkan rezeki untuk anak ke-2 nanti takan aku ulangi lagi kesilapan itu..
nikmatnya menyusukan anak, cuma mereka yang melaluinya saja yang tahu.. andai di beri pilihan antara duit dan menyusukan anak, dah pasti aku akan memilih untuk menyusu.. sebab duit tak dapat membeli kepuasan & kebahagiaan aku dalam menyusukan anak..

Comments
Post a Comment