Sampah kita adalah rezeki bagi org lain
Mesti korang pernah alami situasi bila sampah-sampah yang korang buang kt luar rumah tiba-tiba diselongkar. kadang-kadang geram jugak kan sebab dah la koyakkan plastik sampah tu, pastu teraburkan je sampah-sampah ni kat atas jalan. dah le pekerja alam flora ni RAJIN sangatkan nak kutip balik sampah-sampah yang bertaburan tu. kalau biar lama-lama memang jadi sarang tikus la kawasan rumah kita tu.
tapi aku tak la nak marah orang yang menyelongkar sampah-sampah tu. mungkin ada benda-benda yang terbuang tu yang boleh mereka kutip & jual. itu adalah rezeki mereka. cara mereka mencari duit bagi sesuap nasi. itu adalah lebih mulia daripada mencuri, apatah lagi jika hanya meminta-minta. sekurang-kurangnya orang seperti ini masih tahu berusaha menggunakan tulang 4 kerat mereka. cuma kalau boleh jangan la sampai bertaburan semua sampah sarap tu.
seorang nyonya tua di kawasan perumahan aku ni menarik perhatian aku. nyonya ni dah bongkok tiga pun. tapi masih gigih berbasikal untuk mencari botol-botol kosong. kadang-kadang rasa simpati menyelubungi diri. mana anak-anak dia. tak rasa kesian ke tengok ibu mereka yang setua tu masih bekerja. tak kan diorang tak hulurkan sedikit bantuan pun pada ibunya yang sorang ni.
kami di rumah memang selalu membeli air mineral. jadi botol-botol tu kami simpan, & tiap kali ternampak nyonya ni, kami akan bagi padanya. nyonya ni baik orangnya. walaupun dia menyelongkar tong sampah, tapi tak pernah pun dia selerakkan sampah-sampah. jelas terpancar kegembiraannya tiap kali dapat botol-botol dari kami. ucapan terima kasih tak pernah lekang dari bibirnya.
melihat nyonya tu, terkenang aku pada mak. sungguh aku tak sanggup tengok mak & ayah masih bekerja keras di hari tua mereka. sudah cukup penat mereka selama ni membesarkan kami adik beradik. biar lah mereka berehat dan menikmati usia emas mereka dengan kebahagian. biarlah kami, anak-anak mereka membalas jasa mereka selama ini. biarlah kami bersusah payah, kerana walau sesusah mana pun kami, semua itu masih belum dapat membalas kesusahan mereka di dalam membesarkan kami.
kisah sampah ni juga menyedarkan aku untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan padaku. kerana aku selalu bersungut tentang kesusahan hidup hingga aku terlupa, ada orang lain yang lebih susah dari aku. ada orang yang terpaksa mengutip sampah demi mengisi perutnya. demi sesuap nasi buat anak-anaknya. hidupku mewah dimata mereka. namun, sebab aku terlalu memandang pada hidup orang yang lebih mewah dariku, aku terlupa kesusahan orang lain, tentang keperitan hidup mereka.
"YA ALLAH, kau ampuni lah dosa ku kerana kealpaan itu. jadikan lah aku insan yang sentiasa mensyukuri nikmatmu ya allah. kau limpahkan la rezekimu kepada mereka dan permudahkan la pekerjaan mereka. kerana kau yang maha mengasihani serta maha mengetahui."
Comments
Post a Comment