Posts

Showing posts from 2015

Ujian, ketenangan dalam kesulitan

Assalam, Ujian allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Ada bentuk kesedihan, kekecewaan, kemalangan dan ada juga bentuk kemewahan. Dalam banyak-banyak ujian, ujian kemewahan yang paling bahaya. Sebab ramai antara kita mudah terleka dengan kemewahan. Aku antaranya yang pernah terbuai dengan kesenangan. Pernah satu waktu, ketika agak mewah, aku agak jauh dengan penciptaku. Melupakan perkara yang wajib di lakukan. Sungguh ku berdosa. Sesungguhnya allah amat menyayangi hambanya. Dihantarnya ujian bagi menyedarkan aku. Dijentiknya kami yang selama ini terleka. Disaat aku ingin mencari cintanya, diberikan aku dugaan untuk menguji sejauh mana keimananku. Kesenangan kami ditarik sekelip mata. Benar, semua yang ada pada kita hanya pinjaman. Bila-bila masa allah boleh menariknya. Ya Allah, andai hati ini tidak kuat, pasti aku akan mengalah. Disaat suami hampir putus semangat, ku bimbing tangannya untuk terus melangkah. Disaat suami mengeluh resah, ku bisikkan nasihat agar terus tabah. Kesu...

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih...

Sustained Release Vita C 500mg

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang Sustained Release Vita C 500mg Shaklee.  Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagi Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Manafaat Utama: Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangka...

Kenapa wanita memilih untuk bekerja

Assalam, Hari ni terasa macam nak membebel sikit. Pasal kenapa wanita bekerja. Bukan apa, bila terjadi kes-kes penderaan kanak-kanak di taska, atau ada berlaku kematian di taska, ramai yang menyalahkan si ibu yang bekerja. Kononnya sibuk nak bekerja hingga sanggup hantar anak yang masih kecil ke taska. Habis tu kalau tak hantar ke taska / pengasuh, takan la nak tinggal anak tu sorang-sorang dekat rumah..!! Tak sayang anak ke??  Persoalan ini yang selalu di perkatakan. Cik jenab oiii, siapa yang tak sayang anak. Dah di kandung sembilan bulan, dengan menanggung sakit pening. Nak beranak tu bukan senang. Bertarung nyawa tau tak. Abis tu takkan la sebab si ibu ni nanti kembali bekerja nak di label sebagai tak sayangkan anak. Sempit sangat fikiran tu. Tanya la ibu-ibu yang bekerja, apa yang diorang rasa masa hari pertama nak kembali bekerja lepas cuti berpantang. Memang semuanya mengalir air mata bila hantar anak ke tangan orang lain ok. Kami, ibu yang bekerja ni kalau boleh ...

Make up asas yang perlu ada bagi setiap wanita

Image
Assalam, Lama aku tak bersiaran. Bizi sikit plus dengan takde mood nak menulis. Beberapa minggu lalu aku tak sihat. Demam, selsema, sakit badan.. Kira pakej hampir lengkap la.  Ok, tengok balik pada tajuk. Hari ni nak cerita pasal make up. Wanita dan make up memang tak dapat dipisahkan. Eh kejap, ada wanita yang tak suka bermake up ye. Tak pe, baca juga ok.  Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, aku memang memakai make up setiap hari. Mesti korang fikir leceh betul la nak mengadap cermin berjam-jam setiap hari. Ehh silap, aku hanya bermake up simple yang cuma ambil masa lebih kurang 10 minit je setiap pagi.  Sebelum tu, meh intai set asas make up yang wajib ada bagi setiap wanita.  Ni je jumlah make up yang aku ada dan usung ke hulu ke hilir. Abaikan 3 pensil kontot tu. Dah lama gila tak membeli eyebrow dan eyeliner. Sebenarnya sebelum ni ada beli beberapa eyebrow dan eyeliner, tapi macam tak best pakai. So aku pakai balik yang lama ni. Nak ...

Cheesetart untuk hantaran

Image
Assalam, Naurah's Kitchen telah mula mengambil tempahan cheese tart untuk hantaran ye. Tak kira untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan. Sekarang dah bulan 10. Tak lama lagi musim kahwin betul tak. Jadi pada yang duk pening kepala memikirkan tentang hantaran, boleh la menempah dengan kami.  Ini adalah tempahan daripada Cik Aida untuk hantaran pertunangan dia. Tahniah dan selamat bertunang. Alhamdulillah customer berpuas hati. Terima kasih kerana sudi menempah dengan kami. Pakej untuk hantaran seperti berikut. Sekotak cheese tart dengan flavour pilihan Strawberry Blueberry Kiwi Orange Mango Kotak transparent  Simple deko Maaf, untuk pakej hantaran, hanya self pick up atau COD di ampang sahaja.  Nak tempah? Boleh whatsapp:  018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) Sekian untuk kali ini. Jika berminat, boleh la mula menempah sekarang. Love,  mar 

Untitled post

Assalam, Sejak bergelar mak, hati aku jadi selembut tisu bila baca kisah penderaan, kemalangan, kematian, penculikan atau apa je yang melibatkan kanak-kanak. Paling-paling tak boleh terima bila ada kanak-kanak yang diperlakukan dengan kejam. Aku tak tau nak labelkan individu yang melakukan perbuatan kejam sebagai apa. Kalau manusia, mana hati dan perasaan mereka. Sedangkan haiwan pun melindungi anak-anak mereka.  Perkara-perkara seperti ini membuatkan aku betul-betul trauma nak bawa anak-anak keluar. Risau terjadi apa-apa pada mereka. Ya allah lindungi la anak-anak ku, Marsya Naurah dan Muhammad Athmar serta semua kanak-kanak lain. Jauhkan mereka dari kekejaman manusia berperangai syaitan.  Love,  mar 

Hantaran mahal. Macam mana nak kawin

Assalam, Hari-hari hangat topik di fb pasal hantaran mahal, berzina murah. Errr... Nak kupas perkara ni susah. Masing-masing nak menegakkan pendapat masing-masing. So bagi aku, takde jawapan yang sohih betul dan salah. Ni pandangan aku je. Nak jugak bagi pendapat. Hahaha Dalam islam tiada hantaran. Hanya ada mahar atau mas kawin. Tu memang wajib lelaki beri pada isteri dan menjadi hak isteri. Nilai mahar pula bergantung pada negeri. Tapi ada juga lelaki yang beri lebih daripada nilai yang ditetapkan. Itu terpulang pada pihak lelaki. Andai dia berkemampuan, boleh je. Tak menjadi kesalahan pun.  Duit hantaran pula hanya la adat. Duit hantaran ni kebiasaannya pengantin perempuan akan gunakan untuk majlis persandingan. Nak bayar khemah, katering, pelamin dan sebagainya. Tapi ada juga yang sengaja letak hantaran tinggi, dah macam pertandingan pula. "Anak cik jemah tu hantaran dia 10K. Anak cik bedah pulak 15K, anak aku nanti mesti kene 20K." Berlumba-lumba pulak nak tau...

Erti kehilangan

Image
Assalam, Pagi tadi terbaca status dari fb Dr.MAZA.com tentang kehilangan. Ini membuka minda aku tentang erti sebuah kehilangan.  Kurnia Allah atas kehilangan sesuatu Kurniaan Allah kepada seseorang itu bukan hanya dalam bentuk pemberian, tetapi mungkin juga dalam bentuk menghilangkan sesuatu. Kadang-kadang kita memiliki sesuatu ataupun seseorang yang kita rasakan satu kebaikan namun Allah mengetahui ia tidak baik untuk dunia ataupun akhirat kita, lantas Allah menghilangkannya dari kita. Kita sangka ia satu kehilangan tetapi ia sebenarnya satu kurniaan Allah kepada kita untuk menyelamatkan kita. Kehilangan harta tertentu, kawan dan kekasih bukanlah semestinya satu keburukan, bahkan satu nikmat yang akan dapat difahami apabila kita melihatnya dari jendela hikmah dan rahmat Allah. Nabi Nuh a.s. kehilangan anak dan isterinya yang derhaka lagi memusuhi dakwahnya. Demikian Nabi Lut isterinya yang memusuhinya. Kesemua itu kurniaan Allah buat mereka agar mereka berlepa...

Jom masak lasagna

Image
Assalam, Lasagna ni memang favourite aku sesangat. Tapi nak makan selalu tak la sebab harga agak mahal, pastu makan tak kenyang. Daripada beli sepinggan lasagna, lebih baik makan nasi. Kompem kenyang sampai malam. Pastu aku kurang suka lasagna di Pizza Hut sebab yang tu seafood lasagna. Aku suka beef.  Dulu penah ambik resepi lasagna dari kawan. Pastu rasa macam lecehnya nak buat. Banyak sangat step nak kene buat. Last-last campak tepi je la resepi tu. Tapi sejak dua menjak ni ntah hantu chef mana yang merasuk jiwa aku ni, duk gila nak mencuba macam-macam resepi pulak. So semalam di petang yang damai, maka terhasil la beef lasagna yang penuh dengan kasih sayang.  Kita tayang sepinggan lasagna bagi proses merembes ailio korang dulu ye.  Bahan-bahan yang di perlukan .(maaf ye tak ambik gambar bahan)  Sebiji bawang besar (potong dadu) 400g daging cincang (aku guna sepeket daging ramly) 1 tin cendawan butang (hiris nipis) 1 tin sos preg...

Resepi makanan bayi / toddler | White Sos chicken pasta

Image
Assalam, Semalam nak masak lauk untuk athmar. Tapi takde idea. Malas buat sup ayam, sal isi ayam seketul je. So potong-potong je la bawang. Pastu keluarkan je la unsalted butter. Ingat nak tumis bawang pakai butter je. Saja takmo pakai minyak. Bila bau butter dan bawang bersatu, terus terasa nak letak serbuk oregano. Masa ni still tak tau nak masak apa lagi. Tiba-tiba athmar mintak cheese. Sebelum tu dah habis sekeping cheese mother choice dia bedal. So aku pun kasi la lagi sekeping. Dah siap-siap bukak, sekali athmar takmo makan pulak cheese tu. Daripada membazir, terus terpikir masukkan je la cheese tu dalam lauk athmar ni. Maka terjadi la white sos versi mama mar.  Gambar masa memasak tak ambik ye. Sal memula ingat lauk simple je.  Bahan-bahan. Untuk sekali or dua makan je Sepotong ayam 2 ulas bawang putih Sedikit serbuk oregano Sedikit daun parsley Sekeping cheese (aku pakai mother choice)  Cara-cara Tumis bawang menggunakan unsalted b...

Cerita malam jumaat

Assalam, Amboi korang kalau cerita pasal malam jumaat je memasing dah sengeh sampai telinga ye. Tambah sekarang ni musim hujan. Di beritakan ampang hujan lebat ye tengahari tadi. Sekian wartawan kami melaporkan dari tempat kejadian.  Wokeh la ni bukan nak cerita pasal aktiviti tengah malam jumaat korang. Kita cerita pasal awal malam ye. Usai solat maghrib elok la di capai surah yasin dan baca la ia. Selain surah yasin, surah Al- Kahfi juga elok dibacakan pada setiap malam jumaat.  Dari Sa’id al-Khudriy ia berkata, Rasulullah Saw bersabda: مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ. “Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat cahaya antara dirinya dengan rumah yang mulia (Mekah)” (HR. Ad Darimi). Selain membaca Surah Al-Kahfi, amalan sunat malam Jumaat yang lain adalah memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W: ...

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Image
Assalam, Lama tak up resepi makanan bayi kan. Sebenarnya athmar tak bayi lagi dah. Hari ni dah genap 1 tahun 6 bulan. Patut dah kene tukar tajuk, resepi makanan toddler. Memang cepat sangat masa berlalu. Hoiii.  Kadang-kadang pening juga nak masak apa. Dulu masa athmar baby, boleh juga buat stok puri untuk seminggu. Sekarang ni kalau dia kene repeat menu sama je, mula la dia taknak makan. Demand sungguh tau. Dah la mama dia ni rajin sungguh memasak kan.  Dalam freezer ada ikan merah. Asik buat sup je, so kali ni mama buat masak tomato. Pakai bahan simple je. Tu je pun yang ada. Maklum la minggu lepas raya haji, so memang tak membeli stok bahan masak la.  Bahan-bahan. Sekeping ikan merah. (nak pakai ikan tenggiri ke, ikan bawal ke, ikan jenahah ke boleh je) Ikan ni aku lumur dengan tepung, serbuk oregano dan serbuk daun parsley sikit. Nak bagi kelainan rasa sikit.  Sebiji tomato Sayur (carrot, kubis, ikut apa yang korang suka la. aku pakai bro...

Kerja-kerja En.fuad

Image
Assalam, Pagi-pagi en.fuad anta wasap, nak pantau kain yang di jemur katanya. Sebenarnya ni tengah test device baru. Esok nak tunjuk dekat client. Yang ni en.fuad pasang di tv kami. Puas hati memantau dengan screen besar kan. Kalau ikut pakej cctv biasa, ada dapat LCD monitor. Berapa inci tak ingat pulak dah. Tapi kalau client nak pakai tv boleh juga request. Macam projek terbaru di Masjid Al-Bukhairy, pihak masjid nak pakai LED TV. Ni pulak salah satu projek banglo di Damansara. Owner request 8 camera untuk cctv berserta alarm sistem. Untuk cctv dah siap pasang. Sekarang ni nak pasang alarm sistem pula. Tu pun owner dah minta pasang juga cctv di gym yang akan mereka buat nanti. Alhamdulillah owner berpuas hati dengan kerja-kerja en.fuad. Selain daripada cctv dan alarm sistem en.fuad buat juga kerja-kerja lain seperti pemasangan autogate dan wiring. Ni antara salah satu kerja-kerja pemasangan autogate yang dia buat baru-baru ni. Kesian client ni, contra...

Mari memasak untuk kesejahteraan ummah

Image
Assalam. Amboi, tajuk tak nak kalah namanya. Sekarang ni memang aku makin kerap masak. Asal cuti je mesti nak masak. Rasa syok pulak memasak. Macam-macam resepi yang aku nak cuba. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Maklum la baru mencuba.  Dulu-dulu aku memang tak pandai masak langsung. Duduk dengan mak ayah kan, semuanya diorang la uruskan. Dasar anak dara pemalas. Penah dulu sorang member lelaki cakap kat aku, lelaki ni kalau dia nak cari isteri dia nak perempuan yang pandai masak. Kalau awak tak pandai masak, kurang la point kat awak. Masa tu umur aku 19 tahun. Hellooo... Kau nak cerita pasal aku kene pandai masak baru kau nak kawin dengan aku. Chittt.. Baru 19 tahun kot masa tuuuuu. Nasib baik masa aku berkawan dengan en.fuad dia tak kuar statement macam tu. Nasib baik juga family en.fuad tak penah suruh aku masak. Hahaha. Abah memang terror memasak ok. Sama macam ayah. Kalau mak aku dan mak en.fuad jangan kata la. Air tangan mak-mak ni mana boleh lawan kan....

Jom menyembang di petang jumaat

Assalam, Lama tak menyembang kosong kan. Asik takde mood je. Ni tengah free, pastu en.fuad baru call nak ambik aku balik kerja, tapi lewat sikit dalam 5.30 baru sampai ofis aku. So tengah ada masa ni jom update apa yang tertinggal.  Last week athmar pulak kene chicken pox. Dah memang boleh agak sebab masa naurah kena ari tu, athmar duk main dengan kakak dia. Ye la diorang berdua je, kalau tak main dengan kak naurah, athmar nak main dengan siapa pulak kan. So macam biasa aku kena la bercuti lagi demi menjaga buah hati pengarang jantung pisang aku tu. Nasib baik ubat sekarang ni ada anti virus, so cepat baik demam nya. Tu doc yang kata. Bukan aku memandai-mandai hokey. Tapi memang betul sebab athmar kena hari jumaat, siap pakej demam lagi. Hari isnin chicken pox dah mula kering. Hari khamis dah boleh hantar ke rumah pengasuh. Hope takde la virusnya menyerang budak-budak di rumah pengasuh dia. Sorry mama tak boleh cuti lama lagi. Cuti tinggal 5 hari je. Tu yang nak kena simpan ...

Cerita hari ini

Assalam, Tolong... Mood menulis dah kelaut. Sebab tu lama sangat tak de any update. Tak bukak blog langsung. Macam takde mood nak mengadap. Bila bukak dan mengadap, tenung screen pc lama tapi tak tau nak taip apa. Lastly tutup balik buat keje lain pulak.  Sebelum merdeka hari tu, aku dah bercuti panjang. Sebab naurah kene chicken pox pulak. Kesian anak dara aku tu. Kene teruk jugak abis naik satu badan termasuk muka dan kepala. Merengek-rengek menangis sebab tak tahan gatal. Bila pecah pedih dan sakit pulak. Alahai hati mak mana yang tahan kan. Lepas 3 naurah kena chicken pox, athmar pulak demam. Jadi memang bertambah panjang la cuti aku.  Dua minggu sebelum tu, cuti emergency pula sebab pakcik en.fuad meninggal dunia accident. Berlanggar dengan sebuah kereta. Tapi dia yang teruk, kereta terbabas masuk longkang. Luaran takde apa-apa, tapi internal injury. Tulang rusuk semua patah.  Minggu merdeka tu pulak, suami sepupu mak pulak meninggal dunia. Pun mengeju...

Secebis kisah raya

Image
Assalam, Hari ni baru kesempatan nak update kisah raya kami. Dah 13 syawal dah ni. Kemain efisyen lagi kau mar. Tahun ni giliran beraya di bagan lalang. Bergerak balik bagan lalang malam khamis sebab aku kerja lagi. Nak ambik cuti tapi macam sayang je sebab khamis tu kerja separuh hari je. Tak sampai separuh pun, pukul 11 lebih aku dah balik. Singgah Masjid Jamek kejap nak beli tudung. Dalam otak dah plan nak beli 2, 3 helai, tapi last-last beli sehelai je tu pun untuk emak. Anak-anak di rumah En. fuad jaga. Merasa la dia jaga athmar sorang-sorang. Baru tau susah ke senang. Sebab kami balik lambat, maka tak dapat la menolong mak ayah memasak. Ni pic yang alang hantar dari whatsapp. Ayah kalau memasak banyak-banyak memang suka masak kat luar. Lagi tambah feel katanya. Tapi takde la pakai dapor kayu. Tu tengah tanak ketupat pulut dan rendang daging in the making. Fuhh memang sedap. Tapi sebab ulser sepanjang raya hari tu, maka aku makan pun tak puas la. Teringat-ingat sampai hari ni...