Ujian, ketenangan dalam kesulitan

Assalam,

Ujian allah tu datang dalam pelbagai bentuk. Ada bentuk kesedihan, kekecewaan, kemalangan dan ada juga bentuk kemewahan. Dalam banyak-banyak ujian, ujian kemewahan yang paling bahaya. Sebab ramai antara kita mudah terleka dengan kemewahan.

Aku antaranya yang pernah terbuai dengan kesenangan. Pernah satu waktu, ketika agak mewah, aku agak jauh dengan penciptaku. Melupakan perkara yang wajib di lakukan. Sungguh ku berdosa.

Sesungguhnya allah amat menyayangi hambanya. Dihantarnya ujian bagi menyedarkan aku. Dijentiknya kami yang selama ini terleka. Disaat aku ingin mencari cintanya, diberikan aku dugaan untuk menguji sejauh mana keimananku. Kesenangan kami ditarik sekelip mata. Benar, semua yang ada pada kita hanya pinjaman. Bila-bila masa allah boleh menariknya. Ya Allah, andai hati ini tidak kuat, pasti aku akan mengalah. Disaat suami hampir putus semangat, ku bimbing tangannya untuk terus melangkah. Disaat suami mengeluh resah, ku bisikkan nasihat agar terus tabah. Kesusahan ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan kesusahan yang orang lain hadapi. Kita pasti boleh laluinya. 

Dikala aku sujud padamu, aku menangis. Mengadu padamu agar diringankan bebanan hati ni. Agar diberi ketenangan dalam menghadapi ujian Mu. Aku harus kuat di depan suami, agar dia tidak mengalah. Aku harus sentiasa mampu tersenyum ketika suami melahirkan kegusarannya dengan masalah ini. 'Takpe sayang, pasti ada jalan untuk selesaikannya'. Itu yang selalu ku bisikkan padanya. 

Bila kita yakin pada allah, memohon pertolongan hanya pada allah, menyerahkan segala harapan hanya pada allah, percaya lah, Allah akan bukakan semua jalan buat kita. Allah akan lorongkan bantuan untuk kita dikala yang paling kita tidak sangka. Bersabar dan redha ketika hadapi sebarang ujian, in sha allah semuanya akan mudah. 

Jagalah hubungan dengan allah, pasti allah akan jaga semuanya untuk kita. Syurga itu mahal harganya. Jadi untuk dapatkan ganjaran syurga, pasti bukan mudah. Berusaha lah menabung saham akhirat untuk ganjaran syurga. 

Orang yang sentiasa tersenyum dan tertawa, jangan ingat mereka tiada masalah. Tapi mereka pandai menyembunyikan masalah mereka dari pengetahuan orang ramai. Cukuplah Allah tempat mengadu. 


Love, 
mar 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato