Posts

posing naurah

Image
naurah ni memang suka bergambar... pandai je la posing dengan macam2 gaya... tapi sekarang ni kalau suh posing je, macam2 aksi lak yang dia buat.. kadang2 lawak pun ada.. gaya pelik2 pun ada..pastu paksa aku snap.. huhu ok memang ikut aku la tu suka bergambar... tengok ni gaya dia bila aku suh posing... semua pic ni di ambil di I-City semalam.. 

marsya naurah... 2tahun 7 bulan

Image
dh lama tak update cerita sal budak kecik ni kan. naurah dh besar skg ni..dh 2 thn 7 bulan pun usia puteri aku ni.. mulut memang semakin bijak.. kadang2 tak terkata lagi dengan dia. bukan pe, beli marah pun ada je la jawapan dia untuk pertahankan dirinya.. dari mana dia belajar kah itu.. naurah suka sangat tengok upin ipin.. banyak siri upin ipin yang en fuad download dalam tablet dia.. selain tu, lagu2 najwa latiff pun dia suka sangat.. siap leh ikut nyanyi sekali..  lagi satu, skg ni bila aku nak snap gambar dia je mesti dia wat aksi yang cmni.. wat ala2 geram...geram aku tengok...wat spoil gambar je la..korang tengok ni 3 aksi dia yang ngengada je.....

Flashmob2012

Image
ni ada sket pic dari event flashmob 2012 kt klc ari tu untuk tatapan korang..walaupun time tu cuaca panas gila..tapi semua mommies bersemangat gila untuk event ni.. daddies pun very sporting & very supportive including my hubby la kan.  bersama yana..mommy vouge... Add caption 3 nursing in public for 5 minute...just to educate people

kota keriangan- Genting Highland

ok ini adalah cerita back dated... aku p bercuti ke genting pada 30 ogos lepas..celebrate merdeka...heheee sebenarnya plan nk gi genting ni dh lama aku plan...mula2 ingat nk celebrate birthday naurah kt genting tahun ni...pastu tak jadi sal time tu tetiba tak cukup bajet lak.. so dalam duk tangguh tu menyimpan la sket2... tetiba member opis cakap dia nk ke genting hujung bulan 8..aku pun cam excited la kk pegi gak.. terus bukak website genting..wow rupanya ada promotion lak time tu...harga bilik cuma rm68 je 1 mlm... harus lak tidak melepaskan peluangkan.. diam2 je terus booking bilik siap ngan tiket outdoor & indoor theme park.. total semua rm200 je.. murahkann...tp aku senyap2 je la..mls nk gtau kt ad lagi hal no..saja wat surprise...tapi last2 terkantoi masa beraya kt kg diela sal hubby diela tertanya kt ad jadi ke tak plan ke genting... dh kantoi tu gtau je la hal sebenar kan... nsb ad ok je..heheeh ok terus cite hal genting...aku gerak dr umh lebih kurang kul 8 lebih la.

flashmob 2012...dunia penyusuan susu ibu..

semalam tak sempat nk update blog...seharian keluar...dari pagi ke klcc untuk join event flashmob 2012...last year dah terlepas tahun ni memang aku tak kan lepaskan peluang lagi...bagi yang tak tau apa tu flashmob aku terangkan sket la..ianya adalah event bagi menyusukan anak di public selama 5minit... opsss sebelum korang salah paham, ianya adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai untuk lebih terbuka dalam isu penyusuan susu ibu...ini kerana ada yang menganggap menyusu itu menyusahkan terutama jika berada di luar rumah..ada juga yang memandang serong malah ada yang mengutuk tindakan para ibu yang menyusukan anak di tempat awam..aku nak tanya, sanggup ke korang makan dalam toilet? tak sanggup kan....abis tu takkan sanggup nak bagi permata hati korang makan dalam toilet pulak kan... jangan jadikan alasan menyusukan anak buat korang tak boleh bersosial...terperuk je dalam rumah...yang rugi korang gak.ti lama2 yang tensen korang gak..kalau dapat hasben yang jenis suka berjalan, ada

badan berat badan

lately ni badan terasa berat sangat...aku tau aku dah cecah peringkat obesiti dah ni... tak penah sangka la dulu kemain kurus keding aku ni... bila badan dah berat buat apa pun cepat terasa letih...bercakap pun boleh mengah... sila sedar diri ye mar... ti nak beli kasut la...tiap2 weeken nk ajak en fuad jogging la... dalam azam aku ada kan sal nak turunkan berat badan..ini masanya...hihi

samsung galaxy note

kalau ada yang ingat lagi dengan entry azam tahun baru aku dulu, ingat tak aku penah cakap nak tukar hp... ko bayangkan aku setia gunakan sony ericsson selama 6 tahun. model apa aku pun dah lupa...tapi series walkman tu... bila note keluar, aku mengidam sangat nak beli...hari2 duk sebut kat en fuad nak beli... ko tau en fuad cakap apa kat aku....ti sayang belikan notepad tu...leh main tulis2 dengan anak...memang hampeh kan...hihihi... so lama la aku pendamkan hasrat suci murni ni...sampai la tahun ni aku dapat rezeki terpijak sket...merasa mak tukar hp baru nok...tak dapat yang latest pun tak pe la janji dapat pe yang memang aku idam... syok sal skang aku boleh berblogging anytime aku suka..perjalanan ke opis tidak lagi membosankan..kalau dulu masuk tren je mesti tido..skang ni aku leh blogwalking or update cerita sepanjang perjalanan...hapi kan..

testing lagi...

Image
bila dah boleh update guna mobile, rasa gian nak update je.. padahal bukan ada cite pe nk story pun... nak try upload gambar la plak...hope boleh la...

sukses..cukup puas hati....

yeye percubaan pertama tadi berjaya....pasni leh berblogging pakai mobile... i luv my NOTE....

test...boleh ke tak..

dh lama tak mengarang kan...kalau nak cakap aku takde masa, memang tipu sangat kan... tak tau la nape cam hilang mood nk mengarang je...ni aku cuba try test berblogging guna mobile..kalau ok, leh kembali mengarang la... tapi nak guna hp ni depan naurah payah, asik berebut je dengan budak kecik tu...padahal aku dah belikan tab untuk dia main...nak gak main yang mama punya..bukan ada banyak game pun dalam hp aku...ada fruit ninja je...tu pun ada je dalam tab dia..saje gatai nak pegang hp mama kan..kan.. aik asik naik warning error je ni...ok ke tak ok ni...penat dah taip pkai hp nih...

takde cerita buat cerita.

ok memang dah sangat lama tak update.. tiada alasan lain melainkan MALAS. tak tau apa nak jadi la kan. ikutkan banyak cerita nak dikongsikan. tapi hati tak berapa gembira nak mengarang. biar kan je la semua cerita terbuku didalam hati ini.

ramadan 13.

pagi ni aku terlajak tido.. tak bersahur pun. sedar dh pukul 6pg. gara-gara tdo jam 4pg malam sebelum ni, malam tadi aku tido kul 12mlm. sempat menyiapkan strawberry&blueberry cheese tart sebanyak 50pcs order dari opismate. budak ni banyak kali duk ingatkan aku pasal order dia. takut aku terlupa. dik oit, akk tak lupa la kalau bab business ni. rugi la kalau lupa kan. hari ni dah 13 hari kita berpuasa kan. dah mula terasa bahang lebaran ke? baju raya dah siap ke? hehehe... tahun ni aku & en hubby repeat balik baju yang dipakai masa kenduri alang hari tu. baru pakai sekali kan. rugi pulak kalau nk buat lain. aku tak kisah sangat la. en hubby la. dia jarang pakai baju melayu ni. setahun sekali je la masa raya. so dari membazir, gunakan je apa yang ada. tapi untuk si kecik tu, dah tentu la aku tempah bj kurung sedondon color dengan kami. niat nk menjahit manik kt baju si kecik. sebab tahun ni temanye polos. so kalau bermanik tu takde la nampak boring sangat kan. hope menjadi l

cabaran...

Image
salam 12 ramadan.. hari ni aku mengantuk sesangat.. mana tak nya, tido pukul 4pg menyiapkan order sebanyak 200pcs dr opismate hubby. patutnya kejap je buat, tp biasa la ada anak kecik kan. duk melayan kerenah si naurah tu je dh makan masa bape lama. nak di biar, kesian pulak dah la siang hari duk kat rumah pengasuh je. malam mesti la dia nk bermanja dengan mamanya kan. nak mencari duit lebih ni memang banyak dugaan dan cabaran. selama ni duk baca je dari cerita orang lain yang business. sekarang ni merasa la pulak. memang kalau tak kuat boleh patah semangat jugak la. moga diri ni terus kuat meneruskan business ni yang semakin berkembang ni. cerita tentang busines aku ni, alhamdulilah tempahan masih lagi diterima. tapi minta maap sesangat la ye sebab dah tak boleh nak terima untuk raya & minggu terakhir pose ni. dah tak menang tangan nak membuatnya. takut ada yang tak terbuat je nanti. start dari minggu ni kene pulun habis-habisan la buat crust tart dulu. nanti takde la m

ohhh

Image
gila lama aku tak update blog ni. ada sesape ke yang merindui aku.. hahahah... mar, ko ingat ko tu sape orang nak rindu ye.. ok just nk update aktiviti terbaru aku je. yang dah lepas-lepas tu lantak la, malas aku nk recall lik.. mm sekarang ni aku dah memulakan business kecil-kecilan. aku buat mini cheese tart & fruit tartlet. buat sendiri tau.. bukan main-main ye. 2 bulan lepas aku pegi kursus pembuatan tart. so dengan ilmu yang sedikit tu aku memberanikan diri menceburi bidang membaking ni. ni la hasil pertama kali. boleh tahan la. respond dari kawan-kawan yang try ni semua cakap sedap. terus dapat order dari kawan-kawan opis. 1st order dari opismate. 80pcs mix mini cheese tart  ni pulak mini fruit tartlet. aku buat utk makan-makan di opis untuk majlis sambutan ramadhan. sambil-sambil tu promote la sekali. terus dapat order untuk raya gak.  untuk raya ni memang tak sangka tempahan melimpah ruah. syukur, alhamdulillah. nasib la en. hubby rajin nk membantu

rabu itu wednesday

salam rabu.. hari ni dah rabu ye. biasa nya tiap-tiap petang rabu aku akan ke pasar malam beli lauk pauk untuk masak. hari ni tak tau lagi pegi ke tak. tengok keadaan dan kerajinan petang ni. minggu ni aku rajin update blog. ada masa terluang sikit sebab bos asik keluar meeting. kalau bos ada kat opis, memang tak sempat aku nak buat keje lain. keje-keje opis melambak untuk disiapkan. selama ni dah banyak relax kan, so sekarang time untuk bekerja keras. kereta dah siap semalam. mintak tolong anak pengasuh lama naurah. nasib baik angah tu pandai repair kereta. tak payah susah-susah hantar ke bengkel. so boleh la merayap balik minggu ni. so apa plan minggu ni? mmmm... update sikit pasal persiapan perkahwinan alang. seriously aku takut gak pikirkan sebab belum mula buat hantaran lagi. tak jadi buatkan untuk tunang alang sebab memang tak de masa. hantaran untuk alang ni pun aku risau kalau tak sempat siap. tengok alang relax je. masa aku dulu, dah siap semua hantaran. lagi sebulan je ni.

kerenah si kecik

Image
  kan aku cakap budak kecil kemain bijak sekarang ni. sekarang ni sibuk duk main cashier counter pulak. kutip ntah pe barang-barang pastu cakap, "cik, nak bayar cik" adoi.... siap mintak kat aku duit lagi. hubby cakap ti nak belikan dia cashier mainan tu la bagi dia main. kot-kot dari kecik ni ajar dia main duit, ti dah besar pandai buat duit.. boleh cmtu.. tapi lately ni peel dia lain macam la. nak melekat dengan aku je. adoi penin la.. tiap-tiap pagi bila bangun tido tengok aku takde sebelah dia, terus mengamuk. apa pun dah taknak. dah 2 hari hubby anta ke umah pengasuh dengan tak mandi si kecik tu. bayangkan la dia punya nak dengan aku je, sampai nak ambik barang pun nak suh aku je yang ambik. orang lain tak boleh ambik padahal barang tu sebelah orang lain. aku yang jauh 10 batu ni jugak nak suh g ambik. lain macam peel dia kali ni sampai aku terpikir, pregnant ke aku ni? dah la period aku pun semacam je dah 2 bulan ni. kot dia terasa aura adik baru ke... ishhh tak la

cite aku..

bukak blog terasa nk update blog. tapi cerita apa memang tak tau. just letakkan jari jemari runcingku ini ke keyboard dan menaip apa je yang terlintas di minda. dah lama tak bercerita tentang aktiviti aku. dah lama pun tak beraktiviti. cuti ujung minggu pun jarang ke mana-mana. cuma berpusing sekitar ampang je. tak pun duduk kat rumah dan mengemas rumah. laki ai ni kan super pengemas. ahad lepas aku buat steamboat. hubby teringin nak makan. awal pagi dia dah ke tesco beli bahan-bahan. bila dah ada bahan, kene la aku merajinkan diri masak. buat kuah tomyam je. senang, campak je semua bahan. menjadi la steamboat aku tu. hubby makan bertambah-tambah. sedap katanya. huhu.. petangnya aku dah kebosanan tahap dewa bila duduk kat rumah je. gedik-gedik ajak hubby keluar. plan nak ke taman tasik ampang bawak naurah main basikal kat sana. baru je hubby reverse kete, tiba-tiba kete jem. tak boleh gerak. pelik pulak napa jadi cmni. rupa-rupanya break shoe patah. break pun ada kasut ye...    nasi

susu formula

Image
dh start kasi naurah susu formula. naurah yang mintak. maybe sal susu aku makin kurang. pas puas servey nak kasi susu apa yang ke2 terbaik lepas susu aku, finally aku decide bagi dia susu ilham. kenapa aku pilih susu ilham? sebabnya: 1. susu ni mengandungi terapi al-quran. 2. susu ni mengandungi kurma, badam & kismis 3. susu ni buatan bumiputra. terjamin halalnya. 4. harga pun ok, lebih kurang harga enfagrow je. nasib la dealer dekat je dengan rumah. senang nak beli. 1st bancuhan, buat 60ml je. abis licin naurah minum. tak penah la dia minum susu dalam botol sampai abis. agaknya dia suka kot rasa susu ilham ni. tapi aku masih mengepam susu lagi. walaupun hasil dah tak seberapa. aku still nak naurah minum susu badanku lagi.

update naurah

puteri kecil ku ini dah semakin membesar. semakin bijak. dan semestinya semakin comel. naurah dah semakin petah bercakap. maksud aku menggunakan full sentence. yang membanggakan aku, tiap kali dia nak minta tolong, mesti ada perkataan tolong di dalam ayat. contoh cm dia nak suruh aku ambikkan sesuatu, mesti dia cakap " mama, tolong ambik tu". hebatkan.. sebab ada orang dewasa pun yang tak pandai sebut tolong bila nak minta tolong. cara minta tolong pulak cam mengarah. malu la dengan budak 2 tahun yang pandai sebut tolong. kalau nak kata aku lebih-lebih puji anak sendiri pun lantak la. anak aku, siapa lagi nak memuji kalau bukan mama dia sendiri. hehehe... dulu aku ada cerita sal nak tukar pengasuh lain pulak kan sebab naurah macam tak serasi pulak dengan pengasuh sebelum ni. alhamdulillah pengasuh kali ni dia lebih serasi. memang la makan masa juga untuk naurah betul-betul serasi. seminggu pertama memang agak mencabar la. tempat baru kan, tak boleh la nak expect anak terus b

update

Image
Ntah pape la aku ni, dh makin jarang gila update blog. tgk last update dulu masa bday naurah. sekarang ni dah masuk bulan march. 4 march bday mak. aku ada order chocolate dari akhdanchocolate.blogspot.com mintak delivery ke bagan lalang. lawaknya masa mak dapat choc tu, mak memang tak leh agak langsung sape yang kasi. sebab aku order kan jauh dari seri iskandar. siap mak kata takut nak makan sal tak tau dari siapa. kalau gtau awal-awal aku nak sent choc, tak surprise la kan.kan.kan.. Cite pasal celebrate, nak bercerita tentang naurah's birthday celebration hari tu. tahun ni tak buat besar-besaran pun. just ajak along sefamily, alang & adik pegi makan-makan kt satay station bandar tasik permaisuri. pastu potong kek kat sana. cuma mak ayah je tak tak join. kek chocolate warmest dari baker's cottage. kedai kek ke 2 peberet aku selepas secret recipe. kek dia memang sedap. tak rugi beli la. ni pulak hadiah dari mama & papa. tengok hadiah lagi besar dari bday girl. muk

Happy 2nd Birthday my little darling, Marsya Naurah

Image
Pejam celik pejam celik, kejap je umur baby mama ni mencapai usia 2 tahun. Pertama sekali, syukur kepadamu ya Allah di atas anugerahmu ini. kehadiran puteri cilik ini sememangnya menyempurnakan hidupku ini.  ketika sambutan hari lahir baby yang pertama  Kali ni mama nk ceritakan pengalaman mama sepanjang mengandungkan baby. Mula-mula  bila tengok pergnancy kit ni positif, mama agak tergamam sebab rasanya terlalu awal. Namun sudah semestinya mama & papa teruja kerana itulah impian setiap pasangan yang telah berkahwin, ingin menimang cahaya mata.   Awal mengandung, mama alami alahan yang agak teruk. Setiap minggu mama MC. Sampaikan doctor di klinik sarankan supaya mama ke hospital. Ni la kenangan mama, pertama kali bermalam di wad. Nasib baik cuma 1 malam je. Tiap-tiap pagi mama menangis sebab tak tahan dengan sakit kepala & muntah. Lagipun masa tu papa masih di perak. Mama terpaksa harungi semua sendirian. Nasib baik anny & atok masih tinggal di ampang. Lega

rindu

kadang-kadang aku rindu untuk bersendirian. punyai masa untuk diri sendiri. buat apa yang nak di buat. berehat dan tenangkan fikiran tanpa ganguan dari sesiapa. tak perlu lama. cukup kalau dapat utk few hour je. sebab aku perlukan ketenangan. bila jauh dirindu. memang betul. tapi bila dekat kenapa selalu bertekak? pelik bila fikirkan hal ni. kadang-kadang lebih baik mendiamkan diri. tapi kadang-kadang perlu juga bersuara. tapi bila bersuara, mesej disalah erti. lalu terjadi pertengkaran. kenapa macam ni jadinya? sabar. itu kunci kajayaan. atapi dakan tembok sabar aku sekukuh mak. mak masih mampu tersenyum, walaupun hatinya terluka. aku pula? aku cuma minta, berikan aku masa untuk aku bertenang buat seketika. tanpa sebarang komunikasi untuk sementara. tak perlu tambahkan lagi ketegangan ini. mungkin diam itu mampu menjernihkan kembali hubungan ini.

bercuti

Still di batu gajah lagi. sok nk bergerak lik kl. jap je masa berjalan bila bercuti. kalau time keje, jarum jam cam tak bergerak pulak. seronok bercuti. asik MAKAN, MAKAN & MAKAN je. dah bertambah berat badan aku ni. tak pe la, sekali sekala je.  Aktiviti sepanjang bercuti, tak bawak sangat. cm yang aku cakap, asik makan je. yang syoknye, kali ni tercapai hajat aku nk makan mee banjir udang kt kuala sepetang. memang sedap. berbaloi la menunggu selama sejam. along & family pun join sekali. pas makan, jalan-jalan kat pekan taiping. cuma ingat nk pegi zoo tak kesampaian sebab keluar dari umah dah lambat. tak sempat la. next time nk buat plan lain lak.  Naurah pun takde meragam sepanjang cuti ni. makan pun berselera je. dan makin montel je. alhamdulillah. kalau tak, dah susut badannya. risau pulak aku. mintak-mintak rabu ni start hantar ke pengasuh lain, dia ok la. 

berjaya capai impian 2012 yg pertama.

tgk post aku yg terdahulu. sebenarnya mengarang lama dh. tapi tak sedar rupanya tak publish lagi. ari ni baru bukak blog. tak pe la masih dalam bulan 1 kan. ok tajuk hari ni dh capai impian pertama. alhamdulillah dh berjaya memiliki kenderaan sendiri. bukan yg baru. tapi masih elok dan nampak baru. yang penting condition masih elok. boleh bawak aku & keluarga ke mana-mana destinasi asalkan ada minyak. hahaha.. ok untuk mengetes drive, hari ni akan merasmikan perjalanan jauh yang pertama kami bersama HERO. kami akan menuju ke batu gajah. balik kampung hubby. dah sebulan dia tak balik kg. rindu melampau-lampau la tu. tapi ikutkan baru 3 minggu je tak jumpa family dia. new year hari tu dh bercuti ke A'famosa dengan family dia pun. tapi biasa la kan, org tak pernah berjauhan, tinggakan kampung halaman. home sick la tu. layankan je la. hidup aku byk berubah. since hubby dah duduk bersama. semuanya lebih terurus. baby lebih ceria, mama lebih2 happy. hahah... ok sampai jumpa lagi.

selamat tinggal 2011 selamat datang 2012

Ya ampun... lamanya tak update blog. malasnya nk update blog pakai b.band.. slow gila.. ada tak b.band yang bayar murah, tapi laju gila...? ok tinggal bape hari je 2011 akan melabuhkan tirai... macam mana azam 2011? semua dh tercapai & terlaksana ke? kalau di tenung balik azam aku dulu, kononnya nk lebih rajin update blog.. tapi sejak blog di blok oleh tnb, makanya niat suci murni tu terkubur cmtu aje.. bulan ni br 2 kali je update citer.. sedangkan banyak je story mory nak dikongsikan bersama... penutup tahun ni sangat menggembirakan bagi aku.. yang pertama sebab hubby dah berpindah ke kl.. dah tak perlu lagi berjauhan dengan hubby... baru la aku merasa cmne hidup berumahtangga yang sebenarnya.. senang kan bila dah bersama ni.. semua urusan boleh diuruskan bersama.. balik keje sama-sama, jaga anak sama-sama... kemas rumah sama-sama.. masak sama-sama... tido sama-sama... sekarang ni aku dah tak terkocoh-kocoh lagi pagi-pagi sebab hubby yang uruskan baby aura.. dia masuk keje kul 9