update

Ntah pape la aku ni, dh makin jarang gila update blog. tgk last update dulu masa bday naurah. sekarang ni dah masuk bulan march. 4 march bday mak. aku ada order chocolate dari akhdanchocolate.blogspot.com mintak delivery ke bagan lalang. lawaknya masa mak dapat choc tu, mak memang tak leh agak langsung sape yang kasi. sebab aku order kan jauh dari seri iskandar. siap mak kata takut nak makan sal tak tau dari siapa. kalau gtau awal-awal aku nak sent choc, tak surprise la kan.kan.kan..

Cite pasal celebrate, nak bercerita tentang naurah's birthday celebration hari tu. tahun ni tak buat besar-besaran pun. just ajak along sefamily, alang & adik pegi makan-makan kt satay station bandar tasik permaisuri. pastu potong kek kat sana. cuma mak ayah je tak tak join.

kek chocolate warmest dari baker's cottage. kedai kek ke 2 peberet aku selepas secret recipe. kek dia memang sedap. tak rugi beli la.

ni pulak hadiah dari mama & papa. tengok hadiah lagi besar dari bday girl. muka tengah sembab sal lik dari makan naurah dah tertido, tapi terjaga kul 2 pagi. ntah nape mengamuk, terus la kasi hadiah tu. dah dapat terus senyap & tak sabar nak bukak. nak tau apa dia...





suka sangat main make up mama, kali ni mama hadiahkan dressing table siap ngan make up, hair dryer, & aksesori lagi. main puas-puas ye. punya la dia suka main, sampai kul 4 pagi terpaksa layan dia. dah puas dia make up diri dia, make up mama pulak.. layankan je la. nasib sok sabtu.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato