cite aku..

bukak blog terasa nk update blog. tapi cerita apa memang tak tau. just letakkan jari jemari runcingku ini ke keyboard dan menaip apa je yang terlintas di minda.

dah lama tak bercerita tentang aktiviti aku. dah lama pun tak beraktiviti. cuti ujung minggu pun jarang ke mana-mana. cuma berpusing sekitar ampang je. tak pun duduk kat rumah dan mengemas rumah. laki ai ni kan super pengemas.

ahad lepas aku buat steamboat. hubby teringin nak makan. awal pagi dia dah ke tesco beli bahan-bahan. bila dah ada bahan, kene la aku merajinkan diri masak. buat kuah tomyam je. senang, campak je semua bahan. menjadi la steamboat aku tu. hubby makan bertambah-tambah. sedap katanya. huhu..

petangnya aku dah kebosanan tahap dewa bila duduk kat rumah je. gedik-gedik ajak hubby keluar. plan nak ke taman tasik ampang bawak naurah main basikal kat sana. baru je hubby reverse kete, tiba-tiba kete jem. tak boleh gerak. pelik pulak napa jadi cmni. rupa-rupanya break shoe patah. break pun ada kasut ye...   nasib la jadi depan rumah. kalau dah keluar ke mana-mana? kalau jadi tengah jalan, tengah bawak laju?? nauzubillah...  syukur tak berlaku apa-apa. allah melindungi keluarga aku.

jadi kesimpulannya ahad ari tu aku tak keluar juga la. beria bersiap, bergaya lawa-lawa, last-last duk depan umah je. sebab kesiankan naurah, hubby bawak kitorg ronda area perumahan naik moto sambil beli donat gebu.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato