update naurah
puteri kecil ku ini dah semakin membesar. semakin bijak. dan semestinya semakin comel. naurah dah semakin petah bercakap. maksud aku menggunakan full sentence. yang membanggakan aku, tiap kali dia nak minta tolong, mesti ada perkataan tolong di dalam ayat. contoh cm dia nak suruh aku ambikkan sesuatu, mesti dia cakap " mama, tolong ambik tu". hebatkan.. sebab ada orang dewasa pun yang tak pandai sebut tolong bila nak minta tolong. cara minta tolong pulak cam mengarah. malu la dengan budak 2 tahun yang pandai sebut tolong. kalau nak kata aku lebih-lebih puji anak sendiri pun lantak la. anak aku, siapa lagi nak memuji kalau bukan mama dia sendiri. hehehe...
dulu aku ada cerita sal nak tukar pengasuh lain pulak kan sebab naurah macam tak serasi pulak dengan pengasuh sebelum ni. alhamdulillah pengasuh kali ni dia lebih serasi. memang la makan masa juga untuk naurah betul-betul serasi. seminggu pertama memang agak mencabar la. tempat baru kan, tak boleh la nak expect anak terus boleh terima perubahan tu. kita yang dewasa ni pun ambik masa nak terima ini pula anak yang belum matang. tapi lepas sebulan, naurah dah mula serasi, dan tak kisah langsung di hantar ke sana. hubby cakap letak je naurah depan pintu umh pengasuh, terus dia berlari masuk ke dalam. dah tak pedulikan papa dia lagi. amboi seronok betul ye.
selera makan jangan di kata la. asal orang makan, dia pun nak makan sama. padahal baru lepas makan je. nasib pengasuh melayan je. memang dah bertambah montel anak dara aku tu. yang aku suka tentang pengasuh baru ni, dia tak pakaikan naurah bedak. pengasuh2 dulu dah jenuh aku bagi tau jangan bedakkan anak aku tu, tapi tetap nak tepek bedak gak. kulit naurah ni alergik sikit dengan bedak. nanti naik ruam kalau di bedakkan. tak kira la bedak berubat jenis apa sekali pun. aku lebih suka pakaikan lotion je ke seluruh kulit naurah tu. biar bertambah gebu. heheeh. sekarang ni tiap petang ambik naurah, memang wangi je budak kecik tu. seronok aku cium-cium lepaskan rindu lepas lebih 10jam tak jumpa. kalau yang dulu, memang aku kena mandikan balik tiap kali lepas ambik dari pengasuh.
naurah masih lagi menyusu badan sepenuhnya walaupun dah genap 2 tahun. aku pun masih lagi mengepam walaupun hasil dah tak meriah lagi. cukup untuk bekalan naurah keesokan hari je. stok memang dah takde langsung. aku tak pasti lagi bila aku nak mula membeli susu lain untuk naurah. sekarang ni masih memikirkan susu apa yang terbaik untuk naurah. kalau di ikutkan aku lebih suka jika naurah minum susu kambing. sebab tak mengandungi laktosa macam susu lembu. lagi pun susu kambing lebih cepat dicerna oleh sistem badan. tambahan pula susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. cuma harga susu kambing ni bisa buat aku tercekik la. tapi kalau nak beri yang terbaik, harus la berkorban kan.. emmm.. harus di pikir-pikir ni.
Comments
Post a Comment