ohhh

gila lama aku tak update blog ni. ada sesape ke yang merindui aku.. hahahah... mar, ko ingat ko tu sape orang nak rindu ye..

ok just nk update aktiviti terbaru aku je. yang dah lepas-lepas tu lantak la, malas aku nk recall lik.. mm sekarang ni aku dah memulakan business kecil-kecilan. aku buat mini cheese tart & fruit tartlet. buat sendiri tau.. bukan main-main ye. 2 bulan lepas aku pegi kursus pembuatan tart. so dengan ilmu yang sedikit tu aku memberanikan diri menceburi bidang membaking ni.

ni la hasil pertama kali. boleh tahan la. respond dari kawan-kawan yang try ni semua cakap sedap. terus dapat order dari kawan-kawan opis.


1st order dari opismate. 80pcs mix mini cheese tart


ni pulak mini fruit tartlet. aku buat utk makan-makan di opis untuk majlis sambutan ramadhan. sambil-sambil tu promote la sekali. terus dapat order untuk raya gak. 


untuk raya ni memang tak sangka tempahan melimpah ruah. syukur, alhamdulillah. nasib la en. hubby rajin nk membantu. dia lak excited nk buat. bab-bab uli doh memang keje dia la. almaklum la aku belum ada mixer lagi. so dia la mixer aku sekarang ni. hehehe.

kawan-kawan, tolong doakan perniagaan aku ni berkembang maju ye. kalau berminat nk menempah, boleh la email ke naurahkitchen@gmail.com. ti kita boleh discuss kt mana leh pick-up ye.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato