Posts

Showing posts with the label breastfeeding

Happy World Breastfeeding Week

Image
As-salam, Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks. Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun. Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku. Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu un

Tandem nursing

Image
Bagi ibu-ibu yang sedang alami masalah kekurangan susu, tentu risau kan. Tambah pulak dah dekat nak berpuasa. Risau stok susu makin kurang, risau tak cukup untuk baby. Hentikan kerisauan tu. Mulakan langkah untuk menambah kuantiti susu. Macam mana? Mengepam sambil menyusukan baby adalah cara terbaik untuk up kan balik kuantiti susu. Ingat kan konsep demand vs supply? Apabila korang tandem nursing, automatik signal akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Tambahan pula rangsangan baby adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Hujung minggu memang hari yang sesuai untuk korang mencuba tendem nursing ni. Cuba la, pasti korang kagum dengan hasilnya. Athmar yang kekenyangan selepas menyusu Ini adalah hasil ku selepas tandem nursing baby athmar. Dapat 5oz. Alhamdulillah setakat ni hasil tuaian ku memberangsangkan. Namun masih gigih untuk menambah stok susu. Buat masa ni athmar minum 15oz sehari di rumah pengasuh. Sebab tu aku kene make sure pam sehar

Kelahiran permata hati, Muhammad Athmar bin Mohamad Fuad

Image
Bismillahirahmanirahim, Agak lambat nak update tentang kelahiran putera kami. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 1 April 2014 tepat jam 6.02 pagi. 7 hari sebelum due date. Lahir pada 39 minggu. Kisahnya macam ni. 31 Mar 2014. Aku dah start bercuti dari 17 mac lagi. Memang dah tak larat nak travel ke ofis. Ingat masa appointment minggu ke 38 tu dah boleh bersalin. Kalau ikutkan sejarah bersalinkan naurah dulu masa minggu 38. Tapi baby adik belum ready nak keluar lagi. So sepanjang bercuti tu, aku just meluangkan masa dengan naurah. Pagi ni masih sempat beraktiviti kraf dengan naurah. Perut memang dah kejap-kejap mengeras. Malam memang dah tak lena tido. Memang aku ingatkan ad supaya sentiasa alert dengan phone call. Malam tu macam biasa aku tido lebih kurang pukul 12. Ad habis berniaga lebih kurang pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 ad masuk bilik untuk tido. Dalam pukul 3 aku tersedar, terasa macam nak terkencing. Lepas ke tandas, aku cuba nak tido balik, tapi terjaga bali

Persediaan kembali bekerja

Image
As-salam, Ada ke mommy-mommy yang dah nak habis berpantang? Macam mana pengalaman berpantang, seronok tak? Kalau tanya aku, tentu aku suka berpantang sebab masa tu boleh spend time sepenuh masa dengan anak. Tapi ada juga yang kata bosan. Pulak dah? Sebab tak dapat berjalan ke? Masa aku berpantang naurah dulu, lepas je sebulan, memang every weekend aku keluar berjalan. Hiii. Bawa la si kecik yang still dalam pantang tu. Tak susah pun. Ok kali ni nak bercerita tentang persediaan para ibu untuk kembali bekerja. Sepanjang berpantang kita dah susukan anak, jadi apa kata teruskan lepas kembali bekerja nanti. Jadi apa yang di perlukan? Macam mana nak teruskan penyusuan kalau stok susu tak banyak? Anak tak nak minum dari botol, macam mana? Jom kita bincang satu persatu. Pam susu, perlu ke? Jawapan aku perlu. Seeloknya sediakan pam susu sebelum bersalin lagi. Jangan fikir tentang berbaloi atau tidak, rugi atau tidak. Pam susu memang merugikan jika di beli namun tidak di gunakan.

Sembang petang jumaat

As-salam, Dah lama tak menyembang kosong kan. Asik duk share produk je. Lama-lama boring pulak korang nak baca blog aku ni. Lagi-lagi pasal produk shaklee. Merata-rata orang jual. Senang je nak kutip info yang korang nak cari. Dah lama tak bercerita pasal naurah. 17 Februari ari tu genap naurah 4 tahun. Alhamdulillah semakin bijak budak kecik ni. Opss, naurah marah aku cakap dia budak kecik. Katanya dia dah 4 tahun, dah besar. Ok la sayang. Tapi peel kuat merajuk dan menangis tu tetap sama. Besar mana pun dia, bagi aku dia tetap baby. Hehehe. Naurah ni dah makin kuat membuli pulak sekarang ni. Mangsanya aku dan En. fuad la. Siap naurah cakap nanti adik dah keluar, kakak nak buli adik. Grrrr... Tapi dia memang tak sabar nak jumpa adiknya. Hari-hari naurah mesti gosok dan cium perut aku sambil panggil adik. Si adik pulak tiap kali dengar suara kakak, excited semacam je. Mula la bergerak-gerak. Happy aku dengan keadaan macam ni. Harap mereka memang rapat la. Last year aku

#Tip Penyusuan Susu Ibu #Kenali Tangisan Bayi Anda

#Tip penyusuan susu ibu Kenali tangisan anak Selalu sangat kita dengar para ibu mengeluh anak mereka menangis walaupun telah disusukan. Bagi ibu-ibu baru yang masih kurang pengalaman, mereka akan menganggap bahawa bayi masih lapar. Tambahan pulak ada yang bersuara mengatakan anak tak cukup susu. Jadi bila kurang pengalaman, kurang ilmu penyusuan, disogokkan pula dengan komen negatif dari orang yang terlebih dahulu dapat anak, maka kebanyakkan para ibu baru akan mengalah. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Tangisan bayi yang baru lahir mempunyai pelbagai jenis. Penting bagi para ibu bapa untuk mengenali jenis-jenis tangisan bayi. Ingat menangis adalah cara bayi anda berkomunikasi dengan anda. Tak semestinya bayi menangis kerana lapar. Ada masanya bayi menangis kerana tidak selesa, terlalu panas, terlalu sejuk, pampers basah, kembung perut atau hanya mahu didukung. Jika bayi anda masih menangis selepas disusukan, cuba kenalpasti kenapa. Jika bayi anda hanya mahu didukung, maka du

Tip penyusuan susu ibu

Assalam, Kawan-kawan yang baru menjadi ibu, baru dapat baby lagi. Tapi duk mengeluh susu badan tak cukup untuk baby korang. Meh sini share cerita. Aku pun bukan la hebat sangat. Tapi takat nak share knowledge tu boleh la berdasarkan pengalaman dan pembacaan. Dulu memula dapat anak pun, aku duk pikir ada ke susu aku ni. Tengok naurah melekap je. Tapi dia isap ke. Duk risau cukup ke susu ni untuk dia. Mula la suara kanan kiri duk suggest susu apa nak bagi kat naurah. Memula aku nak bagi tau kat korang, kalau nak tau susu ada ke tak, cuba picit sket. Kalau ada susu terpancut tu maknanya susu ada la tu. Pastu jangan pikir cukup ke tak. Sebab kalau susu dah ada mesti cukup untuk anak punya. Perkara pertama yang korang mesti tau dalam konsep penyusuan ni ialah Demand VS Supply. Kalau demand ada tapi supply takde tak boleh jadi. Kalau supply ada tapi demand takde pun tak boleh jalan jugak. So macam mana nak buat? Supply VS Demand Ada yang cakap, macam mana aku nak susukan kalau a

Flashmob2012

Image
ni ada sket pic dari event flashmob 2012 kt klc ari tu untuk tatapan korang..walaupun time tu cuaca panas gila..tapi semua mommies bersemangat gila untuk event ni.. daddies pun very sporting & very supportive including my hubby la kan.  bersama yana..mommy vouge... Add caption 3 nursing in public for 5 minute...just to educate people

flashmob 2012...dunia penyusuan susu ibu..

semalam tak sempat nk update blog...seharian keluar...dari pagi ke klcc untuk join event flashmob 2012...last year dah terlepas tahun ni memang aku tak kan lepaskan peluang lagi...bagi yang tak tau apa tu flashmob aku terangkan sket la..ianya adalah event bagi menyusukan anak di public selama 5minit... opsss sebelum korang salah paham, ianya adalah bertujuan untuk mendidik orang ramai untuk lebih terbuka dalam isu penyusuan susu ibu...ini kerana ada yang menganggap menyusu itu menyusahkan terutama jika berada di luar rumah..ada juga yang memandang serong malah ada yang mengutuk tindakan para ibu yang menyusukan anak di tempat awam..aku nak tanya, sanggup ke korang makan dalam toilet? tak sanggup kan....abis tu takkan sanggup nak bagi permata hati korang makan dalam toilet pulak kan... jangan jadikan alasan menyusukan anak buat korang tak boleh bersosial...terperuk je dalam rumah...yang rugi korang gak.ti lama2 yang tensen korang gak..kalau dapat hasben yang jenis suka berjalan, ada

21 bulan penyusuan

Image
lama tak update cerita budak kecik ni.. alhamdulilah genap 21 bulan aku menyusukan puteri hatiku.. lagi 3 bulan untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. semoga dipermudahkan.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesepatan buatku menikmati pengalaman yang sangat membahagiakan.. perjuanganku dalam breastfeeding tidak sesukar mana walaupun ianya merupakan pengalaman pertamaku.. pada awalnya keluargaku & hubby tidak menyokong namun tidak juga menghalang aku ingin menyusukan baby aura.. pada mereka itu perkara biasa seorang ibu menyusukan bayi ketika dalam pantang.. namun apabila melihat pada kesungguhanku untuk terus menyusukan baby aura, mereka terus menyokong tanpa berbelah bahagi.. tambah pula apabila melihat perkembangan baby aura yang sangat positif.. alhamdulillah aku tiada masalah dari pihak keluarga... cuma apa yang aku terkilan kerana tak berjaya exclusive breastfeed baby aura.. sebab kejahilan aku di awal penyusuan, aku dah s

Kisah di theme park

Image
Hari tu kan dah janji nak buat entry kat times square.. pastu bz je... sampai tak sempat nak hadap blog... so hari ni kebetulan bos pulak cuti... ambik kesempatan la menghapdet blog ni.. ok kita mulakan dengan dari keluar rumah.. mula-mula aku plan nak jalan kaki je dari rumah ke station lrt. dekat je kan.. tapi aku keluar rumah pukul 1, cuaca tengah panas terik pulak. kesian la kat si kecik ni. kebetulan kete alang ada pulak... tuannye takde pegi seremban dengan kawan dia... kete alang ni manual.. aku pulak dah lama gila tak bawak kete manual.. kira gagap gak la... tapi demi anak, aku gagahkan jua.. ko tengok tu muka baby aura.. macam tak percaya kan mama drive kete manual.. sampai je station lrt, ada tren lalu.. si kecik ni terus excited la sambil sebut tut..tut... dia panggil tren ni tut..tut.. sebab bunyi tren kan tut..tut.. hehehee si kecik tu dah tak sabar nak naik tren... biasa la hari cuti kan, tren lambat la sket.. tengok tu sampai dah tertido budak dalam pic tu.. lam

Nursing In Public - kempen flashmob breastfeeding di klcc tu memalukan??

Image
Baru-baru ni dalam KIM ada sorang mommy ni post tentang ada viewer yang komen menghentam kempen flashmop brestfeeding kt KLCC. aku pun terus la gogel youtube. sebab dulu masa mula-mula aku view clip tu dulu takde pulak yang menghentam. rata-rata memuji kempen yang diadakan tu. aku pun ralat sebab tak sempat nak join aktiviti tu sebab tak tau lebih awal. bila baca hentaman-hentaman tu terus aku tergelak. sebab mereka yang menghentam tu nampak tak tau apa yang diorang cakapkan. sedap-sedap je jari-jari korang nak komen ye. nak kutuk kaum-kaum ibu yang breastfeed anak kat public pulak. sekurang-kurangnya ibu-ibu tersebut ada kesedaran, keberanian & ada ilmu tentang kepentingan susu ibu ni. korang tu apa yang ada? kat sini aku nk tegaskan kempen flashmob breastfeeding ni bukan kempen untuk menayang buah dada sape lagi besar, buah dada sape yang dah lonyot, buah dada sape yang cantik ye. tapi satu kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan susu ibu dan adalah hak kami  un

Berpiknik

Image
Ahad lepas kami berpiknik di Sungai Congkak, Hulu Langat. Idea nak berpiknik ni tercetus masa duk berborak dengan alunk. Disebabkan musim panas & takde apa-apa agenda pada minggu tersebut, maka kami terus plan untuk pergi mandi manda. Nasib la mr hubby agree. Alunk pun ajak mr S dia ikut sama. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Sg Congkak. Seronok sangat sebab dah lama tak berendam sungai. Kami menyewa tree house yang telah dibina oleh penduduk kampung dengan bayaran RM15 dan parking pun kene bayar RM2 gak walaupun just parking tepi sungai. Kelakar pun ada, tapi adat la dekat bandar ni, mandi sungai pun kene bayar. Tree house tu nak dikatakan selesa tu tak jugak la. Tapi boleh tahan la. Cuma owner patut baikpulih keadaan rumah tersebut sebab ada tiang2 yang dh tercabut dan lantai yang hampir reput. Agak merbahaya pada pengunjung. Namun overall boleh la dikatakan memuaskan hati sebab memudahkan kami untuk berehat & menyalin pakaian. Baby Aura pun nampaknya enjoy sangat. Memang p

My 2nd anniversary

Image
Aku berhutang entry ni dgn en hubby... maaf ye.. Sebenarnya anniversary aku jatuh pada 8 May 2011 bersamaan dengan mother's day. So double celebration for me. But sadly hubby tak leh balik on that day. Works come first.. =( Apapun nk credit sket utk hubby. Thanks for being such a lovely husband ever. Walaupun sayang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati ayang. Ayang harap mahligai perkahwinan kita akan berkekalan & cinta kita akan sentiasa mekar & subur selamanya. Ohh tak lupa ucapan Selamat Hari Ibu teristimewa buat bonda tercinta, ibu mertuaku, akak2 ipa ku dan semua ibu-ibu di dunia. Sememangnya kita adalah ibu yang hebat. Buat bakal ibu, galilah ilmu penyusuan susu ibu. Kerana susu ibu adalah makanan pertama yang terbaik buat bayi anda. Buat ibu-ibu yang sedang menyusu, U'R ROCKS. ~~BREASTFEEDING ROCKS~~

Pam susu, susah ke?

Semalam aku ke pasar malam. Pastu terjumpa kawan alang. Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki berusia 10bulan. So aku pun borak-borak la dgn ibu baby tu. aku : ni g keje anta kat sapa? dia : kat nursery kt tempat kerja aku : syok nya ada nursery kt tempat kerja. senang nk tengok baby. dia : tu la. lagi pun baby breastfeeding. senang la. aku : alhamdullilah dia : tapi nursery tu sampai baby umur setahun je. pasni kene anta tempat lain plak aku : oh ye ke. tak pe la ti cari la pengasuh or nursery yg pandai handle EBM dia : mm.. pasni campur formula la. aku : aik kenapa pulak? dia : << sengih je >> alang : eh napa nak campur. my sis (aku la tu) pun nyusukan anak dia gak. boleh aje. aku : anak akak pun fully bf gak. dah 1 thn 3 bln skg. insya allah nk teruskan hingga sekurang2nya 2thn atau lebih. dia : mmm tgk la. aku : jgn la campur lagi. kesian kt baby. tak pe klu hantar kt nursery pun. kita kene rajin pam susu la utk stok. dia : << sengih lagi >> Ak

Production merundum

Beberapa hari lepas production susuku merundum sangat-sangat. Cuma dapat 3 - 4oz per session sedangkan biasanya aku dapat antara 5 - 7oz . Memang salah sendiri sebab sepanjang minggu lepas pumping session agak berterabur. Aku pulak memang susah nak dapat milk booster yang serasi dengan tubuh. Dah bermacam-macam aku try makan, kebanyakkannya tidak memberi sebarang kesan. Jadi dengan kemerosotan pengeluaran susu ini, walaupun tetap memujuk hati untuk tenang dan teruskan pumping macam biasa, sikit sebanyak membuatkan aku agak tension jugak. Pagi ni pulak, period datang menjenguk. Patut la perut ni terasa lain macam je. Biasanya sebelum ni tak ada masalah production pun tiap kali period. Tapi bulan ni terjejas pulak. Mmm harap-harap tak lama la kemerosotan ini berlaku. Cepat la back to normal. p/s: tetap makan macam2 jenis milk booster sebab suka. =)

Mari bersenam

Image
Aku ke Simposium Keselamatan pada 29-30/3/2011 di Uniten. Agak menarik dengan kebanyakkan topik yang di bentangkan. Tapi akan update tentang topik-topik tersebut di entry akan datang. Kali ni aku nak bincangkan tentang satu topik yang dibentangkan oleh pensyarah daripada Uniten, Pn. Mastura berkenaan STRESS. Menurut Pn. Mastura, setiap orang pasti mengalami tekanan. Tak kiralah tekanan dari tempat kerja, di rumah atau masalah perhubungan. Tekanan atau stress bukanlah suatu penyakit atau virus, namun jika tidak dikawal ianya boleh menggangu kesihatan seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, tekanan darahnya akan naik, jantung akan berdengup laju dan otot-otot akan menegang. Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa di kawal, penyakit-penyakit lain seperti DARAH TINGGI, JANTUNG, KENCING MANIS akan menyinggah. Satu cara untuk mengawal / mengurangkan tekanan atau stress ini adalah dengan bersenam. Kenapa bersenam? Kerana dengan bersenam, hormon gembira akan dikeluarkan. Hormon gembira