Pam susu, susah ke?
Semalam aku ke pasar malam. Pastu terjumpa kawan alang. Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki berusia 10bulan. So aku pun borak-borak la dgn ibu baby tu.
aku : ni g keje anta kat sapa?
dia : kat nursery kt tempat kerja
aku : syok nya ada nursery kt tempat kerja. senang nk tengok baby.
dia : tu la. lagi pun baby breastfeeding. senang la.
aku : alhamdullilah
dia : tapi nursery tu sampai baby umur setahun je. pasni kene anta tempat lain plak
aku : oh ye ke. tak pe la ti cari la pengasuh or nursery yg pandai handle EBM
dia : mm.. pasni campur formula la.
aku : aik kenapa pulak?
dia : << sengih je >>
alang : eh napa nak campur. my sis (aku la tu) pun nyusukan anak dia gak. boleh aje.
aku : anak akak pun fully bf gak. dah 1 thn 3 bln skg. insya allah nk teruskan hingga sekurang2nya 2thn atau lebih.
dia : mmm tgk la.
aku : jgn la campur lagi. kesian kt baby. tak pe klu hantar kt nursery pun. kita kene rajin pam susu la utk stok.
dia : << sengih lagi >>
Aku tak tau la sengih dia pun bermaksud apa. Tapi dari riak mukanya tak suka dgn apa yang aku cakap. Mungkin dia anggap mengepam tu leceh. Mungkin bagi dia memberi susu formula pada babynya jalan termudah utk dia.
Menyusukan anak memang bukan perkara yang mudah bagi ibu yang bekerjaya. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu di hadapi. Namun jika kita benar2 ikhlas, tekad dan berniat ingin memberikan yang terbaik buat anak, semua tu xkan menjadi beban. Kita akan rasa tugas mengepam susu amat menyeronokkan.
Aku sedih dgn reaksi ibu tadi. Tambah menyedihkan bila dapat tahu dia bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Hospital kerajaan yang mendapat title Hospital Rakan Bayi. Ramai Kaunselor Laktasi yang bertugas di sana. Terlalu mudah utk dia mendapatkan tips dan ilmu dalam penyusuan. Namun dia tidak menghargai semua itu. Tidak mahu menggunakan peluang yang ada di depan mata dgn sebaiknya. Ramai ibu yang sanggup mengeluarkan belanja semata-mata mahu bertemu dengan Kaunselor Laktasi. Ramai juga ibu yang sanggup mengusung beg pam ke sana kemari demi mengepam susu utk anak tersayang.
Walaupun reaksi ibu itu seolah2 tidak suka dgn aku, namun aku tetap berdoa agar sedikit sebanyak hatinya terbuka utk meneruskan penyusuan susu ibu selepas mendengar kata-kataku.
Comments
Post a Comment