Sembang petang jumaat

As-salam,

Dah lama tak menyembang kosong kan. Asik duk share produk je. Lama-lama boring pulak korang nak baca blog aku ni. Lagi-lagi pasal produk shaklee. Merata-rata orang jual. Senang je nak kutip info yang korang nak cari.

Dah lama tak bercerita pasal naurah. 17 Februari ari tu genap naurah 4 tahun. Alhamdulillah semakin bijak budak kecik ni. Opss, naurah marah aku cakap dia budak kecik. Katanya dia dah 4 tahun, dah besar. Ok la sayang. Tapi peel kuat merajuk dan menangis tu tetap sama. Besar mana pun dia, bagi aku dia tetap baby. Hehehe.

Naurah ni dah makin kuat membuli pulak sekarang ni. Mangsanya aku dan En. fuad la. Siap naurah cakap nanti adik dah keluar, kakak nak buli adik. Grrrr... Tapi dia memang tak sabar nak jumpa adiknya. Hari-hari naurah mesti gosok dan cium perut aku sambil panggil adik. Si adik pulak tiap kali dengar suara kakak, excited semacam je. Mula la bergerak-gerak. Happy aku dengan keadaan macam ni. Harap mereka memang rapat la.

Last year aku plan nak masukkan naurah sekolah tahun ni. Nak la dia mula belajar. Tapi last-last tak jadi pulak. Tahun depan la baru mula sekolah. Tapi sekarang ni pun aku dah mula mengajar naurah. Lagi pun lepas ni aku akan cuti berpantang. Masa tu aku nak gunakan sebaik-baiknya untuk mengajar macam-macam pada naurah. Buat masa ni duk rangka aktivit yang berfaedah untuk naurah yang boleh aku jalankan sepanjang bercuti nanti. Taknak la dia asik bermain je kan.

Nak cerita pasal persediaan untuk bersalin nanti. In sha allah kali ni aku memilih untuk bersalin di Hospital Ampang Puteri. Aku ambik Dr. Fauziah. Bila sebut nama Dr. Fauziah, semua orang kata mesti lama nak kene menunggu turn untuk check up sebab ramai sangat sukakan Dr. Fauziah. First time pegi check up selesa lepas, rezeki kami walaupun sampai di kliniknya jam 8.30 pagi kami adalah orang yang pertama. Horey.. Klinik start jam 10.00, jadi kami pegi breakfast dulu pagi tu di Old Town White Coffee. Alhamdulillah semuanya ok. Kandungan aku pun ok. Air ketuban pun banyak. So Dr. Fauziah cakap kandungan aku ni low risk. Lega aku dengar. Kali ni aku nak sediakan birth plan. Tapi takde la banyak sangat permintaan aku nanti. Cuma nak baby adik ni exclusive breastfeed, nak rooming in dengan baby dan nak di lewatkan potong tali pusat. Tapi aku belum bincang dengan Dr. Fauziah lagi. Next appointment nanti akan di bincangkan.

Ok nak tau persediaan aku untuk berpantang? So far barang-barang semua dah settle. Aku akan makan set berpantang dari shaklee. Sebenarnya tak banyak beza dengan set mengandung yang aku tengah makan sekarang. Cuma dalam set berpantang nanti akan di tambah dengan Zinc, Alfalfa dan aku nk tambah Lecithin. Azam nak kurus lepas bersalin nanti. Hehehe. Set berpantang ni sama je dengan set menyusu juga. Dalam pantang ni dah kene start buat stok susu untuk kembali bekerja nanti. So kene pastikan badan sentiasa bertenaga baru la boleh hasilkan susu yang mantap. 

Selain produk shaklee, ada juga produk luaran yang aku akan gunakan. Nanti la aku sharekan siap dengan gambar sekali ye. Dulu masa berpantangkan naurah, aku ni culas sikit. So badan lambat kembali ramping. Tapi kali ni aku nak make sure aku lebih berdisplin. Masa anak 1st tu, banyak yang aku tak tau. Jadi kali ni aku taknak ulang balik kesilapan dulu. Kali ni aku dah lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan barang-barang keperluan yang di perlukan sepanjang berpantang. Lagi pun kali ni berpantang di rumah mak sendiri. Sure lebih seronok. 

Barangan untuk baby adik? Dah tentu la menjadi keutamaan aku. Kalau masa naurah dulu persediaan lebih menjurus kepada baju-baju, kali ni lebih lagi. Terutama untuk penyusuan. Jadi selain daripada menyediakan baju baru untuk orang baru, persediaan untuk menyusukan baby adik pun aku dah sediakan terutama persedian untuk buat stok susu nanti. Lain-lain barangan macam mandian, krim telon, barut, tuam dan lain-lain pun dah di sediakan. Beg baby dan beg aku pun dah siap packing. Tunggu hari je la nanti. Harap semuanya berjalan lancar la nanti.

Ok la, doakan aku dan kandungan aku sihat ye. Ohh ye, 1 March nanti akan buat birthday party untuk naurah. Lewat 2 minggu dari tarikh birthday sebab terlalu sibuk. Nanti aku ceritakan tentang birthday party tu ye. Kali ni buat di A&W. Tak larat nak buat di rumah. Lebih senang buat di fast food kan. Budak-budak pun lebih enjoy sebab ada maskot. Kalau buat kat rumah, nanti En. fuad yang kene jadi maskot. Tu naurah yang kata tau. Hii

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato