Set Mengandung Shaklee
As-salam,
Minggu ni kandungan aku dah berusia 33 minggu. Terasa kejap pulak masa berlalu. Kalau ikut kiraan, tinggal lagi 7 minggu untuk aku bersalin. Tapi kalau ikut sejarah kakaknya, aku bersalinkan naurah masa 38 minggu. Kalau baby adik keluar awal pun elok juga la.
Selasa lepas pegi buat check up. Alhamdulillah semuanya ok. Doktor kata berat baby adik dah jangkau 1.9kg sekarang. Ok la tu sedang-sedang je. Senang nak keluar nanti. Hopefully la.
Sepanjang mengandung ni, tipu la kalau kata tak penat dan lesu kan. Alahan pun ada juga. Nak kata tak seteruk masa mengandungkan naurah dulu pun tak juga. Lebih kurang sama je. Kali ni mungkin faktor umur, dan jarak aku berjalan kaki lebih jauh berbanding dulu membuatkan aku lebih cepat letih. Cuma sepanjang mengandung kali ni, aku lebih berdisplin bab makan vitamin. Tapi kali ni aku memilih untuk makan vitamin daripada Shaklee. Ni adalah set mengandung yang aku ambil sepanjang tempoh aku mengandung sekarang.
B-Complex
B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 jenis vitamin kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
OsteMatrix
Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Vitalea Iron Formula
Multivitamin yang LENGKAP dengan iron formula. Ingatkan kenapa mommy-mommy mengalami anemia? sebab kekurangan zat besi (iron). Zat besi penting dalam pembentukan hemoglobin di dalam darah. So, bila amik vitamin ni, ia akan membekalkan zat besi mencukupi kepada mommy.
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
ESP
Energizing Soy Protein(ESP) adalah makanan berindek glisemik rendah, jadi dapat memberikan tenaga yang berpanjangan kepada ibu. Juga kandungan protein tulen ESP juga akan menghasilkan sel-sel kulit yang baru, jadi kulit ibu tampak lebih cantik dan kulit anak yang bakal lahir pun akan jadi halus, mulus dan gebu sangat.Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega Guard (Trimister 2 & 3)
Membekalkan asid lemak omega-3 EPA dan DHA dari minyak ikan terbaik di dunia. Memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi. Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, merendahkan kolesterol, mencegah penyakit saluran darah dan strok. Bagi ibu yang mengandung, DHA baik bagi pembentukkan otak janin
Dapatkan set shaklee mengikut bajet anda.
Mardiani Mohamad Nor
Shaklee Independent Distributor
ID: 1091078
Comments
Post a Comment