Happy World Breastfeeding Week

As-salam,

Bulan ogos ni adalah bulan penyusuan susu ibu. Tahniah kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi anda. Anda memang rocks.

Sejak mengenali dunia penyusuan, aku terus jatuh cinta dan aku suka sebarkan kebaikan dan keindahan dunia penyusuan ini kepada semua ibu-ibu di luar sana. Buat ibu-ibu muda, yakinlah pada kemampuan diri anda. Anda pasti boleh menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun.

Jika ada yang bertanya padaku, bagaimana nak berjaya menyusukan anak hingga 2 tahun. Jawapan aku, yang penting perlu ada ilmu, semangat, dan kedegilan. Betul, kedegilan itu antara faktor aku berjaya menyusukan naurah dulu. Bukan takde suara sumbang menyuruh aku suapkan formula milk ke mulut naurah. Bukan takde kata-kata sinis kononnya menyusukan ini menyusahkan. Malah ada yang anggap aku tak mampu membeli susu mahal untuk diberi kepada anakku.

Susu ibu yang terbaik untuk bayi. Susu ibu mengandungi khasiat yang lebih baik berbanding susu formula. Susu ibu, ciptaan Allah, dari ibu untuk anaknya. Jadi, adakah susu ciptaan manusia lebih baik berbanding susu ciptaan allah, maha pencipta? Semestinya tidak. Setinggi mana ilmu manusia, sehebat mana ciptaan manusia pastinya masih tidak mampu menandingi kekuasaan Allah.



Benar setiap ibu mahu berikan yang terbaik untuk anaknya. Jadi kenapa pilih memberi yang ke tiga terbaik(formula milk) bila kita ada pilihan yang lebih baik (susu ibu).

Sering aku dengar ibu-ibu muda mengeluh mengatakan anak mereka menangis walaupun telah / baru disusukan. Jadi mereka berangapan mereka tiada susu. Tolong faham, bayi menangis bukan hanya mahu menyusu. Tangisan merupakan cara bayi berkomunikasi. Samada mereka lapar, tidak selesa, terlalu panas/sejuk, lampin basah atau hanya mahukan perhatian/belaian. Jadi jangan cepat mengatakan anda tiada susu badan.

Pelajari ilmu penyusuan. Mungkin nampak remeh, namun dengan ilmu je korang boleh berjaya. Seperti ketika mula belajar membaca. Kita perlu mengenal A, B, C terlebih dahulu. Begitu juga dengan penyusuan susu ibu. Menyusukan bayi memang fitrah dan semulajadi. Namun tanpa ilmu penyusuan, mudah untuk anda mengalah. Jangan mengeluh bila anak ingin menyusu. Susukan saja mengikut demand bayi. Rasailah keindahan dunia penyusuan susu ibu. Percaya lah, pasti anda juga akan jatuh cinta seperti aku dan ibu-ibu menyusu yang lain.

#happyworldbreastfeedingweek
#breastfeeding
#nursingondemand

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato