#Tip Penyusuan Susu Ibu #Kenali Tangisan Bayi Anda

#Tip penyusuan susu ibu
Kenali tangisan anak

Selalu sangat kita dengar para ibu mengeluh anak mereka menangis walaupun telah disusukan. Bagi ibu-ibu baru yang masih kurang pengalaman, mereka akan menganggap bahawa bayi masih lapar. Tambahan pulak ada yang bersuara mengatakan anak tak cukup susu.

Jadi bila kurang pengalaman, kurang ilmu penyusuan, disogokkan pula dengan komen negatif dari orang yang terlebih dahulu dapat anak, maka kebanyakkan para ibu baru akan mengalah. Jadi apa yang perlu kita lakukan?

Tangisan bayi yang baru lahir mempunyai pelbagai jenis. Penting bagi para ibu bapa untuk mengenali jenis-jenis tangisan bayi. Ingat menangis adalah cara bayi anda berkomunikasi dengan anda. Tak semestinya bayi menangis kerana lapar. Ada masanya bayi menangis kerana tidak selesa, terlalu panas, terlalu sejuk, pampers basah, kembung perut atau hanya mahu didukung.

Jika bayi anda masih menangis selepas disusukan, cuba kenalpasti kenapa. Jika bayi anda hanya mahu didukung, maka dukung dan dodoi lah bayi anda. Jangan takut jika orang tua-tua mengatakan jika diajar anak berdukung nanti susah nak buat kerja. Ingat bayi anda baru mengenali dunia. Sepanjang 9 bulan mereka selesa di dalam rahim anda yang sepit, hangat dan gelap, tiba-tiba mereka terasa luas, kosong dan bising. Pasti mereka berasa takut dan tidak selamat bukan. Pelukan hangat seorang ibu dan irama degupan jantung ibu mampu menenangkan bayi anda.

Jangan berasa tertekan dengan tangisan anak. Enjoy setiap detik menjadi ibu. Kerana itu pengalaman terindah bagi setiap wanita. Kajian menyatakan bayi yang kerap didakap mempunyai emosi yang lebih stabil.

Betul ke susu di payudara kanan mengandungi makanan, yang kiri air? Nanti kita bincangkan isu tu pulak ye. Bagi kawan-kawan yang sedang berpantang, happy berbaby moon.



Whatsapp/PM untuk sebarang pertanyaan, tips dan panduan.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato