Posts

Showing posts from June, 2015

Diari ramadhan | Hari ke 12

Assalam, Minggu lepas balik bagan lalang. Bila balik sana, menu utama yang wajib di cari adalah nasi ambeng. Sejak 1st time try nasi ambeng terus terpikat. Sedapnya mak ai. Kena dengan sambal tempe, memang terangkat la. Nasi ambeng ni 1 bungkus dia memang banyak giler. Kalau yang jenis makan tak banyak memang boleh share 2 atau 3 orang. Tapi sebab tamak haloba semalam aku dan en. fuad beli sorang sebungkus. Lepas tu jenuh nak menghabiskan. Sorry ye tak ambik gambar pulak. Duk kejar masa nak makan dengan athmar pulak asik nak berdukung. Kalau di rumah sendiri ada high chair. So bila waktu berbuka letak athmar atas high chair, pastu upah la dia biskut. Elok je nanti dia duduk makan kat situ. Mama papa pun boleh makan dengan tenang.  Hari ni ada majlis berbuka puasa di opis. Tapi aku malas nak stay. Kesian nanti kalau ambik anak-anak lewat. Ni pun dah banyak terhutang masa dengan diorang. Jadi habis je office hour memang aku akan rushing balik ambik anak-anak. Lagi pun ada orde...

Diari ramadhan | Hari ke 8 | Solat terawih

Assalam, Masa kecik dulu perkara paling best masa bulan puasa adalah waktu malam. Sebabnya meriah sangat waktu malam. Kalau hari-hari biasa, waktu malam memang kene berkurung dalam rumah. Waktu magrib tak balik rumah lagi, siap la kene rotan dengan ayah. Tapi bila bulan puasa ada kelongaran sikit sebab boleh ikut mak ayah ke surau untuk terawih. Tapi buat separuh je, lepas tu main dengan kawan-kawan. Memang riuh kawasan surau dengan suara kami semua bermain. Bila dah dekat nak raya makin riuh pulak dengan bunyi mercun. Aku dulu geng dengan budak lelaki. Tu yang lasak sikit.  Kenangan waktu kecik, bila di ingat balik memang menarik. Rindu juga kadang-kadang. Tambahan pulak sejak ada anak, memang aku dah tak ke surau di bulan ramadhan. Risau anak meragam hingga menggangu orang lain dah bersolat. In sha allah bila anak-anak makin besar nanti aku nak kembali ke surau.  Ada anak bukan alasan untuk tidak berterawih. Kita boleh lakukannya di rumah. Aku kongsikan cara solat...

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baj...

Dah order kuih raya ke? | Jom order cheesetart sedap

Image
Assalam, Dah start order kuih raya ke? Kalau belum cepat-cepat la order. Nanti baker tutup order melopong pulak uolss. Cheesetart memang sedap dijadikan juadah di hari raya. Lain sikit hidangan kuih uolss. Takde la sama dengan kuih raya rumah cik jenab kan.  Nak order? Boleh kami masih menerima tempahan. Tapi jaga-jaga, tempahan akan di tutup tak lama lagi. Jadi cepat-cepat la Whatsapp 018-2684992 (mar) atau 011-10955164 (ad) untuk tempahan. Kami buat penghantaran di sekitar ampang, Tesco ampang, Pandan Indah, Pandan Jaya. Untuk hari bekerja pula ada penghantaran di sekitar Bangsar, Masjid Jamek, KL Sentral, Kerinchi atau di sekitar laluan LRT Putra. Jadi boleh whatsapp untuk berbincang laluan penghantaran uolss. Sedap ke? In sha allah sedap. Ni ada testimoni dari pelanggan kami. Kebanyakkan mereka akan repeat order balik.  Ada 5 flavour kesemuanya iaitu Blueberry, Strawberry, Mango, Kiwi dan Orange. Boleh pilih any flavour kegemaran atau kalau kompius ma...

Diari ramadhan | Hari ke 6

Assalam, Diari aku dah melompat ke hari 6. Mula-mula niat nak buat hari-hari tapi tak sompet nak up date pulak. Dah 6 hari berpuasa, so macam mana hari-hari ramadhan yang korang lalui? Selalu ke pegi bazaar? Aku baru 2 kali pegi. Tu pun hari weekend. Kalau hari keje memang tapau lauk je di cafe office. Tak sempat nak menyinggah nanti. Nak kejar solat asar. Naurah memula beria nak puasa, pastu liat nak bangun. Pastu semalam dia terjaga masa aku bersahur. Tapi aku suruh tidur balik. Taknak dia meragam ngantuk pulak time nak pegi sekolah. Yang lawaknya budak ni, ye2 je la dia cakap dia puasa. Kat teacher pun dia kata dia puasa. Yang teacher pun betul-betul la ingat naurah puasa. Siap cakap patut la marsya nampak letih je. Belakon betul. Hahaha Pastu tiap kali dia nak makan, dia cakap pas ni kakak puasa balik. Dia ingat boleh makan sikit-sikit kot pastu sambung puasa. Macam-macam la. Tak pe la dia pun baru 5 tahun. Aku tak paksa dia pun. Aku ajar dia bersolat dulu. Tu yang utama...

Diari ramadhan | Hari ke 2 | Cabaran ibu menyusu

Image
Assalam, Ini menu bersahur aku pagi ni. Lauk beli je. Begedil 2 ketul, sambal sotong 6 ekor, sambal ikan bilis. Nasi balance dari sahur dan berbuka semalam. Padahal masak 2 pot aje. Vitamin wajib mesti ada. Zinc complex, ambik sebelum makan. Lepas tu ambik Alfalfa dan B complex. Jarakkan masa antara keduanya. Pastu minum ESP + tamar koko. Sedapnya.  Siapa di sini yang mengandung atau menyusukan? Memang mencabar minda dan fizikal kan. Masa mengandungkan naurah dulu, 1st trimester memang aku lembik sangat. Alahan yang agak teruk, muntah-muntah, pening kepala dan tak boleh bau sebarangan. Memang tak dapat berpuasa penuh la. Bangun sahur pun nangis-nangis. Sepanjang hari di ofis asik tidur je. Nasib baik bos baik. Tahun selepasnya menyusukan naurah di bulan puasa. Tiap kali lepas pam je mesti menggigil kelaparan. Tapi alhamdulillah masih mampu harungi dugaan tersebut. Stok susu pun walau berkurangan sedikit namun masih berjaya fully breastfeed naurah hinggi dia 2 t...

Diari ramadhan | Hari pertama

Assalam, Hari ni hari pertama berpuasa. So macam mana semua masih cergas lagi ke? Aku dah mengantuk ni. Tapi masa pukul satu tadi walau mengantuk mata tak mau terlelap pulak. Bos pulak duk kalut mengacau. Adeh. Korang bersahur apa pagi tadi? En. fuad masak ikan kerapu masak merah tak pedas malam tadi untuk lauk bersahur. Beli kerapu di Sam's Grocery di Nu Sentral, murah pulak seekor RM9.95. Hari pertama nak bersahur kene makan sedap sikit. Dah masuk minggu ke 2 nanti, makan nasi dengan sambal ikan bilis je dah cukup.  Naurah mula-mula kemain beria nak berpuasa. Pastu pagi tadi kejut langsung tak mau bangun. Huhu. Pastu kejut untuk siapkan nak ke sekolah dia cakap nak puasa pulak. Sahur la kamu pukul 8 pagi. Umur baru 5 tahun aku takde la nak buat kerahan tenaga suruh dia berpuasa sangat. Lagi bagus kerah dia sembahyang dulu.  Kami makan sahur pun bergilir. Memula aku turun makan dulu, dah kenyang baru en. fuad turun makan. Pasal dia risau tinggalkan athmar kat a...

Salam Ramadhan

Image
Assalam, Alhamdulillah masih mempunyai kesempatan untuk bertemu lagi ramadhan tahun ini. Ingat lagi masa awal-awal berlatih berpuasa. Masa tu umur aku 6 tahun tak silap. Sebelum tu pernah la berpuasa setengah hari, tapi masa 6 tahun ayah dah mula latih untuk berpuasa penuh. Masa 1st day berpuasa jam 6 petang aku dah mula menangis-nangis kelaparan. Jenuh la ayah pujuk sebab lagi sejam lebih je untuk berbuka kan. Aku menangis-nangis dekat meja makan sambil kata nak buka sekarang, dah tak tahan. LoL.  Pastu ayah bawak aku pegi kedai beli air laici kegemaran aku. Aku ingat ayah saja lengah-lengah di kedai. Seelok sampai di depan pintu rumah, azan berkumandang. Terus aku berlari ke meja makan dah teguk air. Macam orang tak makan sebulan. Hahaha. Itu la kenangan aku belajar berpuasa.  Dulu masa kecik-kecik pernah la juga ponteng puasa. Konon-konon berpuasa tapi tengahari curi-curi makan. Bila depan family berlakon macam letih sangat berpuasa. Dulu duk fikir kenapa la kena...

Tarik anak macam magnet

Image
Assalam, Kali ni nak cerita pasal magnet. Di tahun-tahun pertama anak, ibu bapa memang menjadi orang terpenting dalam hidup anak-anak. Tapi semakin anak menginjak remaja, kawan-kawan mereka akan mengambil alih peranan tersebut. Setiap cerita, setiap perkara, rakan-rakan mereka akan menjadi sumber rujukan terpenting. Hwuaaa.. Jangan biarkan perkara ini terjadi.  Menjadi kutub magnet yang betul Magnet mampu menarik namun ia juga mampu menolak.  Kutub magnet utara akan menolak kutub magnet utara begitu juga kutub magnet selatan akan menolak kutub magnet selatan. Oleh itu penting ibu bapa menjadi kutub magnet yang betul bagi terus menarik anak.  Ketika anak-anak masih kecil, pengaruh ibu bapa masih kuat di dalam diri mereka. Oleh itu, bagaimana garangnya kita memarahi mereka, anak-anak pasti tetap akan mencari ibu bapa mereka. Namun keadaan ini akan semakin berkurangan bila mereka meningkat remaja dan mempunyai ramai rakan-rakan di sekeliling mereka. Ibu ...

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Image
Assalam, Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik.  Tahap pertama Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya...

Dari mana datangnya tenaga dia

Image
Assalam, Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.  Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.  Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku ...

Up kan imun sistem dengan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Image
Assalam, Nak berkongsi sikit cerita tentang batuk yang menyerang ayah 2 bulan lepas. Bermacam-macam ubat ayah makan. Dua tiga doktor ayah jumpa tapi batuk ayah masih belum reda. Lebih sebulan lamanya. So saya bagi sebotol Sustained Release Vita-C Plus Shaklee untuk bantu tingkatkan imun sistem ayah. Alhamdulillah asbab shaklee selepas seminggu makan batuk ayah makin reda. Sekarang memang dah pulih sepenuhnya. Yang lebih menarik, ayah cakap dia semakin bertenaga. Syukur. Kenapa Sustained Release Vita-C Plus  dapat membantu dalam meningkatkan imun sistem?  SR Vita-C Plus  dapat membantu membina sel darah merah yang sihat bagi penyerapan zat besi yang lebih baik. Ia juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman . Ini dapat meningkatkan sistem imun, memulihkan alergi hidung dan memulihkan simptom selsema. SR Vita-C Plus juga dapat membantu meningkatkan penghasilan kolegen yang sangat diperlukan oleh kulit. Maka tidak hairan la SR Vita-C Plus begi...

Cheesetart sure sedap Ampang | Jom tempah

Image
Assalam, Alhamdulillah dah masuk tiga minggu kami mula balik business cheesetart kami. Tempahan memang mencurah-curah kami terima. Terima kasih yang tak terhingga pada rakan-rakan yang menyokong kami. Juga pada customer baru kami. Harap korang semua sukakan nya. Kami masih lagi menerima tempahan untuk minggu ini dan minggu hadapan. Bagi yang ingin menempah, boleh whatsapp atau call saya 018-2684992 (mar) atau suami saya 011-10955164 (ad) . Kini ada 5 flavour iaitu mango, strawberry, blueberry, orange dan kiwi. Anda boleh pilih any flavour yang digemari atau boleh campur kesemua flavour. Harga seperti berikut: RM 10/12 biji RM 35/50 biji Kami juga telah mula menerima tempahan untuk raya. Jadi anda juga boleh mula menempah untuk raya nanti. Tempah awal, takut nanti dah sampai limit kami terpaksa tutup order. Karang ada yang kecewa kang.  Kami buat penghantaran di area Ampang dan sekitarnya, Tesco ampang, di LRT Bangsar, KL Sentral, Kerinchi, Ampang Park,...