Posts

Tofu with oyster souce

Image
ni keje hari ahad lepas gak la. dah tengah rajin masak pasta utk si kecik tu, kene ada gak la juadah untuk mama. hari sabtu dah masak menu ni, sekali mak ayah suka plak. so ahad masakkan la lagi..hehehe.. tajuk masakan ni cm tajuk entry di atas ye. bahan2 yang diperlukan japanese pressed tofu - cm pic kt bawah - bawang putih 3 ulas - 1 labu - terpulang pada citarasa sendiri - potong dadu oyster souce aka sos tiram lebih kurang 3 sudu. aku suka terus bancuh dgn air panas kicap manis agak2 dalam 1 sudu madu pun lebih kurang 1 sudu minyak bijan sikit je just utk aroma pic masa masak tak sempat ambik sal si kecik tu meragam time tu so campak segala bahan secepat yang boleh cara-caranya: salutkan tofu td dengan tepung beras. dry mixed ye tak perlu campur air. pastu gorengkan sosnya pula: tumiskan bawang putih sampai naik aromanya kemudian campurkan kesemua bahan2 td. masak sampai sebati kalau tak puasa boleh rasa tahap masin or tawar so leh

persis kembar

Image
aktiviti sabtu lepas. kawan opis aku datang rumah. mr hubby dia keje, so dia dtg ngn Baby Ibriz melepak kat rumah aku finally dapat ketemukan jugak budak berdua ni. kami ke carrefour ampang dimana lokasi penggambaran ini dilakukan kecik-kecik comel la duk atas meja cmni kn kusyuk tengok rabbit. ok rest jap nape ngn Baby Ibriz tu Baby Aura lak mmg pantang nampak camera sekali pandang macam kembar kan.

mama mia...it's pasta time

Image
memang penin nak pikir menu utk budak kecik ni. hari2 makan bubur sure jemu kan. kalau kita la, mau muntah kot makan benda yang sama je hari2. so ahad lepas aku try menu baru utk Baby Aura ni. kebetulan time pegi carrefour ari tu terjumpa plak ngn pasta utk baby. kecik comel je, terus aku rembat. cam ni la rupa baby pasta tu keluaran Heinz. bentuk star. kecik je senang la baby nak telan. bahan-bahan yang diperlukan ayam, brokoli & sweet potato kerja paling senang, rebus je semua bahan2 tersebut. pastu aku lenyek2 je bagi hancur. hasilnya... tada.... ok dah siap, baca doa makan dulu ye sayang. uishh muka beria-ria makan tapi opsss... sori mama.. ishhh sape yang tumpahkan ni???? grrrggmmm < marah la ni> saya... ishh sabar je la anak mama ni. penat2 je mama masak dia leh tumpahkan pulak. tak puas ati punya pasal, petang aku try buat lagi sekali pasta utk juada

kisah cowgirl

Image
chehhwah tengok tajuk cm ler aku nk cite kisah cowgirl kt western tu. ada aku kenal ke cowgirl cmni? korang ada? takde kan..takde kan.. jgn tipu pic pinjam dari google.. apakejadahnye aku nk cite pasal minah atas ni. ada aku kisah ke dia nk cium kuda tu ke apa. ni aku nk cite sal kuda padi & budak kecik ni.. korang scroll je la. > > > > ni la kuda yg aku nk cite tu..sekor kuda padi untuk anak kesayangan aku tu. comey tak kuda ni.. leh nyanyi lagi tau. siap ada love liplapliplap lagi kt dahi dia. hehehe.... korang nak tau, aku hangkut kuda ni naik tren tau. jgn tanye aku cmne.. pak guard rapidkl siap stop aku pastu tunjuk signage ni lagi... muakakakah... ko tengok tu siap mulut dia nganga sebut yehaa lagik tau.. muka bangga gila.. tapi jap je la dia nk duk atas kuda tu. pastu dia letak mainan dia lak. ni dia suh cat pink tu naik kuda. ada time barney dia plak. kadang2 tu mama pun k

budak kecik ni punya cerita

Image
asal aku tengok jam jer, masa cm statik je. jam yang statik ke atau aku statik? nape lambat sgt masa bergerak ari nih. bosan la. sebenarnya aku nak cepat petang. nape? sebab petang dah abis keje. hehehe.. ari ni mum ayah datang. yesss best.. minggu lepas balik bagan lalang. opss entry kt bg lalang tak buat lagi. jap lagi aku menaip.. korang nak tau peel Baby Aura sekarang? pagi2 nak anta ke umh mama long dia nak naik kete. apahal nak naik kete, umh mama long sebelah umh mama je nak oiii.. leh pas2 brg ikut tembok je.. tp dari dia mengamuk di pagi2 hari, auntie lunk dia layankan jugak la. kuarkan kete reverse sampai depan umh mama long. ok dh sampai.. mesti dia pelik kan nape kejap sgt duk dalam kete. sket2 cukup, ti papa datang, kita pegi jln2 ok syg. tapi papa dia slalu ckp, ni bkn anak yg nak berjalan, mama dia yg lebih. heheheh.. mcm tau2 je kan. ada 1 insiden yg lawak jadi mlm isnin lepas. masa tu alunk dalam toilet nak ambik wuduk. tiba2 dia berlari kuar dr toilet sam

kehilangan yang pasti dirindui

Salam. Pagi ini aku menerima berita menyedihkan, kematian anak sepupuku yang baru berusia 2 minggu. Tabahlah Anis dengan dugaan Allah. Sesungguhnya Baby Aqmal menanti Anis di syurga kelak. Dugaan Anis sememangnya berat. 2 kandungan yang awal mengalami keguguran. Kandungan yang ketiga ini berjaya hingga 9bulan. Namun di akhir kandungan Anis ditahan wad kerana masalah dengan uri. 20/7/11 bayi lelakinya yang dinamakan Muhammad Aqmal Syahmi selamat dilahirkan melalui operation. Aku sepatutnya melawat anis hujung minggu lepas, namun anis bagi tau baby ditahan di NICU kerana jaundice. Jadi aku postpone la plan tersebut ke minggu seterusnya. Tapi Allah lebih menyayangi Baby Aqmal. Baby Aqmal pergi mengadap penciptanya pada 4/8/11 lebih kurang jam 4 pagi kerana jangkitan paru-paru. Aku tak berapa pasti tentang masalah yang dihadapi sebelum ini. Namun apa yang sempat Anis ceritakan, Baby Aqmal ditahan di wad kerana jaundice selama 3 hari. Selepas keluar, Baby & anis

Salam Ramadhan

Ye dh terlalu lama aku tak menjenguk blog. Sebenarnye banyak cerita yang nk di update tapi masa terbatas. Tambah pulak dengan mood untuk mengarang takda. So semua cerita tersimpan dalam hati je la. Hari ni aku paksakan jua diriku untuk mengarang. So aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia. Semoga dengan kedatangan ramadhan kali ini akan memberi rahmat yang tak terhingga buat kita semua. Dari sebelum mula berpuasa lagi dah banyak jualan sempena hari raya kt supermarket. Kat opis ni pun dh mula jualan kuih raya dari 2 minggu sebelum berpuasa. Semuanya advance. Aku sendiri pun dh mula membeli baju raya untuk si kecil sejak 3 bulan lepas. Bukan apa, yang pertamanya sebab kengkangan duit. Kalau semuanya nak di beli sekali gus time nak raya ni, perit gak nak keluarkan ongkosnya. Tapi bila mula beli sket2 dari awal, so nak raya ni, tak payah penin nak pikir nak beli baju lagi. Duit bonus leh buat bayar kuih raya & bagi angpau sket2 kat

Darah

Dah dapat result darah Baby Aura . Tetap low in iron. So kene continue makan iron dalam tempoh 2 bulan. Bulan 8 nanti buat test baru lagi. Adui.. bila akan berakhir ni..

Cik P

Sepanjang minggu lepas resah gelisah melanda diriku. Production susu merundum sangat2. Kesihatan pun terjejas. Yang paling buat aku suspen, tekak terasa loya sgt. Tanda-tanda awal pregnant. Tambah buat aku kalut bila period tak kunjung tiba. Aku mula selongkar bilik mencari Urine Pregnancy Test. Rasa cm ada balance lagi 1. Bila tak jumpa UPT tu mula rasa nak mengamuk. Rasa nak terbang g farmasi time2 tu gak. Alhamdulilah belum sempat terbang ke farmasi, tup2 cik P datang menjenguk. Lega rasa hati ni. Bagi yang dah berfamily & cuba menjarakkan kehamilan, tentu pernah alami situasi cam aku tu. Aku bukan la cuba menolak rezeki. Jika di takdirkan Allah aku mengandung lagi dalam waktu terdekat ni, tetap aku bersyukur & terima dengan redha. Cuma kalau boleh aku cuba untuk menjarakkan kehamilan hingga Baby Aura berumur 3 tahun. Reasonnya 1, sebab aku PJJ dengan hubby. 1st pregnancy dah berjauhan, biarlah yang ke2 nanti kami berdekatan pula. Jadi doakan aku cepat dapat bertukar, supay

Hari ni jumaat

Salam hari jumaat. Cam biasa, hari jumaat hari yg menyeronokkan bg aku. Sebab hari terakhir bekerja dalam seminggu. Sok boleh berehat, bersantai sambil melayan si kecil. Boleh bangun lambat. (ye ke bangun lambat. selalunye pukul 7 Baby Aura dah celik biji mata) Aku masih kurang sihat lagi. Batuk, selsema & sakit tekak. Badan pulak seram sejuk macam nak demam. Boring betul demam hari cuti kan. Kalau hari keje leh MC. hehehe. Hubby lak tak balik minggu ni. Tak dapat la nak bermanja time sakit-sakit ni. emmm =( Ok la selamat berhujung minggu semua..

Gegaran.

Ari ni 2 kali bangunan opis bergegar. 2 kali gak aku berlari turun dari bangunan. Tapi yang penting bila berlari keluar dari opis, pam S3 tetap ku angkut. Benda tu umpama nyawa. Benda yang paling penting sekarang. =) Oh ye, gegaran sebab apa ye? Khabar2 angin yang sampai ke telinga, Sumatera di landa gempa sekuat 5.5 pada skala richter. Kesian dengan mereka ye. Selalu je di landa gempa. Bersyukur la Malaysia tak alami bencana macam tu. Sekadar gegaran je. Tu pun masih ada yg tak sedar diri lagi. Terlalu tamak mengejar kemewahan sampai sanggup rosakkan alam. Kalau nanti alam dah musnah, nak duk kt mane plak. Duit yang banyak tu pun dah tak guna lagi.

Blood test

Sabtu lepas ke Ampang Putri lagi untuk buat blood test bagi mengesan talesmia dalam darah Baby Aura . Kesian Baby Aura menangis kesakitan bila di ambil darahnya. Result akan dapat dalam minggu ni. Harap2 tak ada apa-apa yang serius la. Risaunya

Berpiknik

Image
Ahad lepas kami berpiknik di Sungai Congkak, Hulu Langat. Idea nak berpiknik ni tercetus masa duk berborak dengan alunk. Disebabkan musim panas & takde apa-apa agenda pada minggu tersebut, maka kami terus plan untuk pergi mandi manda. Nasib la mr hubby agree. Alunk pun ajak mr S dia ikut sama. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Sg Congkak. Seronok sangat sebab dah lama tak berendam sungai. Kami menyewa tree house yang telah dibina oleh penduduk kampung dengan bayaran RM15 dan parking pun kene bayar RM2 gak walaupun just parking tepi sungai. Kelakar pun ada, tapi adat la dekat bandar ni, mandi sungai pun kene bayar. Tree house tu nak dikatakan selesa tu tak jugak la. Tapi boleh tahan la. Cuma owner patut baikpulih keadaan rumah tersebut sebab ada tiang2 yang dh tercabut dan lantai yang hampir reput. Agak merbahaya pada pengunjung. Namun overall boleh la dikatakan memuaskan hati sebab memudahkan kami untuk berehat & menyalin pakaian. Baby Aura pun nampaknya enjoy sangat. Memang p

Aksi Marsya Naurah

Hari ni aku nak upload video clip baby aura & another baby masa kat sogo. Seronok tengok aksi mereka. Dua2 friendly & pandai berkawan. Mereka ni sebaya, lahir pada february 2010. Bila tgk aksi comel anak2 ni, stress pun hilang. =)

kenduri kawin

Image
Lama x update blog ni. Lately ni bz sket la. Banyak sangat benda yang perlu diuruskan. So ari ni cuba gak luangkan sket masa untuk update cite last weekend. Jumaat lepas family hubby datang berkampung kat rumah aku. Mereka semua ke sini sebab nak hadiri kenduri sedara mereka di Taman Saga, Ampang. Dekat je dengan rumah aku. Tu pasal diorg datang berhimpun. Minta maaf la mak, abah, kak yong sefamily, mak su sefamily & acu biah & paksu inn. Rumah mar ni kecik je. Toilet pun 1 je. So tak boleh la nk bagi keselesaan sangat pd semua yang datang. Harap takde yang tak berpuas ati ye. Nanti bila datang KL, singgah2 la lagi rumah mar. =) Berbalik pada tajuk, bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu ni, maka banyak la pasangan-pasangan muda mahupun tua yang melangsungkan perkahwinan. Aku sendiri pun banyak mendapat undangan perkahwinan. Tapi ada setengah yang jauh tu tak dapat la aku menghadirkan diri. Ada yang dekat pun tak berkesempatan pula nak hadir. Ada je urusan yang harus disettlek

My 2nd anniversary

Image
Aku berhutang entry ni dgn en hubby... maaf ye.. Sebenarnya anniversary aku jatuh pada 8 May 2011 bersamaan dengan mother's day. So double celebration for me. But sadly hubby tak leh balik on that day. Works come first.. =( Apapun nk credit sket utk hubby. Thanks for being such a lovely husband ever. Walaupun sayang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati ayang. Ayang harap mahligai perkahwinan kita akan berkekalan & cinta kita akan sentiasa mekar & subur selamanya. Ohh tak lupa ucapan Selamat Hari Ibu teristimewa buat bonda tercinta, ibu mertuaku, akak2 ipa ku dan semua ibu-ibu di dunia. Sememangnya kita adalah ibu yang hebat. Buat bakal ibu, galilah ilmu penyusuan susu ibu. Kerana susu ibu adalah makanan pertama yang terbaik buat bayi anda. Buat ibu-ibu yang sedang menyusu, U'R ROCKS. ~~BREASTFEEDING ROCKS~~

Pam susu, susah ke?

Semalam aku ke pasar malam. Pastu terjumpa kawan alang. Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki berusia 10bulan. So aku pun borak-borak la dgn ibu baby tu. aku : ni g keje anta kat sapa? dia : kat nursery kt tempat kerja aku : syok nya ada nursery kt tempat kerja. senang nk tengok baby. dia : tu la. lagi pun baby breastfeeding. senang la. aku : alhamdullilah dia : tapi nursery tu sampai baby umur setahun je. pasni kene anta tempat lain plak aku : oh ye ke. tak pe la ti cari la pengasuh or nursery yg pandai handle EBM dia : mm.. pasni campur formula la. aku : aik kenapa pulak? dia : << sengih je >> alang : eh napa nak campur. my sis (aku la tu) pun nyusukan anak dia gak. boleh aje. aku : anak akak pun fully bf gak. dah 1 thn 3 bln skg. insya allah nk teruskan hingga sekurang2nya 2thn atau lebih. dia : mmm tgk la. aku : jgn la campur lagi. kesian kt baby. tak pe klu hantar kt nursery pun. kita kene rajin pam susu la utk stok. dia : << sengih lagi >> Ak

Next Top Model

Image
Ni aku saja la tepek pic Baby Aura . Time ni kat Aeon Setiawangsa. Since aku & hubby takde aktiviti pd hari tersebut, so saja la bawak si kecik ni berlari kt sana. So aktiviti aku & hubby ialah mengsnap setiap pergerakan Baby Aura . Ni yang bercangkung ni sal dia tiru papanya yang mencangkung bila nak ambik pic dia. Tu la hasilnya. Baby Aura dah makin pandai bergambar. Ni antara posing yg telah diberikan. Ni posing gaya apa xtau la. tp tangan siap kt dada. Ni pulak gaya lentok dgn senyuman paling manis. Cair hati tgk senyuman cmtu. p/s: cukup la dulu tempek pic 3 keping. mls nk mengedit sebenarnya.

Koleksi kasut Marsya Naurah

Image
Aku ni memang pantang sket tengok kasut yang comel-comel. Suka je nak belikan buat si kecil ni. Tengok ni ada bape pasang kasut yang ada ni ha. tu pun ada 2 pasang yang aku dah buang sal dh koyak. Yang ni pun ada gak la kasut yang tak penah pakai langsung, ada yang baru pakai skali je. Ada gak yang cakap aku membazir belikan kasut cmni punya banyak sebab baby tak akan pakai lama. Tapi dah minat kan, nak buat cmne. p/s: opsss ni bukan semuanya aku beli, ada 2 pasang yang org bagi as bday present