Salam Ramadhan

Ye dh terlalu lama aku tak menjenguk blog. Sebenarnye banyak cerita yang nk di update tapi masa terbatas. Tambah pulak dengan mood untuk mengarang takda. So semua cerita tersimpan dalam hati je la.




Hari ni aku paksakan jua diriku untuk mengarang. So aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan salam ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia. Semoga dengan kedatangan ramadhan kali ini akan memberi rahmat yang tak terhingga buat kita semua.




Dari sebelum mula berpuasa lagi dah banyak jualan sempena hari raya kt supermarket. Kat opis ni pun dh mula jualan kuih raya dari 2 minggu sebelum berpuasa. Semuanya advance. Aku sendiri pun dh mula membeli baju raya untuk si kecil sejak 3 bulan lepas. Bukan apa, yang pertamanya sebab kengkangan duit. Kalau semuanya nak di beli sekali gus time nak raya ni, perit gak nak keluarkan ongkosnya. Tapi bila mula beli sket2 dari awal, so nak raya ni, tak payah penin nak pikir nak beli baju lagi. Duit bonus leh buat bayar kuih raya & bagi angpau sket2 kat budak2.




Yang kedua pulak aku taknak jadi macam tahun lepas. Tak sempat beli baju raya langsung untuk si kecil. Sebabnya Baby Aura admitted 2 minggu sebelum raya selama seminggu. Dalam kelam kabut tu, memang tak sempat langsung nak bershoping baju raya dia. Nasib baik la baju kurung si kecil tu dah di tempah awal2. So cuma bergaya dengan baju kurung je la di pagi raya. Jadi tahun ni aku ambik langkah penyedian awal supaya tak kalut macam tahun lepas.




ok nanti2 aku update lagi story ye. Camera dah di tangan aku, so banyak pic yang boleh di share nanti. Selamat berpuasa semua.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato