budak kecik ni punya cerita

asal aku tengok jam jer, masa cm statik je. jam yang statik ke atau aku statik? nape lambat sgt masa bergerak ari nih. bosan la. sebenarnya aku nak cepat petang. nape? sebab petang dah abis keje. hehehe..

ari ni mum ayah datang. yesss best.. minggu lepas balik bagan lalang. opss entry kt bg lalang tak buat lagi. jap lagi aku menaip..

korang nak tau peel Baby Aura sekarang? pagi2 nak anta ke umh mama long dia nak naik kete. apahal nak naik kete, umh mama long sebelah umh mama je nak oiii.. leh pas2 brg ikut tembok je.. tp dari dia mengamuk di pagi2 hari, auntie lunk dia layankan jugak la. kuarkan kete reverse sampai depan umh mama long. ok dh sampai.. mesti dia pelik kan nape kejap sgt duk dalam kete. sket2 cukup, ti papa datang, kita pegi jln2 ok syg. tapi papa dia slalu ckp, ni bkn anak yg nak berjalan, mama dia yg lebih. heheheh.. mcm tau2 je kan.

ada 1 insiden yg lawak jadi mlm isnin lepas. masa tu alunk dalam toilet nak ambik wuduk. tiba2 dia berlari kuar dr toilet sambil jerit2. ada cicak mabuk katanya.. kalut je rupanya mcm ada buaya plak dlm toilet. ok kami ni wanita2 lemah ye, sangat geli dgn cicak ni. tp aku ni sebagai kakak yg bertanggungjawab, terus ambik baldi, isi air penuh2 pastu simbah ler kt cicak kt atas lantai toilet tu dgn penuh harapan cicak tu lari keluar dr toilet dan menyelamatkan dirinya dari mati lemas. tp cicak tu tak lari ok. dia main cak cak pulak ngn kitorg. kitorg ni berani2 takut je nak simbah air dari muka pintu. tp yang tak tau takut tu Baby Aura ni yang giler berani duk depan pintu toilet. klu cicak tu lari kuar ikut pintu, sape mau selamatkan sikecik tu? mama dia dah tentu2 panjat kerusi dlu la...

cerita pasal si kecik ni, alunk ckp budak ni jenis xde perasaan. klu aku marah dia cmne pun, dia leh buat muka selamber je, pastu tepuk peha aku sambil sebut mama, mama.. pastu tunjuk tempat lain dan sebut cicak la, cat la, apa je yg terlintas la... nak tukar topik la ni. kecik2 dh pandai nak mengelat dari kene marah kan. mana dia belajar ni. mesti slalu tengok mama buat cmtu kan bila papa soal macam2.


agak2 korang la, bila korg tengah2 marah anak, tiba2 dia buat muka cmni leh teruskan kemarahan tu tak?








ok ni ada lg 1 peel budak kecik ni. suka sgt suap org makan. diri sendiri tak mo makan. tak sedap ke bubur mama masak tu sayang? slalunye mama la yang kene tadah mulut. mula2 macam nak suap anak makan, last2 mama yang kenyang. boleh?




sebab dalam bulan pose ni, aku suh la budak kecik ni suap jimmy makan. si jimmy ni memang suka pow bubur Baby Aura. dia kata bubur auntie ngah masak sedap.. hahaha yg tu aku tambah je.




ok la sekian saja utk kali ni ye..






Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato