kehilangan yang pasti dirindui
Salam.
Pagi ini aku menerima berita menyedihkan, kematian anak sepupuku yang baru berusia 2 minggu. Tabahlah Anis dengan dugaan Allah. Sesungguhnya Baby Aqmal menanti Anis di syurga kelak.
Dugaan Anis sememangnya berat. 2 kandungan yang awal mengalami keguguran. Kandungan yang ketiga ini berjaya hingga 9bulan. Namun di akhir kandungan Anis ditahan wad kerana masalah dengan uri. 20/7/11 bayi lelakinya yang dinamakan Muhammad Aqmal Syahmi selamat dilahirkan melalui operation.
Aku sepatutnya melawat anis hujung minggu lepas, namun anis bagi tau baby ditahan di NICU kerana jaundice. Jadi aku postpone la plan tersebut ke minggu seterusnya. Tapi Allah lebih menyayangi Baby Aqmal. Baby Aqmal pergi mengadap penciptanya pada 4/8/11 lebih kurang jam 4 pagi kerana jangkitan paru-paru.
Aku tak berapa pasti tentang masalah yang dihadapi sebelum ini. Namun apa yang sempat Anis ceritakan, Baby Aqmal ditahan di wad kerana jaundice selama 3 hari. Selepas keluar, Baby & anis bergilir-gilir demam dan ditahan di wad semula.
1/8/11 baby mula batuk. Anis ada bawa baby ke klinik dan maklumkan pernafasan baby berbunyi, namun doktor sahkan paru-paru baby clear dan minta anis bawa ke klinik kembali sekiranya baby masih batuk.
3/8/11 ketika mahu menukar diapers, anis nampak ada kesan darah pd diapers. Dia terus bawa baby ke Klinik Kesihatan kemudian diarahkan utk terus ke hospital. Keadaan baby masa tu dah kritikal. Doktor dah bagi tau yang chances cuma 50-50 memandangkan keadaan baby sangat lemah dan tak memberi sebarang respond terhadap ubat yang diberikan. Doktor juga cuba untuk tukar darah baby sebanyak 2 kali, namun masih tiada respond. Akhirnya setelah lebih 24jam baby Aqmal berjuang, dia pergi jua mengadap illahi. Meninggalkan umi & ayah yang sgt menyayanginya. Meninggalkan kami semua yang masih belum sempat mengenalinya.
Ralat rasanya kerana aku tak sempat menatap wajah comel Muhammad Aqmal Syahmi. Ralat kerana aku pospone lawatan aku tempoh hari. Maafkan auntie sayang. Walaupun auntie tak sempat mengenali Aqmal, namun pemergian Aqmal benar-benar di rindui.
Moga anis tabah dalam menghadapi saat ini. Kehilangan anak yang dikasihi setelah dikandungi selama 9 bulan memang amat-amat memeritkan. Saat yang paling ditakuti oleh setiap ibu. Namun yakinlah dengan janji Allah. DIA tidak menjadikan setiap kejadian tanpa sebab. Pasti ada hikmah disebaliknya. Anis adalah insan terpilih kerana melalui dugaan ini. Percayalah Baby Aqmal menanti anis di sana.
Al-Fatihah..
Comments
Post a Comment