Posts

Showing posts with the label breastfeeding

Baby Aura @ Aquaria

Image
Minggu lepas minggu yang memenatkan buat Baby Aura . Banyak sangat aktiviti mama & papa. =) Start dari hari khamis, papa sampai, malam kami berjalan ke Downtown, Cheras. Hari jumaat pulak kami ke Motherhood Expo di Midvalley. Pehh jem gila jalan. Nasib baik la hubby cool je. Ingat nak shopping la barang-barang baby kat expo tu. Tapi tak banyak choice barangan pulak. Cuma aku borong baby wipes aje sebab murah. Berbalik pada tajuk la, hari sabtu pulak hubby ajak ke Aquaria. Punya la seronok si kecil ni tengok ikan-ikan. Sampai dia nak pegang ikan-ikan yang ada. Memang tak tau takut la sayang mama ni. Pada yang tak pernah ke Aquaria, boleh la bawak anak-anak pegi. Harga tiket bagi dewasa warganegara M'sia RM 35 seorang. Kanak-kanak lupa pulak aku sal si kecil ni masuk free je. Seronok jugak la. Leh layan picas ni ye. bersama papa tersayang si kecil ni baru nak dapat kaki. nanti bila dh expert, jenuh la mama mengejar =) keluarga bahagia kami Baby Aura yang excited tengok fish 1 la

Stylo Mama

Image
Akhirnya dapat juga bendanya. Dah lama aku nak beli, tapi asik tertangguh. Kali ni hubby offer nak belikan. Apa lagi terus la rembat. Mesti korang pelikkan apa benda yang aku maksudkan tu. Ini la dia nya Bag untuk pam spectra 3 ku. Bag yang sebelum ni dah hampir putus. Namun ku gagah usungkan jua. Demi Baby Aura aku sanggup angkut pam yang berat ni ke hulu ke hilir. Janji dapat pam susu untuk yang tersayang. p/s : hati mengidam Medela FreeStyle. tapi tak sampai hati lg nak ketuk hubby. tunggu dulu la. =)

Dinner Jab. Sokongan, Bhg Perkhidmatan Korporat, TNB

Image
Dinner ni dah lama lepas pun. 18/2/2011 ari tu. Tapi baru nk upload piccas dalam blog. Sebab baru ada mood nk upload. Heheheeh. So layan je ye. Mr. Hubby tak dapat join. So pegi ngan alunk, dina & Baby Aura je mama & lovely Baby Aura NIP during the dinner on baby demand *Nursing In Public* mama vouge & baby comey sape ckp nursing mommy tak leh bergaya? Baby Aura & Baby Ibriz Both of them are BF babies. =) Mama Aura & Mama Ibriz wit Little Dina p/s: Pics tak banyak sal malas lagi nk upload. =)

Naurah ke babysitter

Alhamdulilah setelah pencarian merata tempat untuk mencari babysitter terbaik buat naurah akhirnya bertemu jua. ~~hehehe cm poyo je ayat~~ Sebelum mencari babysitter buat naurah, ada beberapa kreteria yang telah aku tetapkan. Ini penting sebab ia dapat mencorakkan kehidupan & masa depan puteri kecilku. Kenapa aku cakap macam ni. Jom tengok kreteria yang telah ditetapkan : 1. Pandai handle EBM Ini sangat penting dalam usahaku menyusukan bayiku dengan susu ibu selama sekurang-kurangnya 2 tahun. 2. Suasana yang aman & tenang Bayangkan jika membesar dalam suasana yang bising, penuh dengan jerit pekik dan maki hamun? Apa yang akan terjadi pada anak kecil yang masih suci? Pasti mindanya akan di cemari dengan perkara yang negatif sedari awal kehidupannya bukan.! 3. Suasana yang selamat Anak kecil pastinye suka meneroka dunia barunya. Tanpa mengenal bahaya, mereka melihat setiap benda adalah seperti permainan. Mahu di pegang dan pastinya akan ke mulut. Berapa banyak kes kemalangan bay

Gud bye formula

Image
Masa awal-awal bersalin dlu aku mmg tatau langsung tentang breasfeeding. So aku beli formula milk sebab sangkakan susu aku tak cukup untuk baby. (awal-awal memang susu keluar sikit sangat, tapi sangat berkhasiat dan cukup utk baby) bodo btol aku. Ada la jugak few times yang aku suapkan susu lembu ni kat mulut naurah. Sekarang bila fikir-fikir balik rasa sedih pulak. Sebab aku memang dah niat nak exclucive breastfeeding naurah selama 6 bulan dengan susu ibu & teruskan sehingga sekurang-kurangnya naurah berumur 2 tahun. Tak pe la anggap aja itu rezeki naurah. Tapi aku janji untuk anak ke-2 nanti, takan ada formula milk langsung di rumah ku hingga anak cecah umur at least 2 tahun. So susu yang dah ada tu aku lemparkan sajer kt dalam tong sampah. sampai 2 jenis susu aku beli. dua2 baru pkai 2-3 kali je. selamat berlabuh dlm tong sampah hijau nih. cuma ini susu naurah sekarang...susu mama yg lebih byk khasiat dan ini juga... "susu yang terbaik untuk anak yang terbaik dari mama y

Penyusuan

Image
Pagi ni lambat lagi. Pas dh bersiap2 nk keluar umah, sakit perut lak. Oh harus menuju ke toilet dlu. Naurah seperti biasa, bangun awal. Tapi hari ni dia tak bersahur sekali. Lena tido hingga aku selesai mandi. Hari ni Naurah mahu di layan. Tak macam selalu, pagi ni dia nak ajak bermain. Maaf sayang, mama kene bersiap utk pergi kerja. Sambil aku bersiap pakai tudung, ambik botol susu & ice packs aku lihat Naurah dh menirap jauh dari tilamnya. Lajunya anak mama ni bergolek. Jadi sekarang tilam Naurah dah tak muat untuknye. Membiarkan Naurah sorang2 atas katil pn dah bahaya. Tapi takan la nak tido di bawah pulak ye. Nampaknya kena letak bantal banyak-banyak la nanti. Dalam LRT tadi terserempak dengan Fisha, kwn sekolah alang. Seperti aku, Fisha juga seorang breastfeeding mother dan amat obses dengan dunia penyusuan. Alhamdulilah babynya senang minum dari botol. Tak macam Naurah yang tak suka minum dari botol. Fisha bagi tau aku kt opis dia selalu pump di mejanya sahaja sebab terlalu

2 Ramadhan

Image
Hari ke-2 berpuasa. Setakat jam 3.30 ptg ni masih gagah (walaupun dh agak melepet) meneruskan pose disamping aktiviti pump. Memang agak memenatkan berpuasa + breastfeeding ni. Rasa lapar memanjang walaupun bersahur dah pulun nasi. (Tetap berselera mkn di awal pagi.) Pagi ni Naurah bangun menemani aku bersahur lagi. Macam tau-tau je mamanye tinggalkan dia sorang-sorang. Dah pujuk dan diberi susu bagai, mata Naurah tetap bulat dan segar. Terpaksa la aku angkut dia bersahur sekali. Menu sahur pagi ni oat + nasi + sup daging + kurma blended. Wah tiap-tiap pagi minum kurma blended. Kurma ni memang elok utk menambah tenaga. Jadi untuk wanita yang menyusu, sememangnya amalan memakan kurma dapat membantu menambahkan tenaga semasa berpuasa. Dalam berpuasa, aktivit pump tetap akan ku teruskan jua demi puteri kesayangan ku itu. So ku gagahkan jua mengangkut beg pump yang berat ini ke opis setiap hari. Tiada lagi handbag. Backpack ini teman setiaku ke opis setiap hari. (Loan dari alang) Sgt berken

Ramadhan

Hari pertama berpuasa. Pagi tadi bangun sahur pukul 5 pagi. Turun bawah, tgk makanan dh siap terhidang atas meja. Alang ckp dh banyak kali ketuk pintu bilik, payah lak aku nk terjaga. Maybe sebab mlm td Naurah byk kali terjaga. Sebab cuaca panas kot yg buat Naurah tak lena tido. Tengah2 syok bersahur (selera gak aku mkn) Naurah terjaga lagi. Terhenti suapan aku seketika. Puas aku try tido kan Naurah lik, tapi takmo la pulak. So aku bawak Naurah turun bersahur sekali ngn aku. Menu bersahur pagi tadi, oat + nasi + udang grg kunyit + sayur pucuk + kurma blended. Emmm makan banyak la konun nak elakkan lapar. Tapi baru kul 10 pagi perut dh krok krok..Cmne ni..? Tadi baru lepas pump utk sesi pertama. Dapat 5 oz. Harap-harap untuk sesi kedua nanti tetap maintain la.

Aktiviti pam di opis

Image
Hari ni adalah birthday adik bongsuku yg ke 20. Hapy birthday dik. Hope bertambah matang ye. Emm sok umat islam seluruh dunia dh mula berpuasa. Semoga kedatangan ramadhan ni membawa seribu rahmat buat semua umat islam termasuk aku. Tahun ni tahun kedua bergelar isteri. Walaupun masih berjauhan dengan hubby, alhamdulilah sekarang aku telah ada peneman. Marsya Naurah, si kecil ku yg semakin bijak. Sebenarnya entry kali ni aku nk bercerita ttg pumping.. Semenjak mgu lepas aku makin giat menambah stok utk Naurah. Takut production menjunam di kala berpose ni. Ya allah maintainkan la susuku ini.. Sebenarnya utk memastikan hasil susu lumayan atau maintainkan production, seorg patut pam sekurang2 nye 5 kali sehari. Bermakna 3 kali di opis, sekali awal pagi dan sekali tengah malam. Bila breast di kosongkan, secara automatic signal akan di hantar ke otak utk menghasilkan susu lagi. Tapi jujurnya, aku tak pam sebanyak 5 kali. Paling banyak yang aku buat pun 3 kali je. Walaupun sebenarnya aku suka
Pejam celik pejam celik, hari ni dh hari ke 5 bulan 8. Lagi 5 hari je utk umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan. Kalau tahun lepas, cabaran ramadhan aku adalah kerana aku sedang mengandung, tahun ini pula cabarannya adalah menyusukan anak. Yang paling merisaukan aku ialah rasa lapar yg extream. Kalau dulu boleh bilang la dalam seminggu berapa kali aja aku makan nasi, tapi sejak menyusu ni, aku makan nasi 2x sehari. Wahh mcm bukan diriku aje.. Rata-rata mommies yang breastfeeding cakap, berpuasa mmg mencabar sgt. Selain rasa extra penat, production pon merundum gak. Oh no.! Ini sungguh merisaukan aku. Mcm mana kalau production menurun. Takut nanti terus kurang. Aku still nak brestfeed Naurah hingga Naurah 2 tahun. So tadi aku pun surf forum kegemaran aku susuibu.com.. Tup tup terjumpa lak threat nih.. Ada resepi & tips berbuka puasa utk ibu-ibu yang menyusu. http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=3695&forum=2&post_id=207992#forumpost207992 K

Breastfeeding

Sejak mengandungkan Naurah lagi aku dh memasang azam utk menyusukan anak aku. Tapi masa tu aku mmg btl2 zero knowledge ttg penyusuan bayi. Akak ipar ku dlu pn hanya menyusukan baby dia ketika dlm pantang je. Aku bernasib baik hospital tempatku melahirkan Naurah adalah Baby Friendly Initiative Hospital. Jadi aku banyak belajar cara2 penyusuan yg betul dan mendapat tips-tips yang berguna daripada nurse-nurse kt sana. Ketika berpantang di rumah MIL, ada gak MIL suruh top upkan dgn FM. Tapi aku agak mls nk bancuh FM ketika dlm pantang. Aku merasakan lebih senang tiap kali Naurah menangis, aku sua kn je breast ku ini. MIL penah ckp gak maybe susu aku tak cukup sebab tu la Naurah kerap terjaga dan menangis. Tp aku pekakkan aje sebab kalu susuku tak cukup takkan la bila Naurah menyusu, terpancut-pancut susuku ni. Tiap kali aku picit breast pulak, mesti ada je susu yg keluar. Jadi aku yakin Naurah menangis bukan sebab tak cukup susu, tp sebab nk kan perhatian dari mamanye. Alhamdulilah kerana