2 Ramadhan
Hari ke-2 berpuasa. Setakat jam 3.30 ptg ni masih gagah (walaupun dh agak melepet) meneruskan pose disamping aktiviti pump. Memang agak memenatkan berpuasa + breastfeeding ni. Rasa lapar memanjang walaupun bersahur dah pulun nasi. (Tetap berselera mkn di awal pagi.)
Pagi ni Naurah bangun menemani aku bersahur lagi. Macam tau-tau je mamanye tinggalkan dia sorang-sorang. Dah pujuk dan diberi susu bagai, mata Naurah tetap bulat dan segar. Terpaksa la aku angkut dia bersahur sekali.
Menu sahur pagi ni oat + nasi + sup daging + kurma blended. Wah tiap-tiap pagi minum kurma blended. Kurma ni memang elok utk menambah tenaga. Jadi untuk wanita yang menyusu, sememangnya amalan memakan kurma dapat membantu menambahkan tenaga semasa berpuasa.
Dalam berpuasa, aktivit pump tetap akan ku teruskan jua demi puteri kesayangan ku itu. So ku gagahkan jua mengangkut beg pump yang berat ini ke opis setiap hari.
Tiada lagi handbag. Backpack ini teman setiaku ke opis setiap hari. (Loan dari alang)
Sgt berkenan backpack Stylo Mum, tapi menteri kewangan belum luluskan bajet. Harap cepat luluskan yer Mr. Hubby..
Ada yang pelik kenapa ler aku duk usung beg besar setiap hari ke opis. Jom selongkar pe yang ada dalam beg ku itu..
Cooler beg + ice pack. Utk menyimpan stok EBM ku itu. Tapi cooler beg ni kecil la just muat 2 ice pack + 2 botol aje. (Tengah berkira-kira membeli cooler beg Stylo Mum)
Pureen Liquid Cleanser. Utk mencuci pam setelah sesi meng''pam''
Botol kecik ni aku dpt dlm Goodies beg dari hospital.
Pump Spectra 3 yang banyak berjasa. Walaupun berat tapi aku gagah kan juga mengusungnye setiap hari. Berpuas hati pakai S3 ni.
hahah sahur beriye...tp tol la aku pon sahur kemain byk konon nak bertahan la smpai buka...tp lepas jek aku pam susu mula la rase nak pitam lapor kemain harap penuh la bulan ni...da la tahun lepas nye sbulan aku x posa da tu x ganti lg haihhh...dugaan tol..ko bli spectra 3 tu bape rm??cam best lak tgk gadget ko ni hahah
ReplyDeleteaku pn pose thn lepas tak ganti lagik. pose ni cmne susu ko maintain tak. aku alhamdulilah maintain.kdang2 siap meriah lagik. berkat minum kurma blended kot..heheh.
ReplyDeletespectra tu dlu aku li rm349.harga asal rm388. tp skg kt fabulous mum ada sale rm328 je tak silap aku..