Naurah nk mama je..

Waahh sejak akhir-akhir ni Naurah asik nak memerap ngn aku je. Kalau dulu Naurah asik nk berdukung je sampai sakit pinggang anny (granny yg menjaga sepanjang aku bkerja). Sekarang ni walau Naurah didukung oleh org lain, tapi kalau ternampak muka aku, dia akan merengek mintak didukung. Kalau dibuat tatau, huh alamatnye dia akan meraung bagai dicubit.. hui hui hui.. Haru gak la anakku sorg ini. Mmg mama tak leh buat apa-apa keje la jawabnya..
Macam mana ye nk kurangkan anak memerap dgn kita? Mmm.. agak sukar. Baby memang suka bila bersama mamanye. Dia dpt rasakan bahawa dia selamat dan selesa bila berada di pangkuan mama. Mungkin juga baby sukakan bau susu mama. Tambahan pula Naurah mmg exclusive breastfeeding, so bonding antara aku dan dia sangat rapat. Mungkin sebab tu kot Naurah takmo kat org lain termasuk papanye yg seminggu sekali je jumpa.
Takpe la walaupn aku terpaksa menatap je Naurah, aku akan tetap layankan juga la. Sebabnya ini je la masanya utk aku spend time utk Naurah setelah meninggalkan dia seharian ketika bekerja. Lagi pn nanti bila Naurah dh besar, nak buat hal sendiri je, ha tentu la aku akan rindu kan saat-saat dia nk melekat ngan aku je.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato