Pejam celik pejam celik, hari ni dh hari ke 5 bulan 8. Lagi 5 hari je utk umat islam seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan. Kalau tahun lepas, cabaran ramadhan aku adalah kerana aku sedang mengandung, tahun ini pula cabarannya adalah menyusukan anak. Yang paling merisaukan aku ialah rasa lapar yg extream. Kalau dulu boleh bilang la dalam seminggu berapa kali aja aku makan nasi, tapi sejak menyusu ni, aku makan nasi 2x sehari. Wahh mcm bukan diriku aje.. Rata-rata mommies yang breastfeeding cakap, berpuasa mmg mencabar sgt. Selain rasa extra penat, production pon merundum gak.
Oh no.! Ini sungguh merisaukan aku. Mcm mana kalau production menurun. Takut nanti terus kurang. Aku still nak brestfeed Naurah hingga Naurah 2 tahun. So tadi aku pun surf forum kegemaran aku susuibu.com.. Tup tup terjumpa lak threat nih.. Ada resepi & tips berbuka puasa utk ibu-ibu yang menyusu.
Kebanyakkan mommies suggest utk makan kurma sebab leh menambahkan kualiti susu. Ha akan ku torai kurma blended nanti. Nampaknya kene li kurma sendiri la. Kalau pakai ayah punya, heheh alamatnye sehari sekotak la.
Apa-apa pun aku berdoa & berharap agar ramadhan kali ini dapat aku lalui dengan jayanya (memandangkan tahun lepas aku tak mampu nak berpuasa penuh) dan berjaya juga dalam perjalanan penyusuan susu ibu buat puteri kecil kesayangan ku.
Comments
Post a Comment