Penyusuan
Pagi ni lambat lagi. Pas dh bersiap2 nk keluar umah, sakit perut lak. Oh harus menuju ke toilet dlu. Naurah seperti biasa, bangun awal. Tapi hari ni dia tak bersahur sekali. Lena tido hingga aku selesai mandi. Hari ni Naurah mahu di layan. Tak macam selalu, pagi ni dia nak ajak bermain. Maaf sayang, mama kene bersiap utk pergi kerja.
Sambil aku bersiap pakai tudung, ambik botol susu & ice packs aku lihat Naurah dh menirap jauh dari tilamnya. Lajunya anak mama ni bergolek. Jadi sekarang tilam Naurah dah tak muat untuknye. Membiarkan Naurah sorang2 atas katil pn dah bahaya. Tapi takan la nak tido di bawah pulak ye. Nampaknya kena letak bantal banyak-banyak la nanti.
Dalam LRT tadi terserempak dengan Fisha, kwn sekolah alang. Seperti aku, Fisha juga seorang breastfeeding mother dan amat obses dengan dunia penyusuan. Alhamdulilah babynya senang minum dari botol. Tak macam Naurah yang tak suka minum dari botol. Fisha bagi tau aku kt opis dia selalu pump di mejanya sahaja sebab terlalu banyak kerja. Bagus dia ni, walaupun banyak kerja, tapi tetap berdisplin utk pump susu.
Aku masih pelik dengan sesetengah orang yang menganggap leceh memberi susu badan kepada anak. Mereka lebih rela memberi Formula Milk kepada baby mereka. Adakah mereka tak rasa bersalah memberikan SUSU LEMBU kepada anak mereka sedangkan mereka mempunyai susu yang jauh lebih banyak kebaikan & khasiatnya? Alasan-alasan seperti susu tak cukup, nipple tak ada, baby tak nak menyusu & susah bila nak keluar nanti sering digunakan.
Susu tak cukup.
Dari mana mereka tahu susu mereka tidak cukup untuk baby mereka. Adakah kerana baby sering menangis seolah-olah masih lapar walaupun baru lepas menyusu? Sebenarnya baby yang menyusu badan sememangnya cepat lapar. Ini adalah kerana susu badan mudah dihadamkan oleh perut baby berbanding dengan susu formula yang agak lambat dihadam. Kerana itu la baby yang minum susu formula tidur lama kerana perut mereka masih penuh.
Biasanya bila keadaan macam ni berlaku, orang2 sekeliling yang berlagak arif akan mula bersuara konunnya susu tak ada. Mereka akan suruh ibu susukan anak dengan susu formula. Jadi bagi ibu-ibu muda yang tiada pengalaman, mereka akan percaya dan set dalam fikiran susu aku tak cukup untuk anakku. Oleh kerana itu la, untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu, dorongan dan pengetahuan amat penting.
Nipple tak ada
Ada setengah wanita yang mempunyai masalah puting leper atau tenggelam. Apabila cubaan pertama mereka untuk menyusukan anak gagal, mereka akan terus mengatakan mereka tak boleh menyusukan anak. Sebenarnya puting ada pelbagai bentuk dan saiz. Begitu juga dengan mulut baby. Oleh itu baby boleh menerima apa jua bentuk puting ibunya. Sekiranya baby tetap tidak mahu menyusu secara direct, ibu boleh pump susunya kedalam botol dan memberi baby melalui botol. Ini adalah lebih baik berbanding mengambil keputusan memberi baby minum susu formula.
Susah bila hendak keluar
Semua itu adalah alasan yang sgt tidak logik. Senang sangat ke hendak keluar berjalan-jalan jika anak minum susu formula? Anda harus membawa stok susu, air panas dan masak. Berbanding jika anak menyusu badan, anda hanya perlu membawa badan anda. Mudah bukan. Bagaimana jika anak hendak menyusu ketika di luar, segan la. Segan tak bertempat harus dibuang jauh-jauh dari hidup. Lagi pun kebanyakkan shopping complex sekarang menyediakan tempat penyusuan khas utk ibu-ibu yang menyusu. Jadi apa lagi alasan anda?
Bilik penyusuan khas untuk ibu-ibu
Poncho penyusuan yang sangat praktikal utk digunakan
Comments
Post a Comment