Naurah ke babysitter
Alhamdulilah setelah pencarian merata tempat untuk mencari babysitter terbaik
buat naurah akhirnya bertemu jua.
~~hehehe cm poyo je ayat~~
Sebelum mencari babysitter buat naurah, ada beberapa kreteria yang telah aku tetapkan. Ini penting sebab ia dapat mencorakkan kehidupan & masa depan puteri kecilku. Kenapa aku cakap macam ni. Jom tengok kreteria yang telah ditetapkan :
1. Pandai handle EBM
Ini sangat penting dalam usahaku menyusukan bayiku dengan susu ibu selama sekurang-kurangnya 2 tahun.
2. Suasana yang aman & tenang
Bayangkan jika membesar dalam suasana yang bising, penuh dengan jerit pekik dan maki hamun? Apa yang akan terjadi pada anak kecil yang masih suci? Pasti mindanya akan di cemari dengan perkara yang negatif sedari awal kehidupannya bukan.!
3. Suasana yang selamat
Anak kecil pastinye suka meneroka dunia barunya. Tanpa mengenal bahaya, mereka melihat setiap benda adalah seperti permainan. Mahu di pegang dan pastinya akan ke mulut. Berapa banyak kes kemalangan bayi yang berlaku di rumah yang telah kita dengar?
4. Kebersihan & kesihatan
Bayi mudah diserang penyakit. Ini kerana antibodi tubuh mereka masih lemah untuk melawan bakteria. Cara mudah mengelak penyakit adalah dengan menjaga kebersihan. Selain itu, oleh kerana paru-paru bayi masih belum cukup kuat, adalah penting untuk memastikan kawasan rumah bebas dari asap rokok.
5. Pendidikan
Ini bukan tahap pendidikan pengasuh, tapi kesedaran tentang kepentingan pendidikan demi masa depan. Pendidikan dunia & akhirat. Pendidikan tidak hanya terbatas kepada subjek-subjek yang diajar di sekolah atau di universiti saja, tapi merangkumi semua aspek dalam kehidupan.Ilmu perlu di tuntut seawal hari pertama hingga hari terakhir terakhir kita bernafas.
Wah agak serius topik aku ni kan, padahal ianya cuma tentang baby sitter naurah aja. Tapi kesemua perkara di atas perlu di ambil berat. Apabila memberi naurah kepada orang luar daripada keluarga untuk di jaga, latar belakang keluarga tersebut harus aku ambil kira. Ini kerana anak adalah permata yang paling berharga yang diberikan oleh Allah buat aku. Oleh itu bernilainya permata ini terletak di tangan kita yang menggilapnya. Alhamdulilah apa yang aku lihat pada baby sitter naurah yang mesra dipanggil mak ina, memenuhi kreteria yang telah aku tetapkan.
Comments
Post a Comment