Posts

Showing posts with the label Ceritera Marsya Naurah

December Trip | Freeport A'Famosa Outlet Village, Melaka |

Image
Assalam, Sebab sepanjang cuti sekolah kami langsung tak bawak anak-anak bercuti, maka aku plan satu trip percutian. Jenuh juga fikir nak pegi ke mana. Mula-mula plan nak ke Langkawi, tapi memandangkan masalah kewangan yang melanda kami beberapa bulan sebelum ni, maka trip ke langkawi di tangguh dulu. Kalau ikutkan nak ke penang, sebab dah book hotel pun di sana. Tapi en.fuad kurang setuju sebab katanya mesti jem teruk di penang. Tambah dengan kewangan yang baru nak stabil, nak bayar yuran sekolah naurah lagi, jadi kos percutian harus di kurangkan. Fikir punya fikir, jom kita ke Seremban. Apa ada di sana? Nanti aku cerita.  So nak jimat cuti tahunan, kami pegi masa cuti Maulidir Rasul. Cuti 4 hari, rugi kalau tak kemana-mana. Sebelum ke Seremban, kami lajak ke Melaka dulu untuk menyinggah di Freeport A'Famosa Outlet Village atau juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet@MPO. Dah makin banyak premium outlet buka di Malaysia ni. Seronok menyoping bagi yang berduit. Bagi rakya

Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam, Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan.  Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang.  Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baju alang.

Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Image
Assalam, Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik.  Tahap pertama Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya leb

Cheese Tart Naurah's Kitchen

Image
Assalam, Setelah hampir 3 tahun tak membaking, tahun ni kami mulakan balik projek cheese tart kami. Batch pertama telah berjaya di siapkan malam tadi. Ni hasilnya. Alhamdulillah rasa still sama macam dulu. Kali ni dah pandai sikit nak meloret atas cheese tart ni. Pasal dah dapat tips macam mana nak buat.  Buat masa ni ada 2 flavour, strawberry dan blueberry. Tapi akan di tambah flavour dari masa ke semasa bergantung pada permintaan.  Kali ni kami akan buat packaging kecil juga. Macam ni ada 12 biji.  Boleh pilih samada nak mix atau 1 flavour sahaja.  Yang ni untuk teacher naurah sebagai menghargai jasa mereka. Ada 5 orang cikgu kesemuanya.  So kami akan bagi seorang satu. Harga bagi cheese tart seperti ini: RM 10 / 12 biji RM 35 / 50 biji Kami juga akan buat packaging untuk goodies bag.  Harga adalah bergantung kepada kuantiti dan box nya nanti. Kalau berminat nak order boleh whatsapp. 018-2684992 (mar) 011-10955164 (ad) *Nota m

Hadiahkan Al-fatihah untuk anak

Assalam, Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara bimbang kian patah riuk jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak-anak kecil ni pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akhbar !! Sebab tu setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang lain orang, lain cara pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya.  Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan itu bermula sejak Allah mengetuk pintu hatinya. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak la

Our 6th anniversary

Image
Assalam, Hari ni, detik ini, saat ini, 6 yang lepas aku selamat bergelar isteri kepada Mohamad Fuad bin. Mohamed Yusoff. Perkenalan secara tidak sengaja tanpa di sangka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih yang tak terhingga kerana telah menjadi suami, teman sahabat untuk ku dan menjadi bapa terhebat buat anak-anak kita. En.fuad, walaupun rupanya garang tapi dia mempunyai soft heart terutama dengan anak-anak. Setiap perkara yang dibuat, anak merupakan agenda utama dalam hidupnya. Keperluan anak dan isteri sentiasa di dulukan berbanding keperluan dirinya sendiri. Dia seorang yang sanggup bersusah payah, berhujan panas demi memastikan keselesaan keluarganya. Terima kasih atas segala pengorbanan mu sayang.  Moga perhubungan kita berkekalan hingga ke jannah. Ayang akan sentiasa berada di sisi sayang ketika susah mahupun senang. Luv u so much.  Love,  mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat

Suprise trip ke Genting Highland | First World Hotel dan Snow World

Image
Assalam, Sambungan dari cerita suprise trip ke genting lepas penat bermain di indoor theme park ke Ripley's Believe It Or Not kami pun menuju ke lobi hotel untuk check in. Macam yang di beritahu sebelum ni, aku booking hotel ni melalui agoda.com dengan bayaran RM100.00 semalam. Aku pilih bilik XYZ Deluxe iaitu bilik yang baru di renovate di tower 2. Proses nak check in senang juga la. Just hulurkan slip booking yang di print dari agoda.com dan IC lepas tu buat bayaran. Cuma kaunter yang aku beratur tu slow sikit. Ntah nape la. Kalau dulu banyak proses nak check in, tapi sekarang ni dah senang. Ada gak kiosk untuk check in. Tapi aku tak try la kat kiosk tu. Aku dapat bilik di tingkat 6 dengan pemandangan yang sangat terhad sebab di blok oleh bangunan lain. Huhu. Bilik pula aku rasa lebih kecil dan sempit berbanding dengan bilik lama dan lebih mahal sedikit berbanding bilik lama. Cuma bilik ni ada mini fridge, hair dryer dan saiz tv yang besar sedikit. Aku pilih bilik ni s

Suprise trip ke Genting | Ripley's Believe It Or Not

Image
Assalam, Dah beberapa kali aku ke genting, ni kali pertama aku masuk Museum ni. Selama ni nak masuk tapi rasa macam tiket mahal, rasa macam tak berbaloi. Tapi disebabkan kali ni dah beli sekali dengan tiket indoor, so masuk la.  Agak menarik rupanya museum ni. Kalau korang ingat lagi rancangan Ripley's ni, rancangan yang di host kan oleh Dean Cain ni menceritakan tentang kisah-kisah yang unik dan pelik di serata dunia. So dalam museum ni ada replika dan gambar-gambar tersebut. Agak besar juga tempat ni. Jadi berbaloi rupanya masuk ke museum ni. Jom layan gambar kami.  Ini adalah torture room masa zaman pertengahan di eropah dulu. Pesalah akan di masukan ke dalam kerangka besi tersebut. Bayangkan terpaksa berdiri selama di dalam tahanan. Ni pulak penjara. Memang kecik sangat ruang di dalamnya.   Permainan ilusi. Nampak macam ada permata, bila cuba ambil takde pulak. Rupanya hanya hologram. Chiss tertipu makcik.  Kaki kecil. Masa zaman dinasti ch

Suprise trip ke Genting Highland | Indoor Theme Park

Image
Assalam, Minggu lepas memang best kan. Cuti dari hari jumaat sampai ke isnin. 4 hari bercuti kalau duduk rumah je memang bosan la. Jadi awal-awal lagi aku dah plan ke genting. Tapi sebenarnya plan nak ke genting ni masa cuti sekolah hari tu. Disebabkan lambat book, harga jadi mahal so cancel ke genting tapi tetiba naik cameron pulak. (paham ke cerita aku ni).  Kali ni dah book awal-awal tru agoda.com. Macam biasa book di First World Hotel la murah sikit. Aku book bilik XYZ Deluxe RM100.00 per nite. Bilik ni newly renovated katanya. Tapi aku rasa lebih kecik dan sempit berbanding bilik lama. Nasib baik tido satu malam je. Ok la. Sebelum tu nak gtau, trip ni dinamakan suprise trip sebab kami tak bagi tau naurah nak pergi bercuti. Sampai la malam hari kejadian, en. fuad suruh naurah naik tidur awal sebab konon-konon esok ikut mama pegi ofis. Naurah ni memang suka sangat kalau dapat ikut mama pegi ofis. Mama pun pelik kenapa. So dia memang excited la. Esok paginya memang s

Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Image
Assalam, Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun.  1. Ilmu Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak tetap me

Menangani tantrum anak

Image
As-salam, Kalau korang ingat, aku penah ceritakan pasal naurah meragam tak nak ke sekolah. Hampir 2 minggu juga la naurah meragam macam tu. Tiap-tiap pagi menangis, bagi macam-macam alasan tak nak ke sekolah. En. fuad pun sampai naik tension melayan kerenah naurah.  *gambar hiasan *     Alhamdulillah sekarang ni dah hilang tantrum dia tu. Macam mana aku buat? Setiap malam sebelum tidur bagi kata-kata nasihat dan perangsang. Kejut dengan cara paling lembut walaupun anak meragam / menangis. Ucapkan salam ketika mengejut anak, panggil dengan panggilan manja e.g baby, princess, hensem boy, darling. Bercerita untuk mengalih perhatian bila anak mula meragam Banyak tanya soalan supaya anak sibuk berfikir untuk menjawab. Kawal kemarahan walaupun dalam hati dah nak meletop. Yang paling penting, banyakkan berdoa kepada Allah agar di lembutkan hati anak dan di permudahkan urusan kita untuk membesarkan anak-anak.  Memarahi anak ketika anak sedang meragam jelas bukan cara ter