December Trip | Freeport A'Famosa Outlet Village, Melaka |

Assalam,

Sebab sepanjang cuti sekolah kami langsung tak bawak anak-anak bercuti, maka aku plan satu trip percutian. Jenuh juga fikir nak pegi ke mana. Mula-mula plan nak ke Langkawi, tapi memandangkan masalah kewangan yang melanda kami beberapa bulan sebelum ni, maka trip ke langkawi di tangguh dulu. Kalau ikutkan nak ke penang, sebab dah book hotel pun di sana. Tapi en.fuad kurang setuju sebab katanya mesti jem teruk di penang. Tambah dengan kewangan yang baru nak stabil, nak bayar yuran sekolah naurah lagi, jadi kos percutian harus di kurangkan. Fikir punya fikir, jom kita ke Seremban. Apa ada di sana? Nanti aku cerita. 

So nak jimat cuti tahunan, kami pegi masa cuti Maulidir Rasul. Cuti 4 hari, rugi kalau tak kemana-mana. Sebelum ke Seremban, kami lajak ke Melaka dulu untuk menyinggah di Freeport A'Famosa Outlet Village atau juga dikenali sebagai Melaka Premium Outlet@MPO. Dah makin banyak premium outlet buka di Malaysia ni. Seronok menyoping bagi yang berduit. Bagi rakyat marhean macam kami, kita cuci mata je la. 

MPO ni terletak di Alor Gajah, betul-betul bersebelahan dengan A'Famosa Resort. Untuk ke sana, melalui highway plus ambik exit Simpang Ampat. Pastu follow je signboard Freeport A'Famosa. Memang senang sangat nak cari. Kompem tak kan sesat la. 

Apa ada di sana? Best ke? 

MPO ni tak sebesar Johor Premium Outlet (JPO). Lagi pun masa aku pegi ni baru jugak la MPO beroperasi. So masih banyak outlet yang belum bukak. Nak tau outlet apa yang ada boleh rujuk di sini. Aku tak bershopping banyak sangat. Nak cari kasut, tapi yang berkenan takde saiz. Kaki ai ni kan mengada. Nak cari sling bag, dah jumpa tapi tetiba takde mood nak beli. Pastu dah balik nyesal. Jom pegi balik. Last-last cuma beli lipstick 2 kaler brand Elianto. Murah, sebatang RM25 je. Dapat banyak free gift pulak tu. Selain tu beli lotion bauan vanilla untuk emak. Tak ingat brand apa. Tapi mak suka bau vanilla, so bila nampak teringat la kat mak. 

Kat sana ada kedai mainan nama Toy World. Kalau korang tak nak belikan mainan untuk anak, sila elakkan dari masuk kedai ni ye. Naurah kemain hilang arah bila masuk kedai ni. Semua benda dia nak beli. Sebab memang dah niat nak belikan mainan untuk dia, so belikan la satu set dapur untuk dia. Kemain happy dia dapat. En.fuad belikan kereta kecik untuk athmar. Suka juga la budak tu. Tapi dia lagi excited main dapur naurah. 

Jom layan gambar kami dulu di sana. 




Ni port wajib ambik gambar. 
Landmark di sini berkonsep belanda. Sesuai dengan namanya.
So kincir angin ni adalah daya penarik di sini. 




Korang boleh naik ke atas dan bergambar macam ni. 
Tak tinggi pun, so tak de la lelah mendaki. 




Snow globe. 
Naurah teringin masuk. Dia ingat sejuk kot.
Layan je la. Free je pun.




Pagi sebelum bertolak, aku masak spegeti untuk bekal.
Letak dalam polistren senang pas makan terus buang je. 
Nasib baik bawak bekal, tempat makan terhad masa ni. 




Nampak carousel, terkinja-kinja nak naik. 
Nasib baik free, selamat duit mama




Yang kecik ni pun sama juga, melompat nak naik.
Tak takut pulak tu.




Jantung hati mama papa. 




Ni antara outlet yang ada.
Kalau korang dah ada di area berdekatan, singgah la. 

Kami ronda di MPO tak lama pun. Dalam 3 jam je dah habis pusing. Paling lama dekat kedai toys la. Duk layan naurah nak beli mainan. So far bagi aku kalau nak shopping best, di JPO lagi menarik. MPO ni so so la. Tapi better dari Mitsui Premium Outlet. 

Dalam pukul 3 lebih kami gerak ke Seremban. Naurah dah bising nak mandi kolam. Selagi tak sampai hotel, selagi tu duk berzikir kat tepi telinga mama. Letih mama dengar. Jom la papa. Nanti ku sambung kisah percutian kali ni ye. 

Love,
mar 


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom tukar wang kertas ke dinar. Matawang sebenar dalam Islam. 

Mulakan langkah pertama anda dengan menabung 1g 1bulan 1keluarga

Powergold. 





Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato