Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort
Assalam,
Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.
Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.
Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-macam makanan ada sebab berkonsep potluck. Masa ni naurah dan athmar dah nampak pool. Apa lagi, mula tak senang duduk la diorang. Tak sabar nak terjun pool. Sampai tak lalu nak makan masing-masing. Sabar la nak oiii.
Budak berdua yang tak sabar nak terjun pool.
Ajak makan tak mo.
Sebenarnya masa sampai je sini, baru terasa badan athmar suam-suam
Dah la stok ubat tak bawa
Dalam pukul 1 lebih, kami dapat bilik. Apa lagi, terus la check in. Wahh kami pun dapat apartment 3 bilik tu. Kemain besar, padahal cuma kami 4 beranak je yang duduk. Aku pun terus la call alang kot-kot dia nak join kami. Sekali call tak jawab pulak. Dah malam baru dia return call. Apa daa. Tak de rezeki dia.
Ni living hall. Kemain luas
Seronok budak-budak berlari
Ni laluan ke bilik.
Ada pantry, sink dan mini fridge.
Tapi tak dibenarkan memasak ye
Ni bilik utama. Luas sangat.
2 katil super single
Tapi malam, kami turunkan tilam
Senang bergolek kat bawah je.
Ni bilik ke 2, kecik sikit.
Tapi selesa ye
Bilik ke 3, luas sikit dari bilik ke 2 tadi
Setiap bilik ada toilet dan almari tau
View dari bilik kami.
Kami dapat bilik di tingkat 4
Lepas dah check in, apa lagi tukar baju terus terjun pool la. Tak larat dengan budak berdua ni duk berzikir. Athmar pun, tak padan dengan badan tak sihat. Dapat mandi pool terus sihat. Time ni dah tak kira tengahari rembang dah, semua staff saujana group pun terus berkubang.
Best betul Swim Trainer ni.
Memang athmar selesa gunakannya
Beli dari mybonda_collection. Boleh check di IG ye.
Atau whatsapp 012-7008791
Servis terbaik, order hari ni esok dapat.
Recommended sesangat.
Berlagak tak kasi orang pegang
Naurah dah makin berani swim di tempat dalam
Bravo darling
Antara staff saujana group.
Tak ramai pun staff mereka.
Tapi semua sporting habis.
Memang syok.
Petang lepas asar ada acara sukaneka pulak. Kawasan di PNB Ilham ni luas. Memang ada port untuk bersukaneka. Seronok la. Acara kanak-kanak ada 2, rebut gula-gula dan tiup belon sampai meletop. Naurah masuk rebut gula-gula je. Kalah la pulak.
Sebelum acara tu start, aku dah bisik strategi pada naurah. Suruh dia letak gula-gula dalam topi. Sebab dulu masa nana (anak along) masuk acara ni, strategi tu menjadi. Sekali, en.fuad boleh cakap kuat-kuat pulak strategi tu. Terus semua budak-budak ambik topi juga. Apa daaaa kepoci betul dia ni.
Naurah kalah la.
Sopan sangat kutipnya.
Aku yang beria terjerit-jerit tepi naurah
Athmar cranky masa ni.
Dah tak sihat
Masa ni athmar dah mula demam. Habis je sukaneka, bergegas bawa athmar ke klinik. Sebab malas nak mencari klinik panel TNB, Waze klinik terdekat adalah Klinik 1Malaysia. 1st time aku ke klinik 1Malaysia. Dah petang, memang tak ramai orang. Lagi pun klinik ni cuma untuk demam dan kes-kes ringan je kan. Kat sana ada weight scale. Alamak berat omak dah naik 5kg. T___T
Malam lepas magrib pulak ada dinner. Nasib baik buat di dewan. Selesa la. Makan ok, ada lucky draw, karaoke dan games. Aku tak dapat nak join sangat sebab athmar dah sihat lepas makan ubat, sibuk nak main kat luar dewan pulak. Naurah pulak naik demam malam tu. Nasib baik bawak stroller, so naurah tidur dalam stroller sepanjang dinner. Makan pun taknak. Malam tu paksa dua-dua makan ubat. Meraung-raung memasing. Adoi..
Sikit je gambar masa dinner yang sempat aku ambik. Selain makan dengan kelam kabut, kene melayan athmar yang sibuk nak main di luar dewan sebab ada kolam ikan. Asik nak tengok ikan. Lepas tu nak main berlari-lari. Almaklum la badan dah rasa sihat sikit.
Esok paginya ada breakfast di coffee house. Tapi tak banyak pilihan. Jadi la dengan harga RM18 seorang. Pagi ni pun budak berdua tu tak nak makan sangat. Sibuk nak mandi kolam. Konon dah sihat la ni. Kasi chance la diorang berendam sekejap. Masa ni en.fuad tak turun pool sebab nak kemas barang-barang. Naurah memang berendam kejap je. Pastu dia duduk tepi pool. Menggigil kesejukan. Athmar pulak tak nak naik. Puas pujuk. Tetiba naurah mengadu peha dia sakit. Try urut, dia cakap sakit. Aku suspect krem.
Masuk bilik cepat-cepat mandikan budak berdua ni. Time ni badan naurah dah start panas balik. Suruh dia makan ubat, pastu dia terbaring atas katil. Nak makan, tapi nak bersuap sebab nak duk berselubung dalam selimut.
Kami check out lewat sikit, dalam pukul 2. Terus ke coffee house untuk lunch. Masa ni aku ambik nasi sikit je. Konon insaf bila dah tau badan dan naik 5kg. Waaaaa
Lepas makan, lepak di lobi kejap. Bos en.fuad nak bergambar dulu. Macam-macam aksi dan gaya ada. Tapi ada dalam camera kawan en.fuad. Time ni budak dua orang ni dah melepet balik.
Masuk kereta, naurah, athmar dengan mama pun tertidur. Sedar-sedar dah sampai Balakong. En.fuad anta kawan dia yang tumpang kereta kami. Sampai Ampang, terus ke klinik. Budak berdua ni serasi dengan ubat di klinik panel kami je. Alhamdulillah esoknya dah sihat. Tapi mama ambik cuti sehari untuk pantau.
Overall acara family day ni memang seronok. Dapat la aku berkenalan dengan rakan-rakan sekerja en.fuad dan keluarga mereka. Bos dan family dia ni pun baik dan sporting sangat. Tak menyombong langsung. Layan semua staff macam keluarga sendiri. Alhamdulillah.
Review pasal PNB Ilham pula.
Bilik memang ok. Puas hati dengan apartment tu. Sangat luas dan selesa. Rate untuk bilik tu tak silap aku dalam RM680 / nite. Cuma di sini tak stroller / trolley friendly. Terlalu banyak tangga yang kene tempuh. Nak masuk bilik pun kene daki tangga juga walaupun naik lif.
Menu untuk breakfast dan lunch tak banyak pilihan. Mungkin sebab harganya murah. So so aje la. Rasa pun takde la umphh sangat.
Access untuk ke pantai dekat. Tapi dari bilik kami tak nampak pantai. Aku pun tak sempat nak ke pantai sebab anak-anak tak sihat. Lagi pun 1 malam je so memang tak sempat nak jelajah seluruh pelusuk kawasan.
Parking banyak dan senang. Kami dapat parking di basement yang ada lif access ke bilik.
Pool ok. Cuma naurah lebih suka kalau ada slide macam di Allson Klana Seremban.
PNB Ilham terletak di Tanjung Biru, agak privacy tempatnya. Memang sesuai untuk aktiviti family day atau team building.
Malam tak banyak aktiviti yang boleh di buat kecuali BBQ.
So far itu je kot review yang aku boleh share.
Love,
mar
Comments
Post a Comment