December Trip | Allson Klana Resort Seremban

Assalam,

Jom sambung cerita percutian kami december lalu. Lepas bershopping di MPO, kami terus bergerak menuju ke seremban. Sebelum tu cadang nak cari makanan dulu sebab tak makan lagi. Anak-anak ok la dah makan spageti tadi. Tapi food court di MPO kurang menarik, jadi kami terus melangkah pergi sambil menahan lapar. Mujur ada spageti lagi dan sandwich yang aku buat, cukup la buat kami lapik perut. Dari MPO ke Allson Klana tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Nak mencari hotel tu pun tak susah sebab berpandukan Waze. Kalau tak, mungkin sesat juga. Sebelum sampai di hotel, ada food court berdekatan, jadi kami singgah dan makan dulu. 

Sesampai di hotel, aku terus ke kaunter reception untuk check in. Kali ni tak booking dari web, tapi terus melalui hotel. Tengah promosi masa ni, ambik bilik family cuma RM170nett dapat breakfast untuk 2 dewasa. Murah juga la kan. 


Sementara mama settlekan urusan bilik, anak-anak tunggu di sana dulu ye.




Family room, ada 1 katil double, 1 katil single. 
Puas hati sebab biliknya besar. 
Katil single pun besar, naurah tido sorang kat katil tu
Toilet ada bathtub, pas berendam dalam pool sambung dalam bathtub pulak



View pool dari bilik. Nampak je pool, terus anak-anak tak sabar nak terjun. 
Sabar nak, bagi mama papa kemas barang dan solat dulu ye.




Dah dapat mandi pool, puas hati la diorang ni. Pastu nak ajak naik punya la payah. Athmar pun sama. Dulu kemain takut mandi pool. Sekarang kemain liat nak keluar dari pool. Tak takut pulak tu. Segala slide pun nak di redah naik. Ohhh anak.

Malam tu takde aktiviti sangat. Dah penat berendam plus dah meronda ke MPO siang tadi. So ingat nak cari makan je la. Naurah nak makan bubur mcd, jom kita pegi. Ada Mc Cafe, sempat beli 1 slice Red Velvet dan mocha latte. Pastu tengok mata anak masing-masing dah kuyu, jom la kita balik hotel. Masuk je kereta dua-dua terus tidur. Baru ingat nak layan live band di lobby lounge hotel. 


Camno mama papa nak layan live band ni.
Tapi en.fuad lepas hantar kitorang balik bilik,
dia turun lobi layan live band sorang-sorang.
Chaittt.....


Pagi esoknya lepas breakfast kami jalan-jalan keliling hotel. Kat sini boleh buat team building tau. Memang ada kawasan khas. Siap boleh buat abseiling tau. Nak berkayak pulak di pool. So mana-mana opis yang nak buat team building tu boleh la buat di Allson Klana Resort ni. 



Kemain besar congkak ni.
Guli dia pun besar juga tau.
Pegang 3 biji dah penuh tangan


Lepas tu sambung terjun pool balik.
Selagi matahari tak mencanak atas kepala
selagi tu tak nak naik


Naurah dapat kawan. Terus lupakan athmar
Tapi slide ni pun athmar sibuk nak naik juga ok
Jenuh mama kena naik sama


Main la athmar sorang-sorang. Kemain berlagak tak kasi pegang


Lepas berendam lapar balik.
Makan la megi dulu ye


Tengahari dalam pukul 3, kami keluar cari makan. Sebelum ke seremban, macam-macam kedai makan yang kami search konon nanti nak try. Semua kelaut. Dah la semalam makan mcd, hari ni lunch makan di Chicken Rice Shop di Palm Mall. Macam kat KL takde pulak kan. Tapi mengenangkan perut anak-anak yang lebih penting untuk di isi, kita lupakan hajat hati mama papa ni. 

Memang banyak betul naurah dan athmar makan. Athmar pun lebih setengah pinggan nasi ayam dia telan. Lepas tu letak dalam stroller terus tidur kekenyangan. Hahaha. 

Balik hotel naurah nak mandi pool balik. Jom la anak-anak kita turun ke pool. Memang percutian kali ni untuk anak-anak berendam puas-puas. Sampai naik legam masing-masing.

Malam tu pulak kami lepak di lobby lounge sambil layan live band. Esok dah nak balik, so hari ni kita santai-santai di hotel je la. 



Masa ni x-mas, so ada la deco macam ni




Best juga performance dari kumpulan 7theaven


Baru 2 3 lagu, naurah dah terlelap. Hahaha


Makan lite je malam ni sebab still kekenyangan nasi ayam

Tu je kisah percutian kami kali ni. Untuk aku dan en.fuad, ni masa terbaik untuk kami spend quality time bersama anak-anak. Bagi anak-anak pula, asal ada pool yang best, memang dah cukup hebat sangat la. Naurah berulang kali duk sebut nak ke sini lagi. 

Overall bagi aku, Allson Klana Resort ni ok. Tapi keadaan bilik dan koridor dah agak kusam. Perlu di renovate untuk diperbaiki keadaannya. Banyak bilik yang bocor, koridor pun boleh nampak kesan air leaking. Ada sesetengah bilik yang aircond tak berfungsi dengan baik. Bilik kami pun ada masa sejuk, ada masa tak terasa aircond langsung. 

Tilam perlu di tukar baru. Dah teruk juga melendut. Perabot juga perlu di ganti, yang sedia ada ni agak usang. Buffet breakfast ok, banyak juga pilihan menu. Makanan juga agak sedap. Kalau di beri peluang untuk ke sini lagi, insha allah aku akan datang balik. 


Love,
mar 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato