sayonara dear friend..
entry yang sangat tertangguh. last friday diela last kat crystal plaza. geng makan aku ni.
Mula kenal dengan diela masa dia bertukar ke crystal plaza 3 tahun lepas. masa tu aku tengah preggy. reaksi pertama diela bila tengok aku, "menyampah aku tengok minah ni, muka ala bagus je" ok tu memang biasa aku dengar. Orang bagus, mesti la muka pun ala bagus. Hahahah
Kebetulan diela pun preggy juga masa tu. Kami mula rapat sebab selalu berkongsi cerita tentang pregnancy. Masing-masing tak sabar untuk menimbang anak maklum la anak sulung. Sampai la lepas bersalin, kami mula mengepam susu bersama. Sejak itu, kami lebih rapat. Rupanya kami sekepala.
Persahabatan aku dengan diela banyak mengubah diri aku. Apa yang aku nampak pada diri diela ialah, dia tak kedekut berkongsi. Apa saje yang dia ada, walau sedikit apatah lagi jika banyak pasti dia akan offer pada orang. Diela tak pernah berkira, lebih-lebih lagi dengan insan yang rapat dengannya. Dari situ aku mula belajar berkongsi.
Satu perkara yang buat aku kagum dengan diela, dia sangat berdikari. Walaupun mempunyai suami, namun diela tak pernah bergantung sepenuhnya pada suami. Apa yang boleh dilakukannya sendiri pasti dia akan lakukan sendiri. Bezakan dengan aku, yang banyak mengharapkan ad. Ok tu bukan aku saja nak, tapi ad yang manjakan aku yek.
Banyak kenangan suka duka kami lalui sepanjang persahabatan kami. Namun yang pasti sepanjang lebih 3 tahun perkenalan, kami tak pernah berselisih faham walaupun ada berbeza pendapat. Harap akan terus begitu.
Sekarang diela berpindah ke perak. Mengikut suaminya yang telah berpindah terlebih awal. Ok la kampung mereka memang di perak. Aku sedih? Tak sangat la sebab aku pasti kami tetap akan kerap bertemu sebab kampung ad pun di perak. So tiap kali aku balik perak, agenda wajib ku pastinya bertemu dengan diela.
Cuma aku rasa kehilangan teman berbual. Kalau dulu senang kami nak luahkan perasaan. Pegi je ke work station masing-masing. Sekarang ni terpaksa call handphone la pulak. Kalau tak bz ok la. Tapi kalau bz, terbantut hasrat nak meluahkan. Aku juga merindui aktiviti kami bersama. No more shopping, parenthood expo or warehouse sale together. Really gonna missed those activites with you dear friend. =(
But life goes on. People comes and go. Things change. But hope our relationship will still remain.
Sahabatku, harap hidupmu gembira sentiasa. Mar tau diela seorang yang kuat. Ambil semua perkara yang negative dan jadikan nya positive. Untuk mengubah orang memang payah, tapi tidak mustahil. Bila orang tengok kita sentiasa positive, tentu orang tu nak jadi positive macam kita juga. Betul tak?
really missed you babe. |
punya lah ceria kami bergambar masa ni. tup..tup bila balik rumah, diela kol aku gtau yang dia jatuh motor. Ya allah, di hari terakhir dia di sini itu pulak yang terjadi. Namun alhamdulillah hanya cedera ringan. Cuma muka yang bercalar. Kurang la ke'cun'an diela nanti sebab tersagat kat jalan. Lama tak cium hubby, dia pi cium jalan pulak.
Punya la berdikari budak ni, dalam berdarah-darah tu dia pi buat report polis dan ke hospital sendiri. Adoi...
Sok nye pulak dia boleh drive sendiri kereta ke perak. Memang tabik la.
Diela, this entry is for you. Till we meet again, sampaikan ciuman mama mar ni pada budak Adelia Ibriz.
Bye.
Comments
Post a Comment