Aroma Ikan Bakar, Jeram

Tengah rajin nak update blog. Jom kita cerita pasal makan-makan. Sabtu lepas aku ke jeram pekena ikan bakar. Kak lin dah ajak nak ke restoran ni dah lama dah. Dari pas kenduri kawin alang lagi. Asik tertangguh je. Kali ni aku paksa semua block date masing-masing untuk join. Mak ayah pun di kerah untuk turun ke KL jugak. Alhamdulillah tahun ni aku ada rezeki lebih sikit, so boleh la di kongsi beramai-ramai.

Kami gerak dari rumah pukul 4.30ptg. Plan asal nak gerak kul 4. Tapi biasa la kan, mesti ada yang terlewat. Sampai di restoran aroma tu dalam kul 6.30ptg. Masa ni dah penuh meja. Nasib dah booking awal-awal. Kami semua dalam 20 orang termasuk budak-budak. Mana yang tak booking, terpaksa la menunggu. Sebaik sampai en. fuad dan along terus pegi pilih ikan. Budak-budak sibuk nak ke pantai. Ikan yang di pilih ialah kerapu, siakap, pari dan kembung. Pastu pilih udang dan sotong. Nama je nak pegi makan ikan bakar, tapi kami tak buat bakar pun. Kerapu tu buat masak 3 rasa manakala siakap pulak buat stim, udang goreng butter dan sotong tempura. Lauk-lauk sampingan pulak tomyam, sup tulang, kailan ikan masin dan kerang bakar.

Bila makanan sampai, terus lupakan camera. Semua pakat terkam pasal masing-masing dah lapar sangat. Tangan bersiling-silang capai lauk. Dah macam berperang je masa tu. hahaha.

Overall bagi aku, semua sedap. Yang terbaik siakap stim dan sotong tempura. Phuhhh kenyang hingga menjilat pinggan. Memang boleh pegi lagi. Walaupun jauh, tapi berbaloi la. Total semua makan malam tu RM509.

Pas makan ingat nak ke Kg Kuantan tengok kelip-kelip. Tapi hujan turun lebat pulak. Next time la menyinggah ke sana.

Sape yang nak pegi make sure korang kol untuk reserve table tau. Kalau tak, berdiri la korang tepi meja tunggu orang abis makan. Ni no untuk di contact 017-3163117. Time paling cantik korang sampai ke sini dalam pukul 6ptg. Sambil makan boleh tengok panorama sunset. Surau di sediakan ye. Jadi tak perlu risau tentang nak sembahyang di mana. Aku sempat berjemaah magrib bersama-sama dengan para pengunjung restoran lagi. Best kan.




cantikkan permandangan di waktu senja, subahanallah.  


udang goreng butter dan kerang bakar.


kerapu 3 rasa. garang betul muka kerapu tu.


my family in law. dari perak mereka datang semata-mata nak makan di sini

siakap stim. lazat betul.
maaf atas kualiti gambar yang kurang memuaskan


along, nana. yang berdiri tu kak lin, akak ipaku.
naurah dah tak sabar nak makan


ayong dan family. turut kelihatan si pejoi, adik en fuad aka adik ipaku


best kalau makan di seat bamboo ni. tapi kene berlunjur kaki la bila dah kenyang. seat ni kene bayar RM20.
tapi tak boleh reserve. so 1st come 1st served la. time aku sampai dah penuh. punah harapan nak makan di sini.


ok perut dah kenyang, mari kita pulang.
Siapa yang belum penah try makan di sini, boleh la mencuba. Jalan-jalan cari makan katakan. Asik makan kat tempat yang sama je kan, sekali sekala apa kata ubah angin pulak. Restoran ni terletak di Jeram, kuala selangor. Direction ke sini, ala korang gogel la ye. Aku ari tu naik highway Latar dari selayang exit di jeram. Last tol latar tu. Pastu ambik susur kiri ke jeram. Terus sampai jumpa traffic light. Ambik susur kiri lagi menghala ke klang. Terus lagi sampai nampak signboard Aroma Ikan Bakar di kanan. Traffic light ambik kanan, masuk jalan kecik je terus sampai jumpa restoran ni.

Tu je cerita aku kali ni. Selamat makan-makan. =) 


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato