Ok dh janji bape lama dah kan nak citekan pasal percutian ke kuantan tempoh hari. Dah boleh masukkan gambar, baru best nak bercerita. Tapi tak banyak sangat la gambar. Ti slow plak jadinya. Aku masukkan mane yang penting je la ye. Just read my story. hihi
|
port wajib ambik gambar di Gambang Waterpark |
Sesampai di Gambang, pas settle tukar baju kami ambik gambar dulu la. Bukti kami dah sampai sini. Ohh lupa ari tu nak kasi tau harga tiket kan. Masa kami pegi tu tengah promosi, harga RM23.90 bagi dewasa dan RM 15.90 bagi kanak-kanak. Kalau harga asal pun tak jauh beza sangat la. Kalau entry sebelum ni aku cakap sal jangan compare Gambang Waterpark ni dengan Sunway Lagoon kan. Aku baru pegi Sunway isnin lepas, ok boleh gak compare la. Bagi aku untuk wave pool, gambang lebih best sebab wave memang kuat. Pool untuk kanak-kanak, sunway ok sebab banyak pilihan. Naurah mandi sakan. Ntah berapa jam berendam tak nak naik makan langsung.
|
mulut ikan tu akan menuangkan ari. seronok gak la. patut ramai yang berkumpul bawah mulut ikan tu. |
Lepas keluar dari gambang, kami meneruskan perjalanan ke kuantan. Plan mula-mula nak pegi makan di Tanjung Lumpur. Tapi sebab dah lewat, jadi kami singgah makan di warung tepi jalan je. Area mana aku tak ingat la. Nama kedai pun lupa nak tengok. Tapi makanannya sedap la. Dah kenyang, kami terus menuju ke hotel. Berpusing jugak mencari hotel. Maklum lah semua tiada GPS. Nasib baik en. fuad dah print gogel map. Dua kali pusing jugak la baru jumpa hotel. Along dan alang tersesat. Jenuh la bagi direction tru phone. Sementara tunggu diorang sampai, aku uruskan check in bilik aku dan bilik mak. Bila masuk je bilik aku, fuyoo, besarnya bilik. Aku ambik bilik deluxe. Harga asal RM 165 tapi dapat corporate rate jadi RM145. Puas hati sebab bilik memang luas, katil king, toilet besar dan view sungai. Tapi terlupa pulak nak ambik gambar setiap sudut bilik. Breakfast pun ok la bagi aku. Kalau ke kuantan lagi, memang hotel sentral ni jadi pilihan hati la.
Mak dan along pulak ambik bilik family. Bilik family ni pun besar, ada 1 katil king dan 1 katil bujang. Cuma view mengadap jalan. Alang pulak ambik bilik superior. Katil queen, dan bilik pun kecik sikit. Lepas tu takde view. Ada tingkap tapi mengadap dinding je. Bagi bilik deluxe dan superior dapat breakfast untuk 2 orang manakala bagi bilik family pulak dapat voucher breakfast untuk 3 orang. Kalau sesiapa ke kuantan dan bajet ala-ala je, aku rekemen korang tido kt hotel ni. Hiii
Pagi soknya kami plan nak ke kemaman. Tapi sebelum tu kami ke Teluk Cempedak dulu. Saje melepak tepi pantai. Cantik gak kat sini. Angin pulak kuat masa ni. Memang best sangat la. Lepak dulu membasahkan tekak dengan air kelapa. Sempoi je.
|
best kan panorama ni |
Gerak ke Kemaman lebih kurang pukul 1 gak la. Singgah di Kuala Kemaman untuk makan Otak-otak dan Sata. Pehh memang sedap la. En. Fuad siap cakap tak puas makan. Nanti nak ajak ke sana lagi. Haa baru rasa penangan otak-otak dan sata kemaman. Ada umphh kannn..
|
tu tangan en. fuad la tu. nana tengok je. |
Dua malam berkampung di hotel sentral. Kesana sini dah pergi. Tiba masa untuk pulang ke KL. Check out tepat jam 12.00 tengahari. Kami ke rumah kawan alang, eja di Batu Hitam. Kami semua memang kenal rapat dengan eja. So takde la segan nak ke rumah dia. Eja masak nasi, dengan sambal udang dan ayam masak kicap. Memang sedap sangat. Tak rugi ke rumah dia. Hahaha.
|
santai sebelum berlepas pulang |
On the way balik pun banyak tempat persinggahan kami. Jadi sampai KL dalam pukul 9.30 malam. Lepak minum dulu di Awwal Maju, Ampang. Sampai rumah pukul 11 malam. Letih. Esok semua tertido keletihan. Pendek je cerita aku kan. Tunggu trip akan datang pulak, insya allah ke johor. yehaaa..
pernah ke sisni masa kursus dulu.akan dtg tingin juga bawak family cuti ke sini.bestnye tgk sata tu
ReplyDeletebwk la. seronok. tergoda kan tgk sata tu. terasa-rasa lg kesedapannya.. hii
ReplyDelete